Sabtu, Jun 18, 2011

Ada Apa Dengan #OpMalaysia ?

Isu penggodam atau dalam bahasa berprofil tinggi dikenali sebagai 'hacker' bukan perkara baru. Kehadirannya berkembang seiring kemajuan dunia internet. Penggodam sentiasa ada – sama ada kita sedar dan memberi perhatian padanya atau tidak.

Terbaru serangan siber ini juga turut menyerang sebilangan laman web dan melibatkan portal beberapa agensi milik kerajaan termasuk laman web UKM pada hari Khamis yang lalu setelah sekumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka 'Anonymous' yang telah memberi amaran awal untuk menggodam laman web kerajaan www.malaysia.gov.my di bawah sebuah operasi yang diberi nama “Operation Malaysia”.

Antara laman web yang berjaya diserang dan digodam adalah seperti di bawah;


Mesej tersebut telah disahkan oleh CyberSecurity Malaysia, sebuah badan keselamatan siber Selasa lalu. Pihak kerajaan melalui agensi Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga dilaporkan telah bersedia awal menghalang cubaan godam laman web kerajaan.

Kumpulan penggodam tersebut sebelum itu telah  menghantar mesej mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi Khamis lalu,16 Jun 2011 pada waktu Malaysia (7.30 petang, waktu GMT).

Laporan The Star Online juga pagi Selasa lalu menyebut ugutan dalam bentuk grafik disiarkan di laman web http://i.imgur.com/PTFWh.png.

Laporan itu menambah, tidak diketahui sebab Anonymous menyasarkan laman web Malaysia.

Sementara itu, kumpulan itu pada petang Selasa menjelaskan di laman web Pastebin, mereka merancang mahu berbuat demikian kerana mendakwa tindakan kerajaan Malaysia melakukan pelbagai sekatan di laman siber termasuk yang terkini melibatkan laman perkongsian fail seperti Pirate Bay.

'Anonymous' juga menuduh kerajaan melarang tayangan filem dan televisyen selain mengehadkan Internet yang bagi kumpulan itu ia adalah hak asasi manusia yang asas.

Berikut merupakan mesej yang dikirim oleh #OpMalaysia sebelum menyerang pada Khamis, 16 Jun lalu.
Greetings, Malaysia,
We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.

We are Anonymous.
We are Legion.
We do not forgive.
We do not forget.
Expect Us.