Jumaat, Jun 03, 2011

PMUKM Lancar Tabung Untuk Anak-anak Yatim Felcra Semungkis

Tragedi korban tanah runtuh di Asrama Anak-anak Yatim Felcra Semungkis di Hulu Langat pada 21 Mei 2011 jam 2.30 petang telah dua minggu berlalu, tetapi rasa prihatin masyarakat tidak pudar terhadap tragedi tersebut. Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) selaku badan induk persatuan di seluruh UKM telah menggerakkan tabung kutipan derma bagi tragedi tanah runtuh ini. Tabung ini telah dilancarkan sejak 24 Mei 2011 dengan mendapat kelulusan dari pihak JPPeL UKM3.3.17/52/4 bertarikh 24 Mei 2011. Tabung ini telah diedarkan dalam bilik-bilik kuliah, sekitar pusanika dan kawasan UKM.










"Kita berharap usaha yang sedikit cuma ini besar nilaiannya di sisi Tuhan bagi meringankan pihak pengurusan Rumah Anak-anak Yatim Felcra Semungkis, Hulu Langat.," ujar saudari Aida Rahayu, Pengerusi Biro Informasi dan Penerangan. Katanya lagi, "Saya berada begitu hampir dengan kawasan kejadian tanah runtuh kira-kira jam 3 petang bersama ibu saya. Kepadatan orang yang turut ingin melihat kejadian membatalkan niat saya untuk melihat sendiri apa yang berlaku. Lewat petang tersebut, hujan lebat turun seolah menangisi pemergian mangsa korban tanah runtuh yang merupakan anak-anak yatim yang turut menghafaz Al-Quran."
"Kita doakan mereka sentiasa berada bersama orang-orang soleh."

Aida Rahayu juga memberitahu bahawa pakar geologi UKM, Dr. Tajul Anuar Jamaluddin telah pun menjalankan kajian lapangan di kawasan tanah runtuh di situ.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI