Featured Posts

Isnin, Januari 23, 2012



Sabtu, Januari 21, 2012

‘ xīn nián kuài lè - Presiden PMUKM

Pertama sekali, saya mewakili keluarga PMUKM ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakan mahasiswa khususnya bagi rakan-rakan yang berbangsa Tiong Hua yang bakal menyambut perayaan Tahun Naga pada 23-24 Januari kelak.

Buat warga UKM amnya, saya berharap kita semua berwaspada meninggalkan barangan dengan memastikan semua tingkap dan pintu serta kenderaan yang ditinggal terkunci kemas.

Di samping itu diharapkan juga kepada rakan-rakan untuk kita berhati-hati semasa berada di jalan raya.

Juga diharapkan semoga rakan-rakan dapat mengisi masa cuti ini dengan perkara-perkara yang berfaedah serta dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta di rumah.

Saya berharap semoga Tahun Naga ini akan memberi peluang yang baru untuk kita membaiki diri, mengeratkan persefahaman di antara kita, dan mengukuhkan tali persaudaraan sesama umat manusia.
Semoga kita terus bersama terus mendokong gagasan PMUKM “ Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"


Yang ikhlas,

LT M Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi
Presiden PMUKM Sesi 2010-2011

Kajian arkeologi buktikan Hang Tuah wujud

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Seorang pakar arkeologi hari ini mempertahankan kewujudan Hang Tuah berdasarkan bukti arkeologi.

"Saya percaya tokoh ini wujud. Nama ‘Hang’ memang sudah wujud di alam Melayu. Panggilan ‘Hang’ ada di Padang Lawas Sumatera, Indonesia.

"Tetapi nama yang empat orang lagi itu (Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) mungkin boleh dikaji lagi,” kata Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.

Beliau berkata, meskipun tiada kajian khusus dijalankan, namun kajian arkeologi membuktikan terdapat beberapa penemuan daripada tinggalan seramik atau tembikar yang menunjukkan kesan pada abad ke-15.

"Kajian khusus tidak ada, tetapi kalau makam, ia ada walaupun nama tidak tertulis padanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Entri Popular