Video Teaser : Persidangan Mahasiswa II
26 Februari 2014, UKM Bangi - Dewan Mahasiswa II telah bersidang di Bilik Persidangan FST. Persidangan kali ini membawa sedikit kelainan dengan menjemput mahasiswa/i UKM untuk menjadi pemerhati bebas semasa persidangan.
Persidangan dimulakan dengan ucapan pembukaan YDP PMUKM, Saudara Mustapha Kamil Husen.
Kemudian diikuti dengan pembentangan gerak kerja usul Persidangan Dewan Mahasiswa I oleh Saudari Fatin Zulaikha atas usul mengkaji semula HP. Boleh rujuk di PERJUANG USUL DEWAN MAHASISWA : MESYUARAT BERSAMA PAP.
Pembentangan tentang usul kedua mengenai Dialog antara agama telah dibentang oleh Saudara Jason Ng Thien Yong. Boleh rujuk USUL DEWAN MAHASISWA I : PERSEFAHAMAN AGAMA BERSAMA MENCAPAI WAWASAN.
Pembentangan gerak kerja setiap biro sepanjang semester pertama.
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial - Saudari Syifa' Mohd Syukri
Biro Sukan dan Kebudayaan - Saudara Syed Najib Syed Yahya
Biro Pembangunan Mahasiswa - Saudari Fatin Zulaikha Hamdan
Biro Perhubungan dan Antarabangsa - Saudara Mustapha
Minit Persidangan Dewan Mahasiswa II
USUL 1
Hapuskan bayaran yang dikenakan untuk
sewaan di DECTAR. Jika dikatakan program tahunan dikecualikan dari sewa,
program pesta Angpow juga merupakan program tahunan. Jadi saya berharap sewa
yang dikenakan dihapuskan. Sewa yang dikatakan ialah sebanyak RM1000 sehari.
Tindakan MPP untuk menyelesaikan usul : USUL DEWAN MAHASISWA II : SEWAN DECTAR TIDAK RELEVAN
USUL 3
Seperti yang berlaku baru baru ini,
tarikh minggu pengenalan persatuan (M3P) kepada pelajar baru adalah agak lewat.
Hal ini menyebabkan kurang penglibatan pelajar dalam persatuan anak negeri
kerana mereka telah memasuki banyak program.
Usul 1 dan 3 telah diterima.
Saudara Shahrul Akmal, Perwakilan Permaj memberi cadangan usul |
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::