PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Sabtu, Mac 28, 2009

tekad kami


Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini sepenuh redha di hati
Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran , siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terhayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya

Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Redha Ilahi....rabbi

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujan
Menembus dada lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan Mengoyak menumbang kezaliman

Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi.... Rabbi

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Tuk harungi dakwah ini , jalan panjang

Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi.... Rabbi



Khamis, Mac 26, 2009

Road Show MPP-MAHASISWA ke FKAB


FKAB- Bangi : 25 Mac 2009 – Siri ‘Road Show’ ke fakulti diteruskan oleh MPP-Mahasiswa pada hari ini. Pada jam 1 petang, road show dialog bersama MPP-Mahasiswa telah berjaya diadakan di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Dialog seumpama ini diadakan bertujuan MPP-Mahasiswa mendengar sendiri permasalahan, dan luahan hati pelajar di FKAB akan suasana di kampus UKM ini.Dialog ini adalah yang keempat road show MPP-Mahasiswa dengan bermula di FUU.

Semasa dialog, MPP-Mahasiswa diajukan dengan pelbagai soalan yang menyentuh hal kebajikan yang tidak terjamin. Soal yuran pengajian, kolej kediaman menjadi soalan wajib disetiap road show kami, pihak pengurusan UKM mengenakan yuran perkhidmatan wireless di setiap pelajar yang tidak berdaftar juga turut diajukan. Dan yang tidak melepaskan peluang untuk mengetahui perkembangan PMUKM itu sendiri turut menjadi perbincangan dari pelajar-pelajar.

Barisan MPP-Mahasiswa telah menerangkan jalan penyelesaian dengan meletakkan altenatif-altenatif dalam menyelesaikan masalah secara bersama. Namun, MPP-Mahsiswa meminta dari kalangan pelajar FKAB khasnya dan pelajar UKM umumnya bersama-sama memberi sokongan yang jitu dalam menyelesaikan masalah pelajar di UKM.


Turut disentuh juga perkembangan manifesto setiap MPP-Mahasiswa, rata-rata MPP-Mahasiswa telah melaksanakan apa yang telah dijanjikan ketika kempen PRK yang lalu. Dan kami berazam untuk mengotakan janji kami sebelum PRK yang akan datang.

Jadi, Kami juga diperingkat MPP-Mahasiswa mempunyai pendirian tersendiri dalam menyuarakan hak-hak berkaitan isu-isu yang menyentuh hak mahasiswa, bangsa, agama dan negara kita sendiri. Dan dengan ini kita sebagai mahasiswa akan lebih dihormati oleh kalangan masyarakat luar yang melihat golongan seperti kita inilah sebagai agen perubahan kepada negara pada masa akan datang.

Justeru, kami juga memohon sepenuh kepercayaan dan sokongan daripada seluruh mahasiswa UKM untuk terus bersama kami dalam membawa perubahan kepada mahasiswa kearah yang lebih baik dan terpelihara...” SUARA ANDA KEUTAMAAN KAMI” Sekian





Selasa, Mac 24, 2009

syabas dan tahniah kepada seluruh warga FST



MPP MAHASISWA mengucapkan sekalung syabas dan tahniah kepada barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Dan Teknologi (PMFST) kerana telah berjaya membuktikan kepada umum bahawa mereka juga mampu untuk memenuhi tuntutan dan kehendak warga PMFST yang mengharapkan agar disediakan kapasiti sebuah ‘bus stop’ untuk seluruh warganya. Akhirnya setelah beberapa sesi kepimpinan PMFST komited memperjuangkan agar dibina kemudahan tersebut telah membuahkan hasil yang setimpal dengan keringat peluh yang menitis tanpa jemu dan putus asa. Adalah menjadi keutamaan bagi PMFST sendiri untuk menjaga kebajikan warganya dan sesungguhnya keprihatinan yang dipamerkan mampu membuka mata seluruh mahasiswa bahawa PMFST mengambil serius akan perkara yang diutarakan. Diharapkan usaha ini menjadi peransang kepada seluruh pimpinan mahasiswa UKM dalam memperkasakan kebajikan mahasiswa/I UKM

Khamis, Mac 19, 2009

Kami Serius.

Rabu, 18 Mac 2009 tercatat lagi satu episod perjuangan membela hak dan kebajikan mahasiswa/i UKM dimana dalam mesyuarat PMUKM kali kedua semalam, MPP MAHASISWA telah berusaha untuk membawa beberapa usul yang amat penting kepada seluruh mahasiswa/i UKM dalam mesyuarat tersebut. Perkara ini bertambah manis apabila 6 daripada 7 usul yang dibawa berjaya diterima dan diiktiraf. Antaranya adalah.

1. Usul supaya diadakan Mesyuarat Agung Tahunan JAKSA kolej diseluruh UKM dijalankan di semua kolej kediaman bagi bagi membentangkan laporan keseluruhan program aktivi kolej dan juga laporan kewangan JAKSA kolej kepad seluruh penghuni kolej kediaman masing masing .

2. Usul supaya diadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi PMUKM bagi membentangkan laporan program sepanjang tahun dan juga laporan kewangan PMUKM kepada seluruh mahasiswa/i UKM .

3. Usul supaya PMUKM mengeluarkan surat penegasan pendirian kepada Pihak Pentadbiran UKM mengenai setiap isu yang melibatkan kepentingan mahasiswa/i.

4. Usul supaya saudari Speaker iaitu Sdr.Intan Zanariah Binti Abdul Aziz selaku wakil MPP Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan mengambil tanggungjawab yang sepenuhnya terhadap isu Sdr.Norihan Rahim pelajar FSSK tahun3 yang menjadi mangsa kemalangan dengan Bas Kiffah di Kolej Keris Mas.

5. Usul supaya mesyuarat PMUKM dijalankan secara berkala iaitu sebulan sekali dan juga mesyuarat PMUKM bersama Lembaga Pengurusan Universiti diadakan dua bulan sekali bagi membincangkan khusus mengenai permasalahan dan kebajikan mahasiswa/i UKM.

6. Memansuhkan jawatan senator yang terdiri daripada calon calon yang kalah dalam pilihanraya kampus yang lalu atau sesiapa sahaja yang dilantik oleh Presiden PMUKM daripada didktiraf sebagai ahli mesyuarat PMUKM sepertimana calon yang menang.

Untuk pengetahuan seluruh mahasiswa/i UKM, usul usul ini telah diterima sacara sah didalam mesyuarat ini dan WAJIB dilaksanakan oleh barisan kepimpinan PMUKM pada kali ini. Walaupun ada usaha yang hebat daripada beberapa pihak yang menentang usul usul ini, namun hasil kesatuan pendapan dan meletakkan kepentingan mahasiswa/i melebihi kepentingan peribadi, MPP MAHASISWA akhirnya berjaya membawa anjakan untuk seluruh mahasiswa/i.

Kami juga memohon sepenuh kepercayaan dan sokongan daripada seluruh mahasiswa/i UKM untuk terus bersama kami dalam membawa perubahan kepada mahasiswa kearah yang lebih baik dan terpelihara...Sekian

”SUARA ANDA KEUTAMAAN KAMI”

Rabu, Mac 18, 2009

Jom Ramai-ramai ke Wacana Perundangan


Isnin, Mac 16, 2009

Kebajikan Mahasiswa Perlu Diutamakan


Isu kebajikan mahasiswa semakin kedengaran pada hari. Selepas road show yang kami jalankan di beberapa fakulti dan kolej, terdapat beberapa isu utama yang ditimbulkan. Antaranya ialah :

1. Yuran pengajian dan yuran kolej yang membebankan ekonomi mahasiswa

2. Isu keselamatan mahasiswa yang terancam

3. Kerosakan psarana seperti jalan berlubang, lampu kurang cerah dan tanah runtuh

4. Kebajikan dari sudut pampasan apabila berlaku kemalangan

5. Sistem kopetensi generik

6. Sistem pembayaran wireless yang tidak adil

7. Percambahan program hedonisme di kolej-kolej

8. Gangguan bising akibat konsert

9. Kurangnya program keintelektualan di kampus

10. Meminta pihak PMUKM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi mengetahui kemana duit yang diberikan oleh mereka, digunakan oleh PMUKM.

Menjenguk Sistem Demokrasi Parlimen di Malaysia Selasa ini


Jom ke Parlimen pada :

PADA:

17/3/09 (selasa)

MASA:

9.00 pg- 4.30 ptg

ANJURAN:

ISIUKM dan MPP

TEMPAT BERKUMPUL :

Pusanika, UKM

Mahasiswa akan menikmati pengalaman berharga apabila merasai pengalaman sebenar berada di dalam Parlimen, sebuah badan yang ekslusif, payung kepada sistem demokrasi di Malaysia.

Semua mahasiswa UKM dialu-alukan untuk hadir ke program ini. Surat pengecualian kuliah akan diberikan. Segala urusan boleh berhubung dengan syafura (017-9107318)


Nasional Iktiraf MPP Mahasiswa UKM

UNIVERSITI MALAYA, 15 Mac – Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kerusi Umum, Saudara Hisyamuddin Che Ali telah dilantik sebagai Timbalan pengerusi Majlis Perundingan Mahasiswa Negara (MPMN) yang dilancarkan pada kelmarin.

Majlis Perundingan Mahasiswa Negara (MPMN) merupakan pertubuhan yang menggantikan Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), yang telah ditubuhkan pada tahun 1986 lalu hasil daripada idea Prof. Dr Zulkifli Yaakob. MPMN menjadi medan perhimpunan MPP universiti diseluruh negara dan menjadi medan berkumpulnya ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa yang mewakili Pro-Mahasiswa di seluruh negara iaitu kira-kira 92 orang atau 39 peratus daripada jumlah kesuluruhan MPP di Malaysia.

Tujuan penubuhan MPMN ini adalah untuk menjadi check and balance kepada mana-mana pihak di peringkat nasional dalam penyelesaian isu-isu mahasiswa di peringkat nasional antaranya isu AUKU, PTPTN, tambang bas eksepres, isu pengangguran dan isu-isu nasional lain.

Mesyuarat yang berlangsung di Universiti Malaya turut dihadiri oleh wakil-wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di seluruh kampus antaranya dari Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan beberapa universiti lain.


Dalam mesyuarat tersebut, Saudara Mohd Ridzuan Mohammad, Yang Di Pertua (YDP) Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya(MPMUM) sesi 2008/09 telah dilantik sebagai Pengerusi MPMN manakala Saudari Nor Farhana Farzieana, daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dilantik sebagai Setiausaha Agong.

MPP Mahasiswa Turun Ke Padang


KOLEJ RAHIM KAJAI – 5 Mac 2009 – Satu perlawanan bola sepak persahabatan antara barisan MPP Mahasiswa dengan pelajar Fakulti Undang-Undang telah diadakan pada hari khamis yang lalu. Perlawanan ini diadakan untuk mengeratkan ikatan persaudaraan dengan pelajar Fakulti Undang-Undang melalui sukan bola sepak, sukan nombor satu popular di Malaysia dan UKM sendiri.


Dalam perlawanan tersebut, MPP Mahasiswa telah memakai jersi berwarna kuning manakala pelajar FUU memakai jersi berwarna biru. Perlawanan itu berakhir pada jam 7.15 petang dan ia berkesudahan kemenangan di pihak barisan pelajar FUU. Antara MPP Mahasiswa yang hadir dalam perlawanan itu ialah Hisyamuddin Che Ali (Umum Tahun 3), Fikah Sanusi (Umum Tahun 3), Phoon Kar Liang (MPP FUU), Arif Misrol (MPP FST Tahun 3), Faiz Ismail (MPP FPEND tahun 2) dan bekas calon MPP mahasiswa PRK lepas iaitu Saudara On You Kobeng (bekas calon Umum Tahun 2) dan Saudara Hakim Zulkifli (bekas calon FST tahun 2).


Menurut Saudara Arif Misrol yang dihubungi, beliau menyatakan bahawa perlawanan ini merupakan siri-siri program MPP Mahasiswa untuk turun padang bertemu mahasiswa dan perlawanan bola sepak merupakan salah satu mekanisme MPP Mahasiswa untuk merealisasikan hasrat ’ MPP mesra rakyat’

Turut kelihatan penyokong-penyokong kedua-dua pasukan terutamanya pelajar Fakulti Undang-Undang itu sendiri





MPP Mahasiswa Hulurkan Sumbangan Mahasiswa

PPUKM, Cheras – Rombongan MPP Mahasiswa berjaya menghulurkan bantuan yang dihulurkan oleh mahasiswa/I UKM kepada Saudari Norihan Rahim pada 28 Februari lalu. Pada minggu yang lalu, MPP Mahasiswa telah menjalankan kutipan derma di beberapa fakulti dan berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM 764.20. Sumbangan itu diserahkan sendiri kepada Saudari Norrihan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada para dermawan yang sudi menyumbang.


Rombongan MPP Mahasiswa yang bermula pada jam 8.00 malam itu adalah terdiri daripada Saudara Idris Mohd Yusof (MPP FPI Tahun 2), Hisyamuddin Che Ali (MPP Umum Tahun 3), Mohd Fikah Bin Sanusi (MPP Umum Tahun 3), Affandi Abdul Rahman (MPP Fakulti Pendidikan) dan Wakil GMUKM, Saudara Chris Koh Wei.


Menurut Wakil MPP, beliau akan kembali ke UKM dua minggu lagi dan dilaporkan bahawa keadaannya stabil tetapi masih mengalami kesakitan terutamanya apabila lukanya dicuci oleh Doktor. Dilaporkan juga bahawa kaki beliau menjalani pembedahan kali kedua pada 27 Februari lalu untuk membuang sel-sel kaki yang sudah tidak berfungsi.


Wakil MPP Fakulti Pengajian Islam, Saudara Mohd Idris Bin Yusoff yang dihubungi menyatakan bahawa ‘‘ Kami akan terus melaksanakan kerja-kerja kebajikan yang dituntut oleh agama kita sendiri dan tuntutan moral”. Tambahnya lagi bahawa keprihatinan dan kebajikan perlu dihulurkan oleh mahasiswa UKM bagi membantu mereka yang memerlukan kerana konsep bantu-membantu adalah amat digalakkan dalam masyarakat bertamadun.


Sementara itu, Saudara Hisyamuddin Che Ali yang dihubungi turut melahirkan rasa simpati terhadap penderitaan Saudari Norihan dan berjanji untuk membantunya sedaya yang mungkin. “ Kami di barisan MPP Mahasiswa memandang isu kebajikan mahasiswa sebagai keutamaan kami dan akan bertindak sebagai orang pertama dalam menjaga kebajikan mahasiswa terutamanya mereka yang ditimpa musibah ”, ujarnya. Tambahnya lagi bahawa isu Norihan akan turut dibantu dari sudut perundangan bagi memberikan pampasan sewajarnya terhadap insiden yang dialami oleh beliau. Beliau turut meminta mahasiswa UKM yang mengalami masalah kebajikan dan ditimpa musibah agar menghubungi terus 12 MPP Mahasiswa melalui nombor telefon, email mahupun melalui perjumpaan secara terus dengan wakil MPP ini.


Wartawan GMUKM turut berkesempatan menghubungi Saudara Chris Koh Wei yang turut hadir dalam ziarah tersebut. Menurut beliau bahawa kerja-kerja kebajikan merupakan satu dasar GMUKM yang akan membantu sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan bangsa. “ GMUKM akan terus komited dalam menerajui isu-isu kebajikan dan kami menggesa agar mahasiswa Melayu, Cina, India dan lain-lain bersama-sama dengan GMUKM dalam perjuangan mahasiswa”, ujarnya.


Serahan Memorandum Bantah Hedonisme


Satu memorandum telah diserahkan oleh pimpinan MPP Mahasiswa kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dato’ Mohammad Razak pada 27 Februari 2009 lalu. Serahan memorandum itu susulan daripada aduan mahasiswa kepada MPP Mahasiswa berkaitan dengan Karnival Kolej Pendeta Za’ba, Kolej Keris Mas dan Kolej Dato’ Onn. Antara aduan yang diterima adalah suasana bising di kampus, percampuran lelaki dan perempuan, kehadiran orang luar yang berpakaian tidak sopan dan berpeleseran. Juga konsert tersebut mempunyai unsur-unsur hedonisme.


Antara 4 tuntutan mahasiswa dalam memorandum tersebut ialah menghalang program-program bercorak negatif dan berunsur hedonisme, menapis dan mengawal artis-artis jemputan yang dibawa oleh pihak penganjur, menguatkuasakann had pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan serta menguatkuasakan etika pemakaian UKM dan perkara tersebut perlu dititikberatkan semasa berlangsungnya setiap aktiviti.




Rabu, Mac 04, 2009

HARI UNGU

PENDIRIAN MPP MAHASISWA BERKAITAN ISU PPSMI



Isnin, Mac 02, 2009

Pidato Umum dan Dialog Bersama Mahasiswa Fakulti Undang-Undang



Pidato Umum dan Dialog Bersama Mahasiswa Fakulti Undang-Undang akan diadakan pada hari Selasa ini, jam 4.00 petang di DK 1. Semua mahasiswa/I Fakulti Undang-Undang digalakkan untuk hadir dan dapat berinteraksi dengan wakil MPP Mahasiswa yang terdiri daripada :


Phoon Kar Liang

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Fakulti Undang-Undang


Hisyamuddin Che Ali

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Umum Tahun 3 danAkhir


Mohd Fikah Sanusi

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Umum Tahun 3 dan Akhir

Faez Mohd Zain

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Umum Tahun 3 dan Akhir


Kepada Mahasiswa/I FUU, gunakan ruang demokrasi ini, untuk anda berkongsi masalah dan cadangan kepada MPP Mahasiswa untuk dibawa ke peringkat yang sepatutnya