Isnin, Februari 10, 2014

PERKHIDMATAN FASILITI SUKAN : PUSAT SUKAN BERI PENJELASAN



8 Febuari 2014, UKM Bangi – Satu perjumpaan Biro Sukan dan Kebudayaan, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) dengan Pengarah Pusat Sukan iaitu Dr.Tajul Arifin Muhamad yang bertujuan untuk mendapatkan penjelasan  berkenaan status perkhidmatan kemudahan sukan yang menjadi tandatanya warga UKM khususnya mahasiswa/i.

Gelanggang Tenis
Sudah sedia maklum bahawa gelanggang tenis di hadapan pagar utama UKM telah dirobohkan bagi member ruang untuk membesarkan jalan akibat kesesakan lalu lintas.Oleh itu, usaha terkini Pusat Sukan adalah menunggu kelulusan daripada Jabatan Bendahari berkenaan permohonan pembinaan gelanggang tenis baru yang mana mungkin memakan masa panjang bagi melaksanakannya berikutan masalah teknikal yang dihadapi khususnya berkaitan wang pampasan. Solusinya disini adalah mahasiswa/i yang ingin bermain tenis perlu membuat tempahan gelanggang tenis di Danau dengan sedikit bayaran akan dikenakan. Bagi tujuan latihan pra-pertandingan atau melangsungkan proses pembelajaran permainan tenis di gelanggang tersebut bolehlah membuat surat permohonan tempahan gelanggang bagi tujuan tersebut.

Kolam Renang
Kolam renang Danau juga menjadi persoalan berikutan masalah membaik pulih yang berlarutan sehingga kehari ini. Permasalahan ini telah dibangkitkan dalam perjumpaan PMUKM bersama seluruh persatuan/kelab pelajar di UKM yang lalu. Oleh itu, maklumat yang kami terima bahawa kolam renang Danauakan dibuka kepada umum pada awal semester nanti tetapi tidak secara keseluruhan. Kolam yang dibuka adalah kolam renang wanita dan kanak-kanak sahaja. Masalah struktur kolam lelaki yang rosak teruk perlu dibaiki dalam jangka masa yang panjang berikutan jumlah kewangan besar perlu digunakan. Oleh itu, pada permulaan semester nanti Pusat Sukan akan mengeluarkan jadual penggunaan kolam yang dibuka mengikut perbezaan jantina.

Gelanggang Futsal Kole jZa’ba
Bagi gelanggang futsal Kolej Pendeta Za’ba pula dimaklumkan bahawa akan dibaik pulih peralatan yang sedia ada ke tahap yang lebih baik berikutan UKM baru sahaja mengambil alih kolej tersebut. Gelanggang futsal yang terbiar lama ini adalah dibawah pengurusan pentadbiran kolej dan akan dibantu oleh Pusat Sukan dalam menyediakan kelengkapan mengikut piawaian antarabangsa. Dengan kepakaran yang ada, tidak mustahil Pusat Sukan dapat membantu sedikit sebanyak Kolej PendetaZa’ba untuk menyediakan gelanggang tersebut mengikut perspektif yang ditetapkan bagi kemudahan seluruh warga UKM.

SUKIPT
Peluang pertemuan ini juga tidak dilepaskan untuk menanyakan Dr Tajul berkenaan harapannya terhadap kontinjen UKM yang menyertai Kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) kali ini. “Memang ada sedikit kelainan dari segi penyertaan SUKIPT tahun ini berbanding yang lepas tetapi yang terpilih kali ini untuk menyertai adalah mereka yang benar-benar terpilih di kalangan yang terpilih” DrTajul. Walaupun terdapat kekangan daripada pelbagai sudut khususnya kewangan tetapi penyertaan SUKIPT kali diharapkan dapat menandingi atau menyamai rekod pungutan pingat SUKIPT lepas.


Sehubungan itu, kami mengharapkan agar pihak pentadbiran prihatin terhadap permasalahan perkhidmatan sukan yang disediakan kini. Seadilnya wang pampasan yang diterima itu sepatutnya dilaburkan semula untuk kemudahan sukan di UKM dan dilaksanakan dengan kadar segera. Hal ini kerana penggunaan alatan sukan Danau dikenakan caj dan ini member bebanan kepada mahasiswa/i setiap kali hendak menggunakannya.


Syed Najib Syed Yahya
MPP Fakulti Pendidikan
Biro Sukan dan Perpaduan PMUKM Sesi 13/14

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::