24 Februari 2014, UKM Bangi.
Laporan Perjumpaan antara PMUKM dan Persatuan Agama UKM :
Laporan Perjumpaan antara PMUKM dan Persatuan Agama UKM :
1.0 Antara yang hadir:
i. Wakil ISIUKM
ii. Wakil PERKEB
iii. Wakil
Sahabat Aqsa
iv. Wakil CLCUKM
v. Wakil Iqram
vi. Wakil PMUKM
2.0 Agenda:
2.1 Penerangan tujuan dan objektif perjumpaan
2.2 Pengenalan diri dan persatuan yang
diwakil
2.3
Membincang isu-isu agama yang
tertimbul dalam masyarakat
2.4 Pandangan setiap persatuan terhadap
isu-isu agama
2.5
Cadangan menangani isu:
a.
Mengadakan forum atau dialog keagamaan
b.
Kempen memahami agama masing-masing
2.6
Tindakan susulan
-mengadakan
dialog antara keagamaan
-berkerjasama dan membantu PERKIM dalam mengadakan Interfaith Dialog 2014
3.0 Kenyataan bersama
Persefahaman Agama Bersama Mencapai Wawasan
Sebagai seorang mahasiswa, dan seorang rakyat Malaysia yang datang
daripada pelbagai kaum dan agama, adalah mustahak untuk kita sentiasa memahami
tentang kepentingan keharmonian dan ketenteraman antara masyarakat di negara
kita. Kita amat bertuah untuk menjadi sebahagian daripada satu negara yang
begitu unik dan istimewa di mana kepelbagaian masyarakat kita telahpun menjadi
salah satu kelebihan negara kita.
Di negara kita, kepelbagaian kebudayaan dan keagamaan inilah yang
menjadikan negara kita amat berbeza dengan negara-negara yang lain. Malaysia
juga dijadikan teladan oleh negara asing disebabkan kejayaan kita dalam
mengekalkan keharmonian antara komuniti-komuniti yang berbeza. Walaupun kita
mempunyai perbezaan, namun disebabkan kita semua mempunyai satu identiti yang
sama, iaitu sebagai seorang rakyat Malaysia, kita sanggup mengamalkan nilai
toleransi dan nilai keterbukaan untuk menerima perbezaan tersebut dan
menghormati antara satu sama lain. Inilah kunci kejayaan negara kita untuk
terus membangun sampai ke hari ini.
Kejayaan ini tidak dicapai dengan semudah-mudahnya tetapi adalah disebabkan oleh kerjasama dan usaha bersama oleh semua rakyat. Namun hari ini, terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab tidak menghargai keharmonian ini yang kita kekalkan sejak kemerdekaan dan terus memainkan sentiment-sentimen yang sensitif untuk mencapai agenda tersembunyi mereka sendiri. Isu-isu agama sering dipolitikkan dan menyebabkan kebimbangan daripada pelbagai pihak.
Tindakan-tindakan sebegitu amat dikesali. Kami sebagai wakil
persatuan agama UKM dan wakil pelajar di UKM akan sentiasa menolak sebarang
tindakan yang cuba menimbulkan pertelingkahan dan perselisihan antara agama
ataupun kaum. Sebaliknya, kami akan terus mengamalkan hubungan yang erat dan
meningkatkan persefahaman antara agama. Kami juga mengharapkan semua mahasiswa
terutamanya mahasiswa UKM akan bersama dengan kami untuk mewujudkan satu
masyarakat yang sihat dan harmoni dalam kampus untuk merealisasikan wawasan
varsiti kita.
Pernyataan bersama oleh:
1. Persatuan Mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia (PMUKM)
2. Perwakilan Agama Kristian UKM (PERKEB)
3. PERKIM UKM
4. Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM)
5.
Sahabat AQSA UKM
6. Campus Life Connection UKM (CLCUKM)
7. Ikram UKM
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::