Oleh : MOHAMMAD FAUZI MOHD ZUBIR
Biro Penyelidikan dan Inovasi
Alhamdulillah,usai sudah saya bersama-sama MPP shukri Johari menjalani aktiviti ziarah kesukarelawanan di Tumpat Kelantan bersama pemimpin- pemimpin mahasiswa dari UIA, UTM, UiTM, UPM dan UMK. Di sini kami bersama-sama bergerak ke Sekolah Kebbangsaan Sri Kampung Laut Tumpat kelantan bagi membersihkan kawasan taman di sekolah terbabit yang mempunyai mendapan lumpur setebal lebih kurang satu kaki.
Seterusnya kami bersama-sama mengedarkan bekalan makanan kepada masyarakat kampung di Tumpat di rumah ketua kampung kawasan terbabit. Kehadiran kami disambut baik oleh masyarakat di sini dan dapat dilihat mereka amat memerlukan barang-barang keperluan asas seperti beras,gula dan susu bayi,seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Madrasah Islamiah Ahbabul Mustafa bagi memenuhi jemputan daripada madrasah terbabit untuk meraikan kami tetamu yang datang dari jauh.
Keterbukaan rakyat kelantan dalam menerima tetamu amat mengembirakan kami. Walaupun ditimpa bah besar,mereka tetap menerima kedatangan kami dengan tangan terbuka, sungguh indah akhlak masyarakat di sini.
19/01/2015, sebelum berangkat pulang ke UKM, saya dan beberapa sahabat meneruskan misi kebajikan di pasar siti khadijah..berbekalkan 2 beg plastik diisi keropok dan jajan. Kami mahasiswa mencari anak-anak kecil di sana untuk memberi hadiah bagi menggembirakan warga Kelantan lebih-lebih lagi anak-anak kecil yang terkesan daripada bah besar.
Diharap pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dapat menggunakan masa cuti yang berbaki ini dengan menyertai aktiviti-aktiviti berfaedah di samping berbakti kepada masyarakat. Teruskan tembakan doa kalian terhadap mangsa banjir.
Terima kasih kepada YAYASAN MINDA, terima kasih BIRO SUMBER MANUSIA DAN KHIDMAT KOMUNITI PMUKM, terima kasih kepada semua mahasiswa yang membantu.
"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"