PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Memaparkan catatan dengan label e-Warga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label e-Warga. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 07, 2012

MAKLUMAN PENTING: SELESAIKAN YURAN ANDA SEBELUM ATAU PADA 10 DISEMBER



 
MAKLUMAN PENTING
 
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
 
Perhatian kepada semua pelajar program Ujazah Pertama UKM, Pelajar adalah dipohon untuk menyemak penyata yuran dari masa ke semasa. Bagi pelajar yang masih mempunyai yuran tertunggak, pelajar dipohon untuk menyelesaikan baki tersebut selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 Disember bagi mengelakkan sekatan proses pendaftaran awal bagi Sem 2 Sesi 2012/2013.
 
Pendaftaran awal Sem 2 Sesi 2012/2013 10 Disember 2012 - 4 Januari 2013
 
( Rujuk Pekeliling Akedemik Bil. 31/2012)
 
SILA SEMAK PENYATA ANDA SEKARANG e-warga. Cara bayaran yuran boleh rujuk Jabatan Bendahari UKM. BAYARAN SECARA TUNAI TIDAK LAGI DITERIMA.
 
 Sekian, Terima kasih.
Unit Kewangan Pelajar (Prasiswazah)
Jabatan Bendahari UKM
03- 8921 5090/5165/3180/4211/5037
 
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI




Isnin, November 26, 2012

BICARA HIJRAH : SHAM KAMIKAZE




Oleh : Sham Kamikaze 
Anjuran: Kelab Warga Kebajikan Perpustakaan

30 November 2012 (Jumaat)
10.00 pagi 
Bilik Serbaguna,Aras 2, Perpustakaan Tun Seri Lanang


Sila klik untuk poster. 

Semua warga UKM dijemput hadir.

Sumber : (ewarga/bul/bil.26112012-126)


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Isnin, Oktober 29, 2012

TAHNIAH UKM : I-NOVA 12


Tahniah diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM kerana telah memenangi dua pingat di i-nova (Ekspo Inovasi Islam) 2012 yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Ekspo ini telah diadakan di stadium tertutup nilai dari 20-21 oktober 2012. Pingat perak telah dimenangi oleh kajian yang diketuai oleh Dr Mohamad Azwani Shah b Mat Lazim bersama-sama Dr Siti Aishah Hasbullah, Dr Siti Fairus Mohd Yusoff, Prof Aminah Abdullah, Ayuni Fendy, Mustika Masri dan Aqeela Salfaryna Ab Razak dengan tajuk "Starch-based Edible Plastic and Coating".

Manakala pingat gangsa telah dimenangi dengan kajian yang bertajuk "Multipurposes Spiropyran-based Smart Dye". Kajian ini diketuai oleh Dr Siti Aishah Hasbullah bersama-sama Dr Mohamad Azwani Shah b Mat Lazim, Dr Siti Fairus Mohd Yusoff, Rumaisa Nordin dan Atisya Rohimi.

Syabas!


Sumber : (ewarga/bul/bil.29102012-125)



AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Selasa, Oktober 23, 2012

BERITA TAKZIAH : FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


En. Khairuddin Mohd Amin
Dukacitanya dimaklumkan bahawa Encik Kharuddin Mohd Amin, Pensyarah, Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini 23 Oktober 2012 di Hospital Serdang. Solat jenazah dijangka akan diadakan di Masjid UKM selepas zohor/asar dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Tangkas.

Warga UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allayarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah

(ewarga/bul/bil.23102012-114)

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Sabtu, Oktober 20, 2012

Tahniah:Kumpulan Sinaran, Jabatan Radiologi, PPUKM


Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Sinaran - Jabatan Radiologi, PPUKM kerana telah berjaya memenangi anugerah 3 bintang dalam Konvensyen Peringkat Antarabangsa pada 14 – 17 Oktober 2012 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Kumpulan Sinaran yang dipilih untuk mewakili Malaysia  ini mempersembahkan projek yang bertajuk "High scattered radiation during mobile radiography examination".

Tahniah  juga diucapkan kepada Kumpulan Mediprima dari Jabatan Maklumat Kesihatan PPUKM kerana telah berjaya memenangi anugerah 10 kumpulan terbaik sektor awam dan anugerah 3 bintang dalam Konvensyen ICC peringkat Kebangsaan 2012  pada 15 – 17 Oktober 2012 bertempat di KLCC. Sehubungan dengan itu kumpulan Mediprima akan mewakili Malaysia dalam Konvensyen ICQCC 2013 peringkat antarabangsa pada Oktober tahun 2013 di Taipei, Taiwan. 

Turut mendapat kejayaan yang cemerlang adalah kumpulan Benua Cipta - Jabatan Radiologi, PPUKM dan Kumpulan Unitiy- Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM yang memenangi anugerah 3 bintang dlm konvensyen yang sama.
Syabas!

(ewarga/bul/bil.19102012-103)

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI