Gerak Kerja Biro Pembangunan Mahasiswa PMUKM Sesi 13/14
Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti
TARIKH
|
TINDAKAN MPP
|
NOVEMBER 2013
22 November 2013 27 November 2013 |
Pendaftaran Rakan PMUKM
Hari interaksi Rakan PMUKM
Hari Interaksi Rakan PMUKM di UKM bangi. Yang mana
ia merupakan majlis suai kenal dan pembahagian kumpulan mengikut biro antara
barisan MPP dan Rakan PMUKM. Walaupun majlis ini dilakukan secara sederhana
sahaja, Alhamdulillah ia mendapat sambutan yang baik dan berjalan dengan
lancar.
SIS : Superwoman Mengangkat Suara Siswi
|
DISEMBER 2013
4 Disember 2013 20 Disember 2013 |
Mesyuarat bersama YDP Persatuan fakulti
Pertemuan tersebut betujuan :
Suara Kampus – Siri 1
AKTIVISMA : Dahulu Lain Sekarang Lain
Suara Kampus kali ini membawakan kepada mahasiswa menyelami tentang kepentingan penglibatan mahasiswa dalam sesebuah organisasi dalam dan luar UKM. PMUKM membawa Dr. Shafie Abu Bakar dan saudara Mustapha Kamil Husen sebagai ahli panel dan saudara Ammar Azlan sebagai moderator.
|
FEBRUARI 2014
7 Februari 2014 |
Mesyuarat khas bersama Pusat Akreditasi Pelajar (PAP) – Isu HP
Mesyuarat ini diadakan adalah berhubung dengan kursus yang sedang dijalankan iaitu Kursus Kemahiran Insaniah yang diambil oleh pelajar
Tahun 1, iaitu satu sistem yang mana pelajar menentukan hasil pembelajaran yang hendak dicapai atau persetujuan bersama antara pelajar dan pensyarah.
|
MAC 2014
5 Mac 2014 27 Mac 2014 |
Sembang Santai Anak Muda
PBS : Pertaruhan Dalam Perubahan
Suara Kampus II |
APRIL 2014
15 April 2014 18 April 2014 30 April 2014 |
Satu Dalam Sejuta : Ahmad Ammar Inspirasi Anak Muda Simposium Jebat : Satu Permulaan melahirkan Mahasiswa Kritis Penganjuran Simposium seperti ini merupakan salah satu langkah mewujudkan mahasiswa/I UKM yang mampu melontarkan idea-idea dalam ruang disiplin ilmu masing-masing. Apa yang lebih penting, usaha murni ini merupakan salah satu langkah mahasiswa bagi menyelesaikan masalah-masalah dan isu yang berlegar di sekitar masyarakat. Tsunami Buku Jalanan
Satu medium dua hala disediakan untuk mahasiswa bertukar ilmu bersama penulis buku, pengasas buku jalanan, cendekiawan dan juga masyarakat setempat. Pertukaran ilmu tersebut adalah melalui pengucapan awam yang dilakukan oleh peserta-peserta yang hadir mengenai buku yang dibaca oleh mereka. Ianya juga adalah bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca disamping meningkatkan keyakinan mahasiswa untuk berkomunikasi di hadapan orang ramai.
|
MEI 2014
3 Mei 2014 14 Mei 2014 18 Mei 2014 |
Ada apa dengan pendidikan di Malaysia? UKM dikritik?
Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2014
Diskusi Terbuka PMUKM Hudud. Perlu Di laksanakan atau Tidak?
Pendaftaran Awal Kursus Semester l Sesi Akademik 2014-2015 akan diadakan pada 19 Mei 2014 hingga 15 Jun 2014 (4 minggu) melalui laman web : http:www.ukm.my/smpweb
Pendaftaran Awal adalah Wajib kepada semua pelajar program Ijazah Pertama kecuali pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian
# Sebelum Pendaftaran Awal dibuat semua pelajar adalah disyaratkan:
i. Membuat penilaian pengajaran kursus
Pelajar disyaratkan membuat penilaian pangajaran kursus yang diambil pada semester semasa melalui laman web yang sama. Penilaian ini bermula dari 12 Mei – 14 Jun 2014.
ii. Menjelaskan bayaran semua yuran/hutang tertunggak.
Sebarang masalah berkaitan dengan pembayaran yuran/hutang tertunggak, sila berhubung terus dengan Bahagian Kewangan Pelajar.
|
OGOS
12 Ogos 2014 15 Ogos 2014 28 Ogos 2014 31 Ogos 2014 |
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015 boleh dibuat melalui khidmat pesanan ringkas. Insentif daripada Pusat Zakat UKM
Berita baik kepada mahasiswa mahasiswa beragama Islam di Ukm. Tunggu akaun anda dapat Rm200 dari Pusat Zakat Ukm. Tahniah atas keputusan peperiksaan yang cemerlang pada sem lepas ! Yang tidak dapat jgn risau, ayuh tekun dan usaha lagi pada lembaran sesi baru kelak.
MMP : PMUKM Mahu Bantu Pertemuan Bersama Ketua Pemudahcara MMP |
SEPTEMBER
4 September 2014 8 September 2014 18 September - 21 September 2014 17 September - 27 September 2014 9 Oktober 2014 |
Penerimaan Surat Lewat Mendaftar Bagi Pelajar Bakal Bergraduasi
Kepada semua mahasiswa mahasiswi UKM yang telah menerima surat peringatan dari Pusat Pengurusan Akademik atas sebab tidak membuat pendaftaran awal sem 1 sesi 2014 2015 boleh mengabaikan surat berkenaan. Hal ini berikutan surat tersebut adalah pengesahan bahawa kalian layak untuk konvo pada bulan November ini. Tahniah ! Apa apa masalah mahupun pertanyaan bolehlah diujuk kepada Encik Shafiq 0389118460. Fatin Zulaika Hamdan Biro Pembangunan Mahasiswa PMUKM 2013 2014 Berita Baik Untuk Mahasiswa/i UKM Bakal Bergraduasi November Ini
- Dimaklumkan lampiran susunan sidang Majlis Konvokesyen ke-42 UKM yang akan berlangsung pada 1 hingga 4 November 2014. Maklumat konvokesyen boleh dirujuk menerusi laman sesawang Laman Web Konvokesyen.
PERHATIAN :
- Graduan yang tidak menyelesaikan hutang tertunggak universiti tidak dibenarkan untuk mengambil jubah.
- Urusan pinjaman jubah pada 24, 25 & 26 oktober untuk Prasiswazah & Siswazah. Rujuk tempat dan fakulti terlibat untuk hari tersebut pada laman sesawang https://smp.ukm.my/konvo/.
- Graduan yang hadir atau tidak hadir pada majlis konvokesyen ini diminta mengisi Kajian Pengesanan Graduan 2014 (KPG) melalui laman webhttp://graduat.mohe.gov.my/ pada 20 September 2014 hingga 20 Oktober 2014. Sila cetak dan bawa bersama slip pengesahan kajian tersebut semasa mengambil jubah.
- Raptai Majlis Konvokesyen akan diadakan pada 30 Oktober 2014 (Khamis) mulai jam 8.30 pagi di DECTAR. Graduan digalakkan hadir.
Surat jemputan konvokesyen boleh dicetak secara online menerusi laman web tersebut. Sekian dimaklumkan.
Biro Pembangunan Mahasiswa
PMUKM 2013 2014
OKTOBERFEST CARLSBERG
Mahasiswa Bantah Penganjuran Pesta Arak Oktoberfest yang dijangka akan diadakan pada 10 – 12 Oktober ini bertempat di One Utama, Petaling Jaya. Pesta ini secara tidak langsung menzahirkan penghinaan dan tidak hormat kepada majoriti warganegara Malaysia beragama Islam yang masih dalam suasana bulan mulia, Zulhijjah 1435H.
Meskipun Islam tidak melarang “Non Muslim” untuk meminum arak, namun keterbukaan tersebut tidaklah sehingga menimbulkan suasana yang boleh mencemarkan imej sebuah Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Kita menghormati agama lain, begitu juga agama lain perlu menghormati Islam apatah lagi Islam itu agama Persekutuan Negara ini. Oleh itu mengapa tidak Pesta ini dilakukan secara tertutup supaya tidak mengganggu SENSITIVITI Umat Islam pada hari ini.
Terima Kasih juga diucapkan kepada pihak MPBJ ekoran daripada tindakan berani dan bijak untuk tidak meluluskan pesta arak ini.
# Tahniah buat sahabat Mahasiswa yang berjaya mengadakan PIKET di Sudut Pidato, UKM hari ini.
Bahijah Mohd Zaki
MPP Umum Tahun 1/2
Biro Penerangan dan Komunikasi PMUKM Sesi 13/14
Mahasiswa Cakna Isu Sensitiviti Umat Islam.
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti: |