19 Februari 2014, UKM Bangi - Suatu pertemuan antara Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) bersama wakil Exco Siswi Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) dan wakil siswi daripada. Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF) telah diadakan di Bilik Mesyuarat PMUKM, Pusanika Aras 3. Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan isu-isu siswi serta program-program menarik yang telah dirancang sama ada di kolej serta di fakulti. PMUKM melihat pertemuan ini sebagai satu inisiatif bagi kerjasama dalam mengetahui dan mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan oleh pelajar UKM terutamanya dari wakil siswi.
Dalam pertemuan ini juga, wakil siswi PMUKM iaitu saudari Nur Afifah Abd Rahim dan saudari Hasyimah Ibrahim telah mengemukakan beberapa isu yang dilihat serius berkenaan hal ehwal siswi termasuklah dari sudut kebajikan siswi, kualiti program siswi yang akan diadakan serta isu pemakaian di dalam kampus. Perbincangan terhadap perkara-perkara penting ini telah mendapat respon yang pelbagai dari setiap wakil siswi yang hadir. Majoriti menyatakan persetujuan bahawa perlu adanya tindakan susulan berkaitan isu-isu yang telah dibangkitkan dan bersedia menyokong usaha PMUKM dalam menggerakkan kesedaran kepada para siswi untuk menjadi lebih peka dan proaktif.
Nur Afifah Abd Rahim
MPP Umum Tahun 3/4
Timbalan YDP PMUKM Sesi 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::