Urusan pengesahan permohonan masuk Peperiksaan Akhir Semester I
Sesi Akademik 2012-2013 perlu dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb
mulai 5 hingga 11 November 2012. Dalam paparan
borang permohonan ini akan tersenarai kursus yang saudara/i daftar serta draf
jadual peperiksaan akhir. Saudara/i dikehendaki menyemak maklumat tersebut dan
mengesahkannya. Tindakan yang saudara/i perlu lakukan ialah seperti berikut:
a. Sekiranya
semua maklumat adalah betul dan tiada percanggahan jadual peperiksaan, maka
saudara/i perlu mengesahkannya dengan menekan butang Sah.
b. Sekiranya
terdapat percanggahan jadual peperiksaan atau 3 kursus berturutan dalam satu
hari maka saudara/i dikehendaki menekan butang Bahagian Akademik dan
mencetak paparan borang tersebut. Sila catatkan kursus terlibat dan dapatkan pengesahan
Fakulti. Borang tersebut hendaklah diserahkan ke Kaunter Bahagian Pengurusan
Akademik selewat-lewatnya pada 12 November 2012.
Sekiranya saudara/i gagal membuat pengesahan atau
pembetulan terhadap maklumat tersebut, maka segala butiran kursus yang
dicatatkan akan dianggap betul dan lengkap. Jika saudara/i tidak hadir peperiksaan
bagi kursus-kursus tersebut saudara/i akan diberi gred E (gagal). Saudara/i
yang tidak membuat pengesahan juga akan dikenakan denda sebanyak RM
15.00.
Sumber : (epelajar/bul/bil.16102012-29)
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI