BIRO KEBAJIKAN DAN KHIDMAT SOSIAL
TARIKH | TINDAKAN MPP | ||||||
NOVEMBER 2013
13 November 2013
14 November 2013 (UKM KL) 19 November 2013 21 November 2013
28 November 2013
|
Tujuan : Membincangkan dan mengusulkan laporan aduan pelajar mengenai kerosakan jalan dan masalah lampu tidak berfungsi.
Pertemuan: Mohd Hafizi Bin Samsuari bersama Timbalan Pengarah,Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UKM, Ir.Ab.Ghani Wahab.
Respon : Timbalan Pengarah menerima baik aduan yang diberikan.
Tindakan : Mesyuarat susulan akan diadakan (28 Nov 2013)
UKM KL : Kes Kecurian Berleluasa UKM KL : Capaian WiFi Di Dewan Kuliah
UKM Bangi
Perjumpaan pertama Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial bersama staff Unit Kebajikan Pelajar (UKP) sebagai permulaan kerjasama Wakil Pelajar bersama Staff UKP.
Perkara : Pelbagai isu dan masalah telah dibincangkan mengenai Tabung Kebajikan Pelajar, Isu Pelajar OKU Ukm dan sebagainya.
Tujuan : Menjalinkan kerjasama dalam membawa isu kebajikan dan keselamatan mahasiswa ke peringkat atasan dan mengumpul aduan permasalahan berkaitan isu infrastruktur, keselamatan mahasiswa, isu air, kerohanian dan masalah-masalah lain yang berkaitan.
Pertemuan : Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial bersama Ketua Eksekutif MEP kolej.
Pertemuan Kedua Bersama JPP, usul masalah daripada Ketua MEP
Tujuan : Mengusulkan segala aduan pelajar yang telah diperolehi hasil perjumpaan bersama Ketua Eksekutif MEP Kolej. | ||||||
DISEMBER 2013
4 Disember 2013
8 Disember 2013
13 Disember 2013 16 Disember 2013 17 Disember 2013 | Tujuan : Menyerahkan laporan aduan mengenai perkhidmatan bas hasil daripada laporan mesyuarat khas diantara Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM bersama Majlis Eksekutif Pelajar pada 21 November 2013. Pertemuan : Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM bersama En. Othman bin Abdullah, Penolong Pendaftar Unit Kenderaan UKM. Respon : Menerima baik laporan aduan yang diterima dan memberikan penjelasan mengenai aduan berkaitan tiada bas zon 3U hujung minggu dan mengenai permintaan pelajar setiap 15 minit bas. Tindakan : Menggerakkan soal selidik mengenai tahap kepuasan mahasiswa/i UKM mengenai perkhidmatan bas di UKM. Tujuan : Untuk mencapai kata putus mengenai 'ISU BENCANA ALAM (BANJIR) yang melanda beberapa buah negeri. Pertemuan : Biro Kebajikan PMUKM bersama beberapa MPP Fakulti, Wakil Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF) dan Persatuan Anak Negeri Kelantan ,Pahang,dan Terengganu. Respon : Bersetuju untuk menjalankan "Kutipan Derma Untuk Mangsa Banjir" bagi meringankan beban mangsa yang terlibat. Tempoh kutipan adalah sepanjang 9-12 Disember 2013. Tarikh penyerahan 13 Disember 2013. Bermula kerja-kerja pembaikan di jalan berhadapan Pusat Kesihatan UKM dan KBH berikutan hasil penyerahan laporan aduan kepada JPP pada 28 Nov 2013 yang lalu. Oleh yang demikian , terdapat dua makluman penting ;
1) Bekalan Air ke KUO dan KBH akan ditutup sehingga kerja-kerja pembaikan selesai.
2) Jalan raya ditutup kepada semua kenderaan bermula di Bulatan KUO hingga ke KBH.
Kerja pembaikan selesai pada 10 Disember.
Tujuan : Majlis Penyerahan Kutipan Derma Untuk Mangsa Banjir
Pertemuan : Biro Kebajikan Khidmat Sosial, Wakil Surau Abdul Rahman Auf,Bandar Baru Bangi dan Wakil Jaringan Siswazah Malaysia (JASA)
Hasil :
| ||||||
FEBRUARI 2014
10 Februari 2014 21 Februari 2014 22 Februari 2013 23 Februari 2014 24 Februari 2014 25 Februari 2014 26 Februari 2013 |
Perjumpaan dengan Wisma Aman berkaitan isu keselamatan warga UKM sekarang dan usul cadangan mengenai Minggu OPS 2K
USAHA PENYELARASAN HARGA MAKANAN
Masalah Ketiadaan Air UKM - Siri I
Tindakan : Dapatkan respon pihak SYABAS mengenai penjelasan masalah ketiadaan air di UKM.
Salam Sejahtera kepada Mahasiswa/wi UKM : Isu Air yang semakin meruncing.
Bagi mendapatkan penjelasan seterusnya, sebentar tadi saya menghubungi Pihak SYABAS bagi mendapatkan status bekalan air di UKM. Menurut Pihak SYABAS. Pada hari Isnin ini, satu sidang media akan diadakan bersama Suruhanjaya Perbadanan Air Negara (SPAN) bagi medapatkan keputusan samada akan berlaku catuan air ataupun tidak. Oleh yang demikian diharap seluruh mahasiswa.wi yang terlibat diharapkan bersabar.
Selain itu,menurut Pihak SYABAS krisis bekalan air ini berlaku disebabkan permintaan yang tinggi dan faktor kemarau yang berpanjangan menyebabkan Loji Takungan Air tidak dapat menampung jumlah permintaan air yang tinggi buat masa ini. Oleh yang demikian, tidak terkecualilah UKM yang turut terkena tempiasnya.
Bagi mengatasi masalah ini, JPP UKM telah menghantar beberapa lori tangki air ke setiap kolej yang bermasalah . Oleh yang demikian, diharapkan mahasiswa/wi bersabar. Perkara ini dijangka selesai dalam masa terdekat.
PMUKM cuba membantu kalian, segala maklumat terkini akan diberitahu dari semasa ke semasa. Harap Maklum.
Mohd Hafizi Bin Samsuari
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM
MPP Umum 1/2
Salam Sejahtera Mahasiswa/wi UKM,
Isu Air yang Semakin Meruncing Siri-2 :
Sebentar tadi saya ada menghubungi Staff JPP, Untuk pengetahuan semua, pihak JPP sedaya upaya menyalurkan air melalui lori tangki ke setiap kolej yang terlibat. Namun demikian, anda perlu faham bahawa tidak semua blok kediaman kolej mampu disalurkan air di atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
Sebagai contoh, Kolej Aminuddin Baki. Hanya 4 Blok Kediaman sahaja yang mampu di salurkan air. Di Kolej Ungku Omar pula, lori tangki hanya mampu menyalurkan air di tangki berhadapan foyer dan disebelah kafe sahaja. Oleh yang demikian, air ke blok kediaman tidak dapat disalurkan. Manakala di KBH pula, air hanya disalurkan ke 2 blok sahaja.
Menurut pihak JPP, penghantaran air ini dilakukan setiap hari, namun demikian faktor-faktor seperti paip dibiarkan terbuka menyebabkan bekalan air yang disalurkan cepat habis. Diharapkan mahasiswa/wi lebih berwaspada dan bertanggungjawab bagi menjimatkan penggunaan air.
Buat masa ini, diharapkan rakan-rakan mahasiswa/wi dapat bersabar dan berusahalah mencari alternatif lain seperti ke kolej yang tidak terputus bekalan air dan sebagainya sebagai contoh di Kolej Dato' Onn , Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Pendeta Zaaba, Masjid UKM dan fakulti-fakulti yang berdekatan.
Untuk makluman terkini, saya akan sampaikan dari masa ke semasa. Harap sebarkan untuk makluman semua.
"Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti"
Mohd Hafizi Bin Samsuari
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM
MPP Umum 1/2
Update terkini isu air - Siri 3 Perkhabaran Gembira
Sebentar tadi saya menghubungi Staff JPP bagi mendapatkan makluman mengenai isu air yang melanda beberapa kolej di UKM, Alhamdulillah setakat tengah hari ini Pihak SYABAS telah menyalurkan air pada tahap memuaskan.
Menurut Staff JPP, paras air di tangki utama telah mencapai tahap memuaskan. Selain itu, menurutnya lagi masalah air di beberapa buah kolej ini dijangka selesai selewat-lewatnya esok.
Sehubungan dengan itu, segala update terkini akan dimaklumkan secara berterusan. Harap disebarkan untuk makluman semua. Terima Kasih Mahasiswa~
"Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti"
Mohd Hafizi Bin Samsuari
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM
MPP Umum 1/2
Seperti sedia maklum, Krisis Air yang melanda UKM dan Selangor khususnya ketika ini amat membimbangkan. Faktor cuaca dan kemarau berpanjangan juga mempengaruhi krisis air ini. Sehubungan dengan itu, satu inisiatif telah diambil oleh Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) telah menghantar permohonan untuk menganjurkan Solat Sunat Istisqa (memohon hujan) kepada Pusat Islam UKM sebentar tadi. Saya bersama MPP FPIAmmar Azlan telah menyerahkan surat permohonan tersebut kepada Pegawai Pusat Islam Ustaz Khairil Khuzairi. Untuk makluman seterusnya akan dimaklumkan kemudian. Terima Kasih.
"Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti"
Mohd Hafizi Bin Samsuari
MPP Umum 1/2
'Ammar bin Azlan
MPP Fakulti Pengajian Islam
Salam Sejahtera Mahasiswa/wi UKM
Update terkini Isu Air : Siri 4 - Pertemuan bersama Wakil JPP.
Sebentar tadi saya bersama MPP Ammar Azlantelah turun ke lapangan untuk meninjau situasi sebenar yang berlaku dan bagi mendapatkan penjelasan daripada Wakil JPP mengenai Isu Air yang berlaku ini.
Untuk pengetahuan semua, paras air di Loji Takungan Lingkungan 1 yang menyalurkan air ke beberapa buah kolej seperti KUO,KBH,KAB,KRK kini berada di tahap yang memuaskan. Menurut Wakil JPP, dijangka air akan diperolehi dalam masa terdekat.
Menurut Wakil JPP lagi, bagi KPZ dan KIY tidak menghadapi masalah air ini kerana tidak termasuk dalam kawasan saliran Loji Takungan Air Lingkungan.
Bagi KDO dan KTHO pula tidak menghadapi masalah kerana berada di kawasan yang rendah manakala di KIZ mempunyai tangki khusus bagi menampung kekurangan air yang berlaku.
Hasil pertemuan sebentar tadi, beberapa cadangan telah dikenalpasti untuk di bawa ke pihak JPP. Diharapkan Mahasiswa/wi UKM bersabar mnghadapi ujian ini. Semoga bekalan air ke kolej-kolej yang bermasalah akan selesai secepat mungkin.
“Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti”
Muhammad Ammar Bin Azlan Mohd Hafizi Bin Samsuari
Speaker PMUKM MPP Umum 1/2
MPP Fakulti Pengajian Islam Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial
Pertemuan Bersama Wisma Aman
SOALAN LAZIM BERKENAAN PEMBIAYAAN PTPTN
1. Apakah perbezaan antara kelompok 1 dan kelompok 2?
Jawapan : Nama pelajar sewaktu penyerahan dokumen perjanjian PTPTN disenaraikan kepada dua kelompok iaitu kelompok 1 dan kelompok 2.
2. Bilakah tarikh jangkaan kemasukan pembiayaan PTPTN bagi kelompok 2?
Jawapan : Tarikh jangkaan yang dikeluarkan oleh pihak PTPTN bagi kelompok 2 adalah pada hujung bulan MAC 2014.
3. Adakah memberikan kesan jika tidak membuat pendaftaran awal kursus pada jangka masa tarikh yang ditetapkan?
Jawapan : Ya. Pengesahan pendaftaran awal kursus yang dibuat sebelum cuti semester adalah penting untuk pihak UKM menghantar maklumat pengesahan pelajar kepada PTPTN. PTPTN akan menyerahkan baucer PTPTN kepada BIMB dan UKM berdasarkan maklumat pelajar yang diterima.
4. Jika saya lewat membuat pengesahan pendaftran awal kursus, bilakah kemasukan pembiayaan PTPTN akan saya terima?
Jawapan : Pelajar yang lewat membuat pengesahan pendaftaran awal kursus akan menerima pembiayaan PTPTN pada kelompok 2.
5. Adakah pelajar perlu membuat bayaran yuran pengajian dan kolej sendiri?
Jawapan : Pembiayaan PTPTN yang diterima oleh pelajar untuk kelompok 1 tidak dipotong yuran pengajian dan yuran kolej seperti sebelum ini disebabkan sistem hutang pelajar masih belum pulih. Jadi, pemotongan yuran pengajian dan yuran kolej hendaklah dilakukan oleh pelajar.
6. Mengapa saya masih belum menerima pembiayaan PTPTN sedangkan saya sudah membuat pendaftaran awal kursus pada waktu yang ditetapkan?
Jawapan : Berkemungkinan nama anda tercicir dari senarai nama penerima kelompok 1 dan akan menerima pembiayaan pada kelompok 2.
Jika pembiayaan masih tidak diterima atau anda ingin mengetahui keterangan lanjut mengenai status pembiayaan, anda boleh menghubungi talian hotline PTPTN : 03-8921 4368 ATAU ke Unit Kebajikan Pelajar (UKP)
Diharap dapat membantu menjawab persoalan pelajar.
Berjimatlah dalam berbelanja
NURUL SYIFA’ BT MOHD SHUKRI
BIRO KEBAJIKAN DAN KHIDMAT SOSIAL
PMUKM 13/14
| ||||||
MAC 2014
4 Mac 2014
| 2) Hari bersama OKU UKM Solat Sunat Istisqa' Alhamdulillah, segala yang dirancang telah pun berlangsung dengan jayanya. Semoga Allah meredhai usaha kita. Hujan turun dengan lebatnya awal agi tadi di bumi UKM ini. Berikut merupakan intipati khutbah Solat Sunak Istisqa' UKM yang disampaikan Dr. Abdul Rahman. Petikan Hadis Rasulullah SAW, riwayat Abdullah ibn Umar r.a., yang menyebabkan dunia menerima azab dan bencana seperti kemarau berpanjangan, ketiadaan hujan, kezaliman pemerintah dan permusuhan sesama manusia. -Perbuatan zina berleluasa -Tipu dalam timbangan/sukatan (muamalat) -Tidak mengeluarkan zakat harta - Pemimpin tidak berhukum dengan hukum Allah Selain itu, Allah berfirman dalam Surah Ar-Rom (48-49) ....Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, mereka serta merta bergembira. (48) Dan sesungguhnya mereka dahulu, sebelum diturunkan hujan kepada mereka, adalah orang-orang yang telah berputus asa. (49) Semoga sama-sama kita muhasabah diri, setiap ujian Illahi ada hikmahya, jangan mudah merungut dan berputus asa. Mohonlah kepadaNya. Mohd Hafizi Samsuari Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM 13/14 | ||||||
APRIL 2014
1 April 2014
2 April 2014 13 April 2014 15 April 2014 23 April 2014 25 April 2014 26 April 2014 | JELAJAH FAKULTI BERSAMA ISIUKM DAN PMF
PMUKM bersama pimpinan baru ISIUKM serta PMF telah mengadakan jelajah ke seluruh fakulti daripada Fakulti Undang-undang hingga Fakulti Pengajian Islam.
Risalah varsiti merupakan ringkasan agenda utama yang dibawa PMUKM setiap bulan. Risalah cakna Mesir 529 juga turut diedarkan bersama pimpinan ISIUKM. Beberapa masalah kebajikan dapat dikumpulkan hasil jelajah ke setiap fakulti, selain tabung bergerak untuk Rohingya juga turut diadakan.
Terima kasih mahasiswa/i atas kerjasama. Segala aduan serta isu yang perlukan perhatian PMUKM boleh terus pm di fb Pmukm Original (MPP UKM), kami sangat alu-alukan. Nantikah jelajah PMUKM seterusnya.
Selamat pulang ke kampus UKM, seperti sedia maklum gangguan bekalan air di UKM telah pun berlaku. Hampir keseluruhan kolej mengalaminya. Berikut dilampirkan Jadual Catuan Air di UKM.
Moga semua berjimat-cermat, tutup pili jika tidak digunakan. Elakkan parkir kenderaan anda sehingga mengganggu Lori Tangki Air.
"Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti"
Mohd Hafizi Bin Samsuari
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM
Mpp Umum 1/2
MAKLUMAN KEPADA PELAJAR YANG BELUM MENERIMA PEMBIAYAAN PTPTN
Daripada maklumat yang diterima, PTPTN telah mngeluarkan senarai nama pelajar yang masih belum menerima pembiayaan PTPTN. Seramai 84 orang pelajar dikategorikan namanya tercicir dari senarai penerima pembiayaan. Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti. Antaranya :
1) Tidak membayar denda kelewatan pengesahan pendaftaran awal kursus
2) Namanya tercicir sewaktu pengesahan dari pihak UKM kepada PTPTN
Tarikh jangkaan kemasukan pembiayaan PTPTN bagi pelajar yang namanya tercicir adalah pada 19 APRIL – 23 APRIL 2014. Pelajar yang berkenaan boleh menyemak status pembiayaan pada jangka tarikh tersebut. Senarai nama 84 orang pelajar berkenaan akan dimaklumkan kemudian. Diharapkan pelajar terus bersabar.
Sebarang makluman akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
NURUL SYIFA’ BT MOHD SHUKRI
BIRO KEBAJIKAN DAN KHIDMAT SOSIAL
PMUKM 2013/2014
Keselamatan Siswi : Program 360 Safe
‘UKM Ladies Day’ diadakan bagi meraikan para wanita yang mendominasi alam kampus selain membawa satu pembaharuan untuk mendekati golongan wanita termasuklah para siswi, pensyarah wanita, siswi antarabangsa dan pekerja wanita yang gigih menuntut ilmu dan berbakti di perbukitan ilmu ini. Matlamatnya jelas bagi merapatkan jurang yang ada dari setiap golongan wanita ini untuk bersama-sama memberi sokongan sosial ke arah membentuk wanita berketerampilan dan tekun memberi sumbangan kepada masyarakat.
Selain itu, suatu aktiviti yang dinamakan sidang pleno turut diadakan bagi menguji kemahiran berfikir dan berhujah para peserta berdasarkan situasi dan tajuk yang diberi seperti ‘Sukan untuk Wanita’. Melalui slot ini, ternyata terdapat bakat terpendam yang dapat dicungkil selain membentuk keyakinan diri para peserta untuk berani bersuara. | ||||||
MEI 2014
11 Mei 2014
12 Mei 2014 24 Mei 2014 | Jalan PARKIR KTM UKM semakin menderita. Mahasiswa tuntut hak kami. Moga Projek di sana segera dilakukan. Sebelum perkara-perkara buruk berlaku.
Salam Sejahtera Mahasiswa/wi UKM : Isu Jalan KDO
Untuk makluman semua, sebentar tadi saya turun meninjau kerja-kerja pembaikan di sana, namun demikian, untuk setakat ini hanya kerja-kerja penambahbaikan sistem saliran sahaja.
Menurut kontraktor tersebut, kerja-kerja membina saliran air ini akan mengambil masa beberapa hari, selepas itu barulah penurapan jalan yang rosak sebelum ini akan dibuat. Saliran air ini penting bagi mengurangkan risiko kerosakan jalan di masa akan datang.
Jalan dibuka seperti biasa, namun diharapkan semua berhati0hati dan memperlahankan kenderaan bagi mengelakkan kemalangan dan mengurangkan risiko kerosakan.
Sekian makluman setakat ini. Segala info terbaru akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
"Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti"
Mohd Hafizi Bin Samsuari
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM 13/14
MPP Umum 1/2
Untuk makluman Mahasiswa/wi UKM khususnya, bermula hari ini, sedikit berita gembira apabila jalan di Parkir KTM-UKM telah pun ditimbus dengan batu untuk sementara waktu ini. Menurut staff JPP UKM, usaha awal ini adalah langkah permulaan bagi mengurangkan risiko kerosakan dan bahaya sebelum langkah seterusnya di ambil. Moga usaha awal ini memberikan keselesaan kepada semua. Makluman lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Mohon sebaran meluas. Sekian Terima Kasih. "Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti" Mohd Hafizi Bin Samsuari MPP UMUM 1/2 Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM 13/14 JALAN KOLEJ DATO ONN Salam Sejahtera mahasiswa/i sekalian, Perkhabaran gembira di sekitar jalan KDO apabila kini sudah siap diturap. Kerja-kerja pembaikan bermula daripada proses pembinaan saliran air sehinggalah pada hari ini jalan KDO siap diturap. Terima kasih pada Prof Noor Azlan Ghazali yang sentiasa cakna dengan kebajikan mahasiswa/i UKM. Terima kasih juga pada JPP UKM. Diharapkan segala kesulitan yang dihadapi sebelum ini selesai dengan projek penurapan jalan ini. Sekian untuk makluman terkini. "Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti" Mohd Hafizi Bin Samsuari MPP Umum 1/2 Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM | ||||||
OGOS 2014
10 Ogos 2014
16 Ogos 2014
25 Ogos 2014 27 Ogos 2014
28 Ogos 2014
|
Isu Ketiadaan Air
Terima kasih atas aduan mahasiswa/i yang masih berasa di UKM Bangi mengenai ketiadaan air berlaku di beberapa buah koleh KUO, KKM dan lain-lain.
Saya telah hubungi kakitangan JPP mendapatkan penjelasan, Gangguan air ini berlaku kerana bekalan air daripada pihak SYABAS tidak menentu dan tidak berada pada tahap memuskan. Oleh itu paras air di takungan tangki lingkungan 1 tidak memuaskan.
Maklumat terkini boleh hubungi MPP Syifa' dan saya.
Respon Pelajar Berkenaan Ketiadaan Air
Utk isu air di UKM ini, saya bersama YDP PMUKM saudara Mukhsen Abd Kadir, saudara MPP Ahmed Amri IbnuZul, dan saudara se'geologi' Syahir Jamaluddin telah bertemu dgn NC, Prof Azlan di pejabatnya pada tarikh 25/3/14 (Selasa) pada pukul 5.30 ptg utk menyerahkan usul pembinaan tiub telaga air tanah di UKM. Usul ini wujud selepas rentetan cadangan daripada pensyarah saya yg terkilan dgn isu air tidak pernah selesai sejak setahun demi setahun (Beliau juga telah mengemukan cdngn ini kepada pihak JPP, tp atas pelbagai sebab/masalah teknikal cdgn ini sukar utk dilaksanakn, tetapi ia adalah tidak mustahil utk dilaksanakan). Usul ini adalah berkaitan kita membina telaga air bawah tanah untuk dipam terus ke tangki2 yg sedia ada. Air yg di pam ini adalah dijadikan sebagai bekalan tambahan (backup plan) sekiranya pembekal air yakni pihak Syabas tidak mampu utk membekalkan air ke tangki2 di UKM. Dalam usul tersebut juga dinyatakan cara mendapat dana andai kata kos pembinaan tidak mampu ditampung oleh pihak UKM, iaitu kita meminta dana ikhlas sebanyak RM10 kepada alumni2 dan pelajar UKM (apalah sgt RM10 jika masalah ini mampu memberi kita keselesaan tanpa perlu merungut lagi).
Walaubagaimanapun, usul ini tidak dapat direalisasikan kerana NC menganggap cdngn ini memerlukan kos yang tinggi utk dilaksanakan iaitu sekitar RM 150k hingga RM200k. Dan beliau telahpun mengarahkan pihak JPP utk selesaikan masalah ini sebaik mungkin. KIta tggu dan lihat.
Serta mungkin kelemahan saya sendiri kerana tidak mampu menyakinkan sepenuhnya NC utk melaksanakan projek ini. Saya minx maaf banyak2.
Saya harap sebagai mahasiswa/i UKM yg matang kita x perlulah menunding jari ke arah MPP UKM x kira mereka dari 'parti' manapun. KIta seharusnya memberikan idea/cdngn serta berganding bahu bersama2 menyelesaikan masalah ini. Jangan la asyik bergaduh jer, mcm2 budak tau.. Apepun insyaAllah selagi saya masih menjadi mahasiswa UKM saya akan berusaha utk selesaikan masalah ini tapi dgn bantuan semua pihak lah, kalau saya seorang mmg x mampu lah. (Sebelum ini saya x benarkan mendedahkan perkara ini, kerana saya tidak mahu kita bermain politik lebih, berbanding melaksanakannya). Wallahua'alam. Dari saya student biasa.
Makluman Kemasukan Pembiayaan PTPTN Untuk Pelajar Lama Ijazah Sarjana Muda Semester 1 14/15
Berdasarkan jadual tentatif pembiayaan yang telah dikeluarkan oleh PTPTN, Kemasukan pembiayaan PTPTN bagi :
KELOMPOK I : 3 SEPTEMBER 2014
KELOMPOK II : 8 OKTOBER 2014
Pelajar boleh menyemak akaun masing-masing bermula pada tarikh tersebut.
NURUL SYIFA’ BT MOHD SHUKRI
BIRO KEBAJIKAN DAN KHIDMAT SOSIAL
PMUKM 13/14
Makluman Pada Pelajar Yang Masih menginap di Kolej Untuk Latihan Industri
Anda diminta merujuk pihak KOLEJ dan PN MARIYAM di PUSAT PENTADBIRAN PUSAT KHIDMAT SISWA,PUSANIKA. Pelajar-pelajar akan diberikan TAG NAMA untuk kebenaran tinggal di kolej kediaman tersebut.
Isu Air di UKM
Perjumpaan diadakan bersama Pn Salini, Setiausaha kanan Unit Awam JPP.
-Pihak JPP memaklumkan bahawa permasalahan SYABAS dan UKM berjaya diselesaikan buat waktu ini.
-Pihak JPP maklum berkenaan masalah air dan bersedia untuk menghadapinya dengan penghantaran-pengahantaran air untuk diisi di tangki-tangki statik di Kolej yang bermasalah.
-Penyelenggaraan terhadap tangki di Kolej telah berjaya dinaik taraf. justeru semasa proses naik taraf ini telah berlaku gangguan air.
-Pihak MPP bertanyakan persediaan terhadap kemasukan pelajar baru dan kemasukan pelajar yang lama kerana sudah 2 tahun setiap kali sesi kemasukan akan berlaku gangguan bekalan air.
-Pihak JPP memaklumkan bahawa perkara tersebut telah diambil kira dan JPP bersedia untuk memberikan bekalan air yang cukup untuk kemudahan pelajar.
- Pihak PMUKM sekali lagi akan mengadakan perjumpaan dengan pihak JPP. | ||||||
SEPTEMBER 2014
6 September 2014 8 September 2014 13 September 2014 16 September 2014 22 September 2014 OKTOBER 2014 7 Oktober 2014 14 Oktober 2014 |
Makluman Sekatan Pendaftaran Bagi yang Belum Selesaikan Hutang
Tabung Amanah Zakat UKM
Mahasiswa/i UKM yang dikasihi sekalian,
Selamat kembali ke UKM bagi Sesi 1 2014/2015!
Sukacita dimaklumkan pihak Unit Zakat UKM akan membuka Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UKM bagi Sesi 1 2014/2015 bermula 8 SEPTEMBER 2014.
Sila muatnaik Borang Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UKM dihttp://www.ukm.my/bendahari/wp-content/uploads/2014/08/Borang-Permohonan-Pelajar-2014.pdf dan fahami syarat permohonan serta menyediakan dokumen - dokumen lampiran selengkapnya.
Untuk makluman semua, pihak Unit Zakat UKM ingin menegaskan kepada semua mahasiswa/i yang berurusan di Kaunter Zakat, Masjid UKM supaya menjaga etika berpakaian bertepatan dengan garis panduan pemakaian Universiti dan sebagai seorang Muslim.
Sila patuhi tarikh penghantaran borang permohonan zakat yang telah ditetapkan.
Sumber : Unit Zakat UKM
Isu Air : Salam Kesyukuran
Air kini kembali mengalir di kolej-kolej yang mengalami gangguan air dalam minggu ini.
Moga ianya akan berterusan, menurut Staff JPP setakat ini keadaan kembali stabil. Segala makluman terkini akan disalurkan dari masa ke semasa.
"Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti "
Mohd Hafizi
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM
Isu Air : Kerja Pembaikan Paip oleh JPP
Pada sebelah pagi tadi, pihak JPP telah melakukan pembaikan paip di beberapa buah kawasan, Oleh demikian saluran air paip telah ditutup, berikutan itu telah berlaku gangguan air di beberapa kolej terlibat.
Namun demikian, saya dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan telah siap sebelah petang ini, oleh itu masalah air yang berlaku sebentar tadi akan pulih seperti biasa.
"Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti"
Mohd Hafizi Bin Samsuari
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM
Saluran air di Paip Utama telah mengalami kebocoran
Gangguan Air di semua kolej Lingkungan 1 (Kecuali KPZ dan KIY) bermula malam ini sehingga kerja pembaikan selesai dijangka esok.
Harap maklum, mohon sebaran.. Terima Kasih.
Mohd Hafizi Bin Samsuari
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM
Isu Lampu UKM.
Rentetan aduan dan keluhan rakan-rakan mahasiswa/wi mengenai keadaan lampu jalan di UKM ini.
InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan mendapatkan respon pihak JPP bagi menjawab segala persoalan dan aduan yang timbul.
Untuk makluman juga, pihak JPP telah pun melakukan pembaikan secara berperingkat bagi menambah baik keadaan lampu jalan di UKM.
Terima kasih atas aduan semua, moga dipermudahkan urusan kita. Demi keselamatan kampus.
"Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti"
Mohd Hafizi B. Samsuari
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial
PMUKM
Respon MPP :
Berkesempatan untuk meninjau sendiri masalah lampu jalan di sekitar kampus UKM,
InsyaAllah akan segera mendapatkan penjelasan daripada pihak JPP mengenai situasi berikut. Lokasi : Tangga KUO, Sekitar jalan Pusanika-Fpi, Jalan Fkab dan Parkir KTM.
Namun demikian, terima kasih kepada pihak JPP atas penambahbaikan yang dapat dilihat dibeberapa tempat.
| ||||||
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::