BANGI, 27 Jun, 2011- Pasukan kriket Universiti Kebangsaan Malaysia berjaya memenangi Kejohanan Kriket Majlis Sukan Malaysia (MASUM) 2011 yang melibatkan 6 kumpulan kriket dari IPT seluruh Malaysia berakhir di Oval UKM di sini petang Jumaat lalu.
Pasukan UKM dengan mudah mengalahkan pasukan kriket Universiti Islam Antarabanga diperingkat akhir dengan kelebihan 8 wicket dan 88 larian. Pasukan UIA hanya memperolehi 86 larian sahaja.
Tempat ketiga disandang Universiti Teknologi MARA (UiTM) setelah menewaskan pasukan Universiti Malaya (UM) dengan 154 larian.
Pasukan UKM menerima trofi Majlis Sukan Malaysia (MASUM) dan medal, manakala naib johan dan tempat ketiga menerima medal.
Pemain terbaik keseluruhan disandang oleh Shahrul Nizam dari UKM manakala Mohd Nik Azril Arifin juga dari UKM diistiharkan pemain terbaik di perlawanan akhir dengan 4 wicket bagi 12 larian.
Pemain terbaik ketiga disandang oleh Zubair Asyraf Nur Azmi dari UiTM yang membuat 80 larian dan mematikan tiga wicket.
Hadiah disampaikan oleh Naib Canselor UKM, Professor Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. Turut hadir Setiausaha Eksekutif MASUM, Puan Siti Jamilah Md. Puji dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Professor Ir Othman A. Karim.