Isnin, Jun 13, 2011

Terima Kasih & Tahniah!





PMUKM mengucapkan infiniti terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kursus pemantapan organisasi PMUKM iaitu 1 Malaysia Leadership & Youth Training di Excel Training & Country Resort, Lenggeng, Negeri Sembilan. Program ini dilihat sebagai satu permulaan kerjasama yang unggul antara pimpinan mahasiswa dari pelbagai kelab, persatuan anak negeri, JAKSA, persatuan mahasiswa fakulti dan pertubuhan pelajar seluruh UKM dalam memaknakan misi, visi, objektif dan falsafah universiti, sederap selangkah selari dengan tema PMUKM kali ini iaitu 'Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti'.

Moga ikatan yang terbina akan berkekalan hendaknya, akhirnya akan melonjakkan nama varsiti kita ke persada antarabangsa. Teruskan momentum ini!

p/s : Laporan penuh akan menyusul kemudian. Gambar-gambar selanjutnya boleh didapati di pages PMUKM 





















Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti