Isnin, Mac 10, 2014

INTERNATIONAL WOMEN'S DAY : EMPOWERING WOMEN

 “Education is one of the most important means of empowering women with the knowledge, skills and self confidence necessary to participate fully in the development process”


Setiap wanita itu mempunyai daya pemikiran dan keistimewaan yang pelbagai untuk disumbangkan kepada masyarakat. Keistimewaan itu termasuklah dari aspek ilmu dan bakat selain sifat positif yang mesti dibina dalam diri setiap wanita. Perluasan ilmu sentiasa dikaitkan dengan memperkasakan bidang pendidikan untuk dinikmati oleh setiap individu tanpa jurang ekonomi serta kasta. Pemerkasaan wanita sangat penting bagi pembinaan sebuah generasi harapan pada masa hadapan.Hal ini ditegaskan oleh Prof Che Husna Azhari iaitu pensyarah wanita di UKM yang menekankan bahawa pemerkasaan wanita dalam pendidikan adalah komponen utama dalam membentuk sebuah masyarakat.


 

Shabana Basij-Rasikh, seorang tokoh wanita dari Afghanistan mengemukakan pendapat yang sama mengenai pemerkasaan wanita melalui pendidikan. Beliau berkongsi tentang keperluan setiap manusia untuk memiliki kebebasan dan ilmu terutamanya bagi golongan wanita di Afghanistan yang sering ditindas dan tergugat. Shabana menyelitkan kata-kata hikmah dari ayah beliau yang sering menyokong proses perkembangan pendidikannya, “There was greater risk for not educating his children”. Seterusnya, Shabana bertindak untuk merealisasikan impiannya dengan membina sebuah sekolah khas untuk wanita di Afghanistan. Pendidikan yang diterapkan bukan hanya helaian buku semata-mata tetapi berdasarkan ilmu yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan seseorang individu.



Harapan yang dibawa oleh Shabana mestilah didokong dan disokong pihak-pihak yang berautoriti dari segenap pelosok dunia bagi meneruskan usaha murni dalam memberikan pendidikan kepada setiap insan.



Hasyimah binti Ibrahim
MPP Umum Tahun 1/2
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM Sesi 13/14

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::