Jumaat, Jun 24, 2011

Laporan Lawatan Rasmi PMUKM ke Wisma Aman

Pada 14 Jun 2011, seramai 6 orang MPP UKM iaitu MPP Ezuan, MPP Izzuddin, MPP Wan Fahmi, MPP Noriah, MPP Noraini dan MPP Helmi telah meneruskan lagi ramah mesra bersama unit-unit Jabatan di UKM. Kali ini lawatan ramah mesra diadakan di Unit Keselamatan UKM, Wisma Aman. Rombongan MPP disambut mesra oleh pihak Wisma Aman yang diketuai oleh Ketua Pegawai Keselamatan, Mejar Housaini serta ketua-ketua di setiap unit di Wisma Aman. Majlis dipengerusikan oleh En. Nasir Hamed dimulakan dengan pengenalan barisan warga kerja Wisma Aman diikuti oleh pihak MPP.


Mejar Hosaini memberi talimat ringkas berkaitan unit-unit di Bahagian keselamatan. Unit-unit ini terdiri daripada Unit operasi, Unit pentadbiran, Unit Kampus Cheras dan Kuala Lumpur yang meliputi fakulti farmasi, fskb, perubatan, pergigian, Unit trafik, Unit siasat – tindakan khas (peronda sempadan) dan Unit kad kampus.

Unit tindakan khas  bertanggungjawab kepada hal-hal berkaitandengan haiwan liar. Pemantauan/rondaan bersepadu sentiasa diadakan untuk memastikan keselamatan warga dan harta benda UKM selamat. Para pelajar yangingin menghubungi Wisma Aman boleh terus mendail  03-89214444 sekiranya terserempak dengan haiwan liar.


Berkenaan dengan saman kenderaan pelajar ukm, Mejar Husaini menasihatkan agar pelajar datang berunding dahulu dengan pengawal keselamatan UKM sekiranya disaman. “Kebanyakan pelajar UKM suka untuk menangguhkan dahulu saman yang didapati, sedangkan kami di pihak Wisma Aman masih bermurah hati mengenakan diskaun terhadap saman yang dikenakan. Terdapat juga pelajar yang meninggalkan kunci di motor, jadi pegawai saya akan ambil kunci dan meninggalkan nota ringkas kepada pelajar tersebut agar pelajar tersebut hadir ke Wisma Aman untuk menuntut kembali kunci motornya. Apa yang kami dapat hanyalah cemuhan daripada pelajar tersebut, bukannya sikap berterima kasih kerana mnyelamatkan motosikalnya daripad dicuri” ujarnya panjang lebar.

Berkenaan isu anjing liar, para pelajar dinasihatkan untuk memaklumkan terus di talian 03-89214444 kerana pihak WismaAman sendiri akan menjejaki ‘sarang’ haiwan tersebut berkumpul. Dan sekiranya ada pelajar yang melihat anjing tersebut berjalan ke suatu tempat, seeloknya maklumkan setelah ia berada di tempat tersebut (berehat dll) dan bukan ketika mereka masih dalam perjalanan kerana dalam tempoh masa laporan dan jangka masa pihak Wisma Aman sampai ke tempt tersebut lebih kurang 10 minit.Kemungkinan haiwan tersebut tidak lagi rada di tempat tersebut. 

Berkenaan haiwan liar juga, En.Mazlan telah menerangkan kepada MPP yang hadir tentang beberapa operasi yang melibatkan penangkapan haiwan liar seperti anjing, khinzir, ular serta monyet. Terdapat juga kes kecurian kayu gaharu yng berlaku di Hutan Simpan UKM yang telah berjaya diselesaikan oleh pihak Wisma Aman. Gambar-gamar operasi tersebut boleh dilihat dihadapan papan kenyataan Wisma Aman.

Pihak Wisma Aman turut meminta kerjasama daripada pihak pelajar agar tidak membuka sangkar monyet yang telah disediakn dt tempat-tempat tertentu. Monyet-monyet yang ditangkap ini tidak akan dibunuh. Mereka akan dibawa ke Hutan berhampiran kawasan Sungai Tekala.
Pihak Wisma Aman juga memohon kerjasama agar felo-felo kolej turut memberi kerjasama kepada pihak Wisma Aman dalam memastikan keselamatan di kolej-kolej. Pihak felo mungkin boleh membantu pelajar yang terlibat dalam menjadi mangsa kecurian sebelum pihak Wisma Aman sampai ke tempat kejadian. Pihak MPP mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Wisma Aman atas kecekapan mereka menyelesaikan masalah haiwan liar dan beberapa kes kecurian.


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI