Sabtu, Jun 25, 2011

Delegasi Bayu MPP UMS Ke UKM

Pada 23 Jun 2011, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerima kunjungan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UMS) ke UKM. PMUKM berbesar hati dengan kesudian MPP UMS kerana mengadakan lawatan ke UKM. Kunjungan  tersebut seramai 26 Orang MPP dan seorang pegawai daripada Hal Ehwal Pelajar UMS dan beberapa orang Yang Dipertua Kolej Kediaman atau lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i dengan tujuan ingin berkenalan dengan lebih dekat dengan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (PMUKM). Bermula jam 8.30 Pagi sehingga jam 1 petang sesi delegasi bermula.

Antara program yang diadakan sepanjang delegasi ini ialah lawatan ke Galeri UKM, dan seterusnya dialog di Bilik Senar Canselori. Sesi dialog ini bermula dengan Ucapan Aluan Pengerusi Majlis dan sedikit tayangan video Koperat UKM dan PMUKM. Seterusnya, majlis diteruskan dengan Ucapan Presiden PMUKM iaitu Saudara Ahmad Muzzammil Muhd Hairi dam Presiden PMUMS  Saudara Khalil. Dengan kesempatan ini sedikit taaruf ringkas setiap orang. Majlis ini dihangat lagi dengan dialog yang bertajuk “Peranan Mahasiswa Dalam Mengurangkan Kadar Kemiskinan di Luar Bandar”.

Antara yang dibincangkan ialah kemiskinan ini terbahagi kepada 2 aspek iaitu pendidikan dan harta benda. Selain itu, pendidikan di luar Bandar ini perlu memfokuskan kepada kemahiran asas seperti membaca,menulis dan mengira 3M. Perkara yang amat penting bagi mengurangkan kadar kemiskinan ialah dengan menerapkan kemahiran dan nilai yang diperlukan dalam mendapatkan peluang pekerjaan dan sara diri.

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan pembahagian kumpulan mengikut jawatan yang disandang. Antaranya majlis tertinggi,biro kebajikan, biro keusahawan dan biro kerohanian dan Pembangunan Insan. Didalam kumpulan ini, terdapat banyak soalan dan cadangan yang dikemukan mengenai kebajikan mahasiswa di universiti masing-masing.Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah daripada kedua belah pihak.