Rabu, Jun 22, 2011

Perincian Kontrak Pembelajaran (Learning Contract Details)

Sumber : Blog CCC

Dalam pertemuan dengan CCC yg lepas, Dr. Jumali telah mengesahkan bahawa Pusat Akreditasi Kokurikulum (PAK) yang dahulu dikenali sebagai Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) akan memperkenalkan sistem ko-kurikulum yang baru, atau Kontrak Pembelajaran (Learning Contract) pada semester akan datang.

Dalam sistem yang terbaru ini, Kokurikulum Berasaskan Kuliah telah digantikan dengan sistem penilaian berdasarkan penyertaan mahasiswa/i dalam aktiviti atau program yang dianjurkan oleh mahasiswa/i sendiri. Sebarang program atau aktiviti yang telah disahkan oleh JPPel, bolehlah memohon untuk dinilai di PAK dengan syarat, setiap aktiviti atau program telah dilantik penasihatnya masing-masing.

Mahasiswa/i akan dinilai berdasarkan 8 aspek HPPK seperti :
1) Sosial dan Kepertanggungjawaban
2) Komunikasi
3) Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
4) Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme
5) Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik
6) Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
7) Pengurusan dan Keusahawanan
8) Kreatif dan Inovatif

Prosedur untuk memohon Kontrak Pembelajaran (Learning Contract) bagi setiap aktiviti atau program adalah seperti berikut:-

1) Hantarkan kertas kerja kepada JPPel dan dapatkan kelulusan (Surat Kelulusan). Setiap aktiviti atau program yang telah diluluskan akan diberikan kod projek.

2) Pengerusi/ Pengarah Jawatankuasa perlu menghantar satu lagi borang Kontrak Pembelajaran Kokurikulum kepada PAK. Sekiranya aktiviti atau program tersebut telah diluluskan oleh PAK, maka ia akan dikenali sebagai Kontrak Pembelajaran dan merupakan kontrak dimana setiap penyertaan ahli akan diperakui.
(p/s: PAK sedang memperbaharui sistem baru, bermula bulan Spetember, mahasiswa/i boleh mengisi Kontrak Pembelajaran Kokurikulum secara online untuk permohonan selepas mencetak maklumat dan dihantar ke “Daftar Secara Manual”.)

3) Setiap aktiviti atau program yang telah diluluskan dikehendaki melantik mana-mana individu yang layak sebagai Penyelia. Seorang penyelia hanya boleh menilai tidak lebih daripada 50 orang dalam satu aktiviti atau program (bermula dari Pengerusi hingga AJK). Sekiranya terdapat terlalu ramai ahli dalam suatu aktiviti atau program, maka lebih daripada seorang Penyelia boleh dilantik yang akan diketuai oleh seorang Penyelia Utama dalam kalangan mereka. Penyelia-penyelia juga boleh mengambil bahagian secara tidak langsung bagi memantau perjalanan dan gerak kerja mereka yang terlibat.
(p/s: Individu yang layak menjadi Penyelia :
- Pensyarah UKM
- Pegawai UKM yang layak (contoh: Pegawai dari Pusat Kebudayaan)
- Bukan warga UKM (mesti diakui dan disahkan oleh pihak PAK)

4) Apabila aktiviti atau program telah tamat, individu yang berkenaan (Ketua Projek) hendaklah mengahantar laporan aktiviti/program kepada PAK dan Penyelia (boleh didapatkan melalui sistem selepas September). Setiap ahli yang telah dinilai mestilah menghantarkan laporan mereka sendiri kepada Penyelia masing-masing.
5) Penyelia akan menilai setiap ahli berdasarkan 8 HPPK.

Semasa artikel ini dikeluarkan, pihak PAK masih belum memaklumkan secara jelas tentang sistem manakah yang perlu diikut oleh mahasiswa/i yang telah terlibat sebelum ini dengan sistem ko-kurikulum HX untuk semester akan datang.