Pada 18 Jun 2011, wakil daripada PMUKM yang terdiri daripada Setiausaha Agung PMUKM, Mohd Ezuan Mohamad Saad dan Pengerusi Biro Kebajikan dan Aduan PMUKM, Mohd Izzuddin Bin Mohd Pisol dan kakitangan Unit Kebajikan Pelajar JPPEL Puan Ruslinah telah melawat seorang pelajar UKM yang bernama Muhammad Syazwan Mohd Syarif pelajar tahun 1 Sains Sekitaran dari Fakulti Sains & Teknologi. Beliau yang tinggal di Kolej Ibrahim Yaakub itu telah mengalami kemalangan jalan raya berhampiran dengan rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan pada 9 Jun 2011.
Beliau mengalami patah di anggota bahagian paha, betis dan kaki. Alhamdulillah, beliau tidak mengalami kecederaan dalaman. Sekarang, beliau telah selamat menjalani pembedahan pada 11 Jun 2011 di Senawang Specialist Polyclinic. Alhamdulillah, pembedahan yang dilakukan selamat dan berjaya dilaksanakan. Sekarang, beliau masih berada di hospital tersebut menjalani fisioterapi bagi memulihkan kecederaan yang dialami secepat yang mungkin. Perkembangan tahap kesihatan beliau semakin pulih dan stabil.
Kami pihak PMUKM berdoa agar saudara Muhammad Syazwan akan sembuh secepat yang mungkin dan mampu menjadi seorang insan yang beristiqamah pada jalan Allah s.w.t. Kepada seluruh warga UKM , kami berharap agar anda semua sentiasa berhati-hati ketika berada dijalan raya. Mulakanlah perjalanan anda dengan membaca doa naik kenderaan - pesanan khas dari PMUKM.
BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI