Khamis, Mac 27, 2014

HARKEB : HARI KERJAYA BERSEPADU 2014


Perancangan kerjaya adalah suatu perkara penting yang perlu didedahkan kepada mahasiswa semenjak awal pengajian lagi supaya mahasiswa akan lebih jelas akan hala tuju mereka di masa hadapan seterusnya dapat merancang dengan lebih awal. Isu kebolehpasaran yang semakin giat diperkatakan kini bukan sahaja memerlukan latihan menyeluruh untuk pelajar tahun akhir sahaja, tetapi ianya perlu ditekankan kepada setiap mahasiswa semenjak dari mula memasuki alam universiti lagi. 

Menyedari hakikat ini, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) dengan kerjasama Pusat Hubungan Industri (PHI), PEMATRA, PERTAMA, dan PM FST mengambil langkah inisiatif bagi mengadakan satu program iaitu Hari Kerjaya Bersepadu (HARKEB). Program ini akan berlansung pada 2 – 3 April 2014 di Dewan Canselori Tun Abdul Razak (DECTAR) bermula jam 9 pagi – 5 petang. 

Antara aktiviti yang akan diadakan termasuklah Career Talk, Interview Session serta Booth Exhibition yang akan dikendalikan oleh lebih 30 syarikat kerajaan dan swasta. Lebih menarik lagi, pelbagai sektor kerjaya akan membuka lebih 300 tawaran jawatan kosong buat pengunjung HARKEB. Saya mengajak sahabat-sahabat mahasiswa/i sekalian untuk membawa sebanyak mungkin resume masing-masing kerana mereka akan turut menawarkan tempat bagi mahasiswa yang akan menjalani latihan industri. 

Harapan saya program ini akan membuka peluang kepada mahasiswa/i UKM untuk mewujudkan jaringan kerjaya bersama syarikat yang ada serta mendapat lebih pengalaman dan kemahiran berkaitan kerjaya. Selain itu, program ini juga diharap dapat membantu mahasiswa/i ke arah menyediakan diri bagi menempuh alam kerjaya di masa hadapan. Semua mahasiswa/i dijemput hadir ke HARKEB bagi mengambil bahagian dalam program yang julung-julung kali diadakan ini. Bagi pelajar tahun akhir, inilah peluang anda untuk mencari kerjaya selepas bergraduasi nanti. Bagi pelajar tahun 3 atau akhir yang akan menjalani latihan industry bagi semester ini, inilah peluang anda untuk mendapatkan tempat untuk menjalani latihan tersebut. Bagi pelajar-pelajar tahun satu dan dua, inilah peluang anda untuk mengenali dan mendapatkan pengalaman serta informasi terhadap syarikat-syarikat yang menyertai program ini. 

Antara syarikat yang menyertai HARKEB :

COMFORI SDN BHD

SILTERRA MALAYSIA SDN BHD

ON SEMICONDUCTOR MALAYSIA SDN BHD

FAVELLE FAVCO CRANES (M) SDN BHD

MALAYSIA INVESTMENT DEVELOPMENT AUTHORITY ( MIDA)

NIPPON ELECTRIC GLASS (MALAYSIA) SDN BHD

FRENCKEN MECHATRONICS ( M) SDN BHD

KANEKA ( MALAYSIA ) SDN BHD

MEDITOP CORPORATION ( M) SDN BHD

ANSELL NP SDN BHD

UWC HOLDINGS SDN BHD

FABER GROUP BERHAD

BARD SDN BHD

iWoWSoft SDN BHD

HERTALEGA SDN BHD

BOILERMECH SDN BHD

APM AUTOMOTIVES HOLDINGS SDN BHD

ALGATECH INTERNATIONAL SDN BHD

THE INSTITUTION OF ENGINEERS MALAYSIA (IEM)

CP ARDENT

A FAMOSA

SOUTHERN ACIDS

TALENTCORP

TEACH FOR MALAYSIA

SBM OFFSHORE

TOP GLOVE

EXCELL MIND


 





Muhammad Salehuddin Khalid
MPP Umum Tahun 3/4
Naib YDP PMUKM Sesi 13/14





::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti ::