Rakaman Sembang Santai
Siri I :Sembang Santai Anak Muda Siri I
Siri II : Sembang Santai Anak Muda Siri II
Teaser : Sembang Santai Anak Muda
5 Mac 2014, UKM Bangi - Persatuan Mahasiswa Universiti kebangsaan Malaysia
telah mengadakan program sembang santai di Kiosk Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Yang mana telah dihadiri oleh saudara Zul Fikri Zamir (pengasas
TFTN / aktivis pendidikan), saudara Mohd Abdullah (penulis guru novis di
sekolah pendalaman), dan saudara Syed Mohd Najib (MPP fpend UKM) selaku panelis
jemputan. Manakala pengerusi majlis adalah saudara Ahmed Amri (MPP fkab UKM).
Sembang santai kali pertama ini, PMUKM telah membawakan satu tajuk
PBS|Pertaruhan Dalam Perubahan. Yang mana isu yang hangat di perkatakan pada
hari ini, dalam menentukan masa depan Negara.
Persoalan yang ditimbulkan pada sesi kali ini adalah :
1)
Pendapat setiap panelis tentang PBS baik atau buruk ?
2)
Adakah perlu PBS dalam system pendidikan Negara kita ?
3)
Masa depan PBS dalam Negara kita ?
PBS merupakan sistem yang baru diperkenalkan, sebelum ini PPSMI
merupakan sistem pembelajaran yang diguna pakai dalam pendidikan. Mengikut
fakta, seramai 170 000 pelajar telah gagal dalam sistem PPSMI selama 6 tahun
pengunaannya. Bila berbicara tentang isu pendidikan ia bukan hanya isu guru,
kementerian sahaja. Kita tidak boleh memandang dengan sudut pandang begitu
kecil sekali, dan ia merupakan isu rakyat yang perlu diambil kira dengan
serius.
Terdapat beberapa kekurangan PBS antaranya ialah :
1)
Pengajar gagal faham tentang PBS dengan baik
2)
Pengajar di sekolah terlepas tanggungjawab yang kecil kerana
tertumpu kepada PBS semata
3)
Pengajar yang tidak bersedia dalam menempuhi sistem yang baru
dengan baik
Sebagai
seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, kita tidak dapat tidak mesti
dan pasti melahirkan mahasiswa yang cakna tentang isu semasa, berani
mengeluarkan idea, dan tidak dipenggaruhi dalam membuat keputusan dalam menilai
sesuatu. Rujuk pendapat mahasiswa Fakulti Pendidikan UKM tentang PBS, PBS : Barang Baik?. Jika dikatakan mahasiswa ia pasti sesuatu yang berintelektual keilmuan
dan mempunyai jati diri yang kuat.
Teruskan
dalam menyokong Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) dalam
pelbagai keadaan dan situasi demi bersama-sama melahirkan mahasiswa kelas
pertama.
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::