Sabtu, Mei 16, 2015

MANIFESTASI HARI PENDIDIK DAN HARI BELIA

Tema Hari Guru 2015 iaitu pada tahun ini adalah “Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”. Amat bertepatan sekali dengan kehendak semasa agar pembentukan akhlak pelajar harus seiring dengan ilmu yang diperolehi di sekolah. Inilah cabaran guru/pendidik di abad ke-21 ini. Tema Hari Guru 2015 tahun ini yang dilihat lebih menumpukan kepada aspek pembentukanakhlak dan sahsiah anak didikan berteraskan ilmu dilihat bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa masyarakat sekarang. Sememangnya kita semua tahu apa guna lahirnya individu yang bijak tanpa ada akhlak yang berkualiti tinggi

Demi melahirkan modal insan yang mampu menjadi pemangkin pembangunan negara pada masa depan, adalah amat penting untuk kita menyedari hakikat keberkesanan input daripada warga pendidik dalam melahirkan individu yang diidamkan. Perkara ini perlu diambil serius, agar insan yang diimpikan bukan sekadar terbentuk di dunia khayalan bahkan secara realiti mampu untuk menggalas tugas memimpin negara pada masa depan. Jika semalam, belia diseru untuk menjadi kreatif dan inovatif, maka hari ini, guru seharusnya membantu dalam usaha mencapai harapan tersebut.

"Bersempena Hari Belia yang jatuh pada 15 Mei dan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun, PMUKM mengucapkan selamat hari guru buat semua warga pendidik dan selamat hari belia buat seluruh warga belia Malaysia. Moga-moga setiap belia mampu untuk menjadi pendidik kepada masyarakat."

Nantikan sambutan kami sebagai tanda penghargaan PMUKM kepada semua warga pendidik UKM.

MUHAMMAD SALLEHUDIN KHALID
YDP PMUKM 2014/2015


#PMUKM
#HARIGURU
#HARIBELIA