Pujian pertama kepada PMUKM, atas usaha yang murni dan harmoni meneruskan kelangsungan wacana intelektual pada malam ini. Alhamdulillah tiada tangan-tangan yang sudi menyekatnya. Mungkin atas slogan UKM Tercinta yang dibawa oleh PMUKM sempena 45 tahun penubuhan UKM.
Prof Dr Che Husna Azhari, memulakan perjalanan diskusi menceritakan proses pensejarahan tertubuhnya UKM yang didasarkan atas kesedaran untuk mendaulatkan Bahasa Melayu ( bukan Bahasa Malaysia ) di negara ini dan juga meningkatkan nilai ekonomi bahasa ini. 18 Mei 1970, lahirlah Universiti Kebangsaan Malaysia ( bukan Universiti Kelantan Malaysia ), dengan penerapan unsur antaranya menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia yang tunggal, mempererat hubungan antara kaum, penawaran ilmu-ilmu untuk pembangunan negara, pengeluaran siswazah yang berpadangan dan berfikiran luas dan lain-lain.
Mengikut catatan sejarah, Pendeta Za’ba ( pada tahun 1917 ) merupakan cendekiawan Melayu yang pertama (1917) menyarankan penubuhan universiti berbahasa melayu bagi menampung keperluan pelajar-pelajar sekolah melayu. Kemudian, A. Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu pada 1920-an, menyuarakan perlunya sebuah universiti yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Dua tokoh utama, yang sentiasa diulang sebut oleh Prof Husna dalam meniliti pensejarah tertubuhnya varsiti ini.
Prof Wan Mokhtar ( suami Prof Husna ) , turut sama hadir sebagai panel diskusi malam ini, membuat penghuraian yang begitu karismatik dan tersusun berkenaan Falsafah UKM. “ Paduan antara IMAN kepada ALLAH dan ILMU yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, dan proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti ”. Allah merupakan kalimah utama yang ditekankan dalam perbahasan dan penfsiran falsafah terangung univerisiti ini. Satu kalimah yang jelas menunjukkan keteguhan tanpa segan silu dan malu perlu tertegaknya kalimah tersebut dan persuratannya di muka bumi intelek ini.
Setiap kalimah yang digazekkan pada falsafah yang tertera mempunyai proses kesinambungan maknanya yang tersendiri. Menekankan soal keilmuan dan kaitannya dengan keimanan serta pembinaan dan penghasilan para graduan yang mempunyai semangat setia dan sayang terhadap pembangunan univeristi ini. Antara kritikan yang turut sama dibincangkan dengan disertai ruang “tanya dan jawab” antara panel dan pendegar, adalah melihatkan pendidikan untuk mengenal Allah yang sudah tidak diPerdanakan di UKM. Sebaliknya melihat proses pensekularan (penginjilan dan kristianisasi) yang sedang mencucuk sedikit demi sedikit jarumnya dalam sekitar kehidupan pentadbiran dan mahasiswanya ketika ini.
Ini sekadar perkongsian yang amat ringkas untuk bacaan umum, yang penting harus difikirkan, kemana perginya pembumian erti agung falsafah UKM dalam proses pendidikan, pembelajaran dan pensyarahan oleh para cendekiawan kini di ukm dan nasib minda mahasiswa yang menerima proses pembelajaran tersebut pada ketika ini.
Nukilan : SHABIL MUHAFIZ
Fakulti Pengajian Islam
Tahun 1