PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Isnin, Februari 23, 2009

Mesra MPP bersama Noriham Rahim, Mangsa Kemalangan


Lawatan Mesra MPP Mahasiswa ke Pusat Perubatan UKM pada pagi tadi telah berjaya melawat Saudari Norihan Rahim, pelajar FSSK Tahun Akhir yang mengalami kecederaan akibat dilanggar oleh bas sewa Kiffah. Kejadian pada pukul 4.20 petang di hadapan Kolej Keris Mas menyebabkan beliau terpaksa menghadapi penderitaan berkekalan apabila jari kaki kanannya dipotong akibat digilis oleh tayar bas tersebut.


Wakil MPP Mahasiswa yang diwakili oleh Saudara Hisyamuddin Che Ali, MPP Umum tahun 3, Saudara Affandi Abdul Rahman, MPP Fakulti Pendidikan dan juga Wan Nuruddin, MPP Perubatan melahirkan simpati atas kejadian tersebut. MPP Mahasiswa turut berjanji akan berjuang akan kebajikan Saudari Norihan dan berharap beliau mendapat sokongan untuk terus meneruskan pengajian dan mendapat ijazah pada semester ini. Ziarah yang bermula pada pukul 10.45 pagi telah berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari dan wakil MPP menghulurkan sedikit buah tangan buat Saudari Norihan. Dikatakan bahawa MPP Mahasiswa akan membuat kutipan untuk mangsa di seluruh fakulti sedikit masa lagi.

2/3 Majoriti Aspirasi Terpadam Dalam PRK Lepas


Majoriti 2/3 Aspirasi UKM berjaya dinafikan oleh barisan MPP Mahasiswa dalam PRK 15 Januari lalu. Tahun sebelumnya, GMUKM hanya berjaya mendapat 4 kerusi sahaja, pada tahun ini, mereka berjaya menambah 200 % kerusi dan berjaya menafikan 2/3 majoriti mudah Aspirasi UKM. Berikut merupakan fakulti yang berjaya membuat perubahan besar dalam PRK lalu :

Kod Kawasan / Nama Kawasan
F0.23 / FFAR MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID (A116993) - 185
F0.23 / FFAR CHUAH BAN LIM (A122188) - 165
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 1

Kod Kawasan / Nama Kawasan
F2.17 / FKAB SARZLIANA BINTI SOAIDIN @ DJUHARI (A118678) - MTB
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak :

Kod Kawasan / Nama Kawasan
F2.14 / FPEND MUHAMAD FAIZ BIN ISMAIL (A116422) - 364
F2.14 / FPEND MOHD FAIZEE AZWAR BIN MD ARIFFIN (A121744) - 142
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 10

Kod Kawasan / Nama Kawasan
F3.15 / FPEND AFFANDI BIN ABDUL RAHMAN (A112590) - 493
F3.15 / FPEND LIM YAN SHIANG (A111052) - 117
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 10

Kod Kawasan / Nama Kawasan
F2.9 / FPI MOHD IDRIS BIN MOHD YUSSOFF (A121177) - MTB
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak :

Kod Kawasan / Nama Kawasan
F3.10 / FPI MAHFUZAN GADDAFI BIN MAHMUD (A111492) - MTB
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak :

Kod Kawasan / Nama Kawasan
F3.5 / FPER WAN NURUDDIN SHAH BIN WAN JOHAN (A114877) - 320
F3.5 / FPER TEO BIN HOO (A113891) - 268
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 3

Kod Kawasan / Nama Kawasan
F3.13 / FST MOHD ARIF BIN MISROL (A115327) - 333
F3.13 / FST LAI WEI SIENG (A110675) - 302
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 10

Kod Kawasan / Nama Kawasan
F0.16 / FUU PHOON KAR LIANG (A112979) - 183
F0.16 / FUU MOHD HAZWAN BIN HAMIDUN (A116525) - 156
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 6


Kod Kawasan / Nama Kawasan
U3.30 / Umum MOHD FAEZ BIN MAT ZIN (A112128) - 2432
U3.30 / Umum HISYAMUDDIN BIN CHE ALI (A111849) - 2372
U3.30 / Umum SURIANI BINTI DING (A112980) - 2356
U3.30 / Umum SITI NAZIHAN BINTI HJ ABD RAHMAN (A111596) - 2200
U3.30 / Umum MOHD FIKAH BIN SANUSI (A112913) - 2196
U3.30 / Umum ZULKARNAIN BIN ABDULLAH ZAWAWI (A112450) - 2098
U3.30 / Umum INTAN NORJAHAN BINTI AZMAN (A112055) - 1982
U3.30 / Umum NOOR 'ADILAH BINTI KAMARUDIN (A114138) - 1906
U3.30 / Umum AHMAD NAZIF BIN HAMIDUN (A111706) - 1885
U3.30 / Umum FONG MUN FEI (A111005) - 1824
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 5 Jumlah Undi Rosak : 426

**
MTB - Menang Tanpa Bertanding
FFAR - Fakulti Farmasi
FKAB - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
FPEND - Fakulti Pendidikan
FPI - Fakulti Pengajian Islam
FPER - Fakulti Perubatan
FST - Fakulti Sains dan Teknologi
FUU - Fakulti Undang-undang

Pm-ukm.blogspot memacu perubahan

Blog PM-UKM blogspot.com merupakan lidah rasmi 12 MPP Mahasiswa UKM dalam memberi penerangan kepada mahasiswa UKM berkaitan dengan proses demokrasi di UKM. Juga merupakan medium terbaik buat mahasiswa UKM untuk meluahkan segala persoalan berkaitan kebajikan dan keintelektuan kepada MPP Mahasiswa.

Sesuai dengan kebebasan bersuara (freedom of speech) yang dijamin oleh Perlembagaan kita, kelahiran blog ini adalah untuk memenuhi tuntutan massa mahasiswa yang mahukan perubahan dalam MPP kali ini.

Jika sebelum ini kita bersua di http://mpppromahasiswa.blogspot.com, maka kali ini kami tampilkan blog yang terkini yang lebih tepat dan padat dengan informasi-informasi yang diharapkan berguna buat seluruh mahasiswa UKM.

Justeru itu, kehadiran blog ini sebagai pemangkin kepada kebangkitan mahasiswa untuk melawan MPP sistem dan seterusnya memenangi Pilihanraya Kampus akan datang. Inilah masa untuk kembali kepada kebenaran dan menyingkirkan kepura-puraan dan ketakutan.

Dengan tema ’ Suara Anda Keutamaan Kami’, MPP mahasiswa seramai 12 orang iaitu :

MPP Umum - MOHD FAEZ BIN MAT ZIN
MPP Umum - HISYAMUDDIN BIN CHE ALI
MPP Umum - MOHD FIKAH BIN SANUSI
MPP- FUU PHOON KAR LIANG
MPP FFARMASI - MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID
MPP FKAB - SARZLIANA BINTI SOAIDIN @ DJUHARI
MPP FPEND - MUHAMAD FAIZ BIN ISMAIL
MPP FPEND - AFFANDI BIN ABDUL RAHMAN
MPP FPI - MOHD IDRIS BIN MOHD YUSSOFF
MPP FPI - MAHFUZAN GADDAFI BIN MAHMUD
MPP - FPERUBATAN WAN NURUDDIN SHAH BIN WAN JOHAN
MPP - FST MOHD ARIF BIN MISROL

Berjanji akan membawa suara mahasiswa ke tempat yang sepatutnya. Mereka berjanji dan bertekad, akan menyuarakan segala permasalahan mahasiswa dan tidak akan bersikap meniskus apabila berhadapan dengan pihak pentadbiran. MPP Mahasiswa akan bersuara mengikut suara mahasiswa. Inilah Saatnya berbicara tentang perubahan.

Ahad, Februari 01, 2009

Get started now

Salam...this blog will be launching as soon as possible.hopefully that all of UKM's students can be members for this blog...tq-admin

p/s : carry forward from http://mpppromahasiswa.blogspot.com