PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Ahad, Disember 29, 2013

KERAJAAN USAH TAKUT, RAKYAT WAJIB TURUN



1.Penangkapan saudara Mohammad Azan Safar, pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) pada 24 Disember 2013 yang lalu merupakan tindakan kejam Kerajaan Malaysia yang diketuai Dato Sri Najib Tun Razak. Tindakan ini dilihat merupakan salah satu usaha drastik bagi menunjukkan ketakutan mereka kepada satu himpunan bagi menggulingkan kerajaan pada 31 Disember 2013 akan diadakan.

2.Oleh itu, kita sebagai rakyat perlu faham dan jelas bahawa TURUN yang akan diadakan pada 31 Disember 2013 bukanlah satu himpunan untuk menggulingkan kerajaan. TURUN adalah himpunan kebangkitan seluruh rakyat Malaysia akibat penindasan yang amat teruk daripada sang pemerintah dan terhimpit dengan dasar-dasar baru yang diumumkan oleh mereka dengan alasan ingin menjaga kestabilan ekonomi negara. Hakikatnya, ia akan membebankan hampir seluruh lapisan rakyat Malaysia.

3.Sebagai sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik, himpunan TURUN seharusnya dihormati dan desakan rakyat semasa himpunan tersebut perlu dipertimbangkan oleh kerajaan. Kerajaan seharusnya mengiktiraf himpunan TURUN berlandaskan asas-asas demokratik, bukannya dengan menakutkan rakyat sehingga pelbagai amaran dikeluarkan. Arahan turut diberikan kepada setiap universiti bagi menghalang mahasiswa menyertai himpunan TURUN. 

4.Kerajaan yang telah lama memerintah negara ini usah bimbang, kami sebagai rakyat Malaysia yang demokratik masih memilih sistem pilihanraya sebagi satu kaedah bagi menukar kerajaan. Peristiwa-peristiwa yang dilihat sebagai revolusi kebangkitan rakyat di timur tengah cukup memberikan pengajaran kepada kami seluruh rakyat Malaysia. Revolusi awal yang berlaku di Mesir, Libya, Syiria masih belum menemui matlamat utamanya. Hakikatnya, revolusi menggulingkan kerajaan bukanlah satu kerja yang mudah, bahkan ia memerlukan lebih dari sehari, hatta boleh memakan masa bertahun-tahun. Sebagai contoh, revolusi di Perancis mengambil masa lebih daripada sepuluh tahun untuk berjaya. Selain itu, revolusi di Russia hanya berjaya setelah hampir tujuh tahun ia dijalankan. Sebagai contoh lain pula, revolusi hebat yang terjadi di timur tengah sehingga mengundang campur tangan pihak luar kedalam urusan negara. Libya misalannya, sebelum ini merupakan sebuah negara yang utuh. Namun, akhirnya ia telah berpecah sepertimana yang dijelaskan oleh George Galloway, ahli parlimen United Kingdom.

5.Agak menyedihkan apabila tidak terdapat suara – suara golongan akademik dan professor-professor yang mampu memberikan nasihat kepada kerajaan agar memandang himpunan ini sebgai satu jalan yang positif. Jika diamati dan difahami dengan jelas, himpunan ini merupakan salah satu jalan “Short Cut” kepada makmal kos sara hidup yang cuba dijalankan oleh YB. Khairy Jamaluddin. Sebaliknya, rakyat pula yang dipaksa agar melihat peningkatan kos sara hidup ini dari aspek yang positif walaupun pada hakikatnya, kita semua jelas dan merasai masalah yang berlaku.

6.Himpunan ini merupakan suara daripada seluruh rakyat Malaysia, tidak kira mereka yang mengundi kepada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR). Amat memalukan sekiranya terdapat parti-parti politik yang cuba untuk memanipulasi himpunan ini bagi menjulang parti mereka. Himpunan ini tercetus daripada golongan muda Malaysia, kerana generasi inilah yang akan mengalami masalah besar dengan kenaikan kos sara hidup di Malaysia kelak. Ayuh rakyat Malaysia, kita sebagai warga yang prihatin, kita wajib turut sama bersolidariti bersama TURUN pada kali ini. 

7. Tuntasnya, jelaslah kepentingan himpunan TURUN pada kali ini . Bagi mereka yang masih ragu-ragu untuk bersama dalam Himpunan TURUN ini atas dasar takut kepada ancaman sang pemerintah, kita harus ingat bahawa himpunan ini adalah himpunan aman bagi menyuarakan bantahan. Himpunan ini turut diterajui oleh golongan intelek belia yang memahami dasar-dasar demokrasi berparlimen dan menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang. Himpunan ini bakal menciptakan sejarahnya tersendiri. Oleh itu, marilah kita bersama-sama turun ke himpunan TURUN pada 31 Disember ini. 






Mustapha Kamil Husen Abd Kadir
MPP Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Tahun 3/4
Yang DiPertua PMUKM 2013/2014


::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Jumaat, Disember 27, 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kami, barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2013/2014 mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Akhir (30 Dis 2013 - 17 Januari 2014). Manfaatkanlah masa yang berbaki ini untuk persiapkan diri untuk menuju ke medan peperiksaan. Disamping sibuk mengulangkaji pelajaran, jangan sesekali kita lupa untuk sentiasa berdoa dan bermohon kepada-NYA, jangan kita rasa berbangga dengan usaha kita sedangkan kita sombong untuk bertawakal kepada-NYA. Restu kedua ibubapa dan pensyarah kita sangat perlu dan mohonlah agar doa mereka sentiasa mengiringi kita. Peringatan ini untuk kita bersama selaku mahasiswa mahasiswi UKM. Kami, Barisan Majlis Perwakilan Pelajar PMUKM mendoakan agar semua sahabat-sahabat mahasiswa mahasiswi sentiasa berjaya didunia mahupun diakhirat. Terima kasih kepada semua pensyarah dan pihak pentadbiran Universiti.
Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kita semua. Amin.


فًإِذًا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَهِ إِنَّ اللَهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلِينَ


"sekiranya kamu telah membulatkan tekad , bertawakallah kepada Allah.sesungguhnya Allah suka kepada orang yang Bertawakal."— Surah Ali'Imran ayat 159
 ::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Ahad, Disember 22, 2013

TERAS-TERAS UTAMA TABUNG PMUKM 13/14 : BERSAMA MAHASISWA

22 Disember 2013, UKM Bangi - Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, Tabung PMUKM dijana daripada hasil sumbangan para mahasiswa/i pada setiap sesi akademik. Bayaran sebanyak RM 5 akan dikenakan kepada setiap mahasiswa/i pada setiap semester. Baki bawa ke hadapan Tabung PMUKM daripada sesi 2012-2013 adalah sebanyak RM 142,399.15. Penerimaan untuk semester 1 sesi 2013-2014 adalah sebanyak RM 53,545. Berdasarkan maklumat Jabatan Bendahari, anggaran penerimaan untuk semester 2 sesi 2013-2014 adalah sebanyak RM 52 815. Ini menjadikan tunai sedia ada adalah sebanyak RM 248 759.15


Dengan jumlah ini, PMUKM sedar akan kewajipan untuk menggunakan dan mengagihkan dana ini sebaik yang mungkin. Oleh itu, PMUKM telah alokasi dana Tabung PMUKM ini kepada lima teras utama.


Teras Pertama    : Kemudahan untuk Ahli Majlis Perwakilan Pelajar

Teras Kedua       : Pengurusan Efisien Meningkatkan Kebajikan Mahasiswa/i
Teras Ketiga       : Manifestasi Dasar Pembawaan PMUKM

Teras Keempat   : Skim Dana Persatuan, Kewangan Mahasiswa Dinikmati Bersama

Teras Kelima      : Pesta Konvo Kali ke-42




::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti ::

Jumaat, Disember 13, 2013

PMUKM & MAHASISWA ANTARABANGSA : 1 RUMPUN


11 Disember 2013, UKM Bangi – Satu pertemuan antara Biro Perhubungan dan Antarabangsa bersama wakil mahasiswa daripada Persatuan Pelajar Indonesia UKM (PPIUKM) dan wakil mahasiswa Thailand di Bilik Mesyuarat PMUKM. Perjumpaan tersebut dipengerusikan oleh Puteri Nor ‘Adilah Binti Mohd Zarudin.

Tujuan Perbincangan :
• Menjalinkan hubungan baik bersama mahasiswa antarabangsa di UKM khususnya dari Asia Tenggara.
• Mengutarakan permasalahan yang berlaku sepanjang berada di UKM.


Hasil perbincangan :
• Mereka menyambut baik jalinan kerjasama PMUKM bersama mahasiswa antarabangsa baik dari segi idea penambahbaikan mahupun jalinan melalui program.
• Wakil mahasiswa Thailand meminta bantuan daripada PMUKM untuk melancarkan proses penubuhkan persatuan secara rasmi Persatuan Pelajar Thailand.
• Wakil mahasiswa Indonesia mencadangkan agar bilik persatuan diberikan kepada Persatuan Pelajar Indonesia.Hal ini demikian, bilik persatuan yang sedia ada di tempatkan di kawasan mahasiswi di Kolej Antarabangsa Ibu Zain tidak bersesuaian untuk menjalankan aktiviti persatuan.
• Harapan mereka supaya jalinan hubungan kerjasama ini berterusan dan berkekalan walaupun pertukaran sesi kepimpinan PMUKM.








Biro Perhubungan dan Antarabangsa

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Selasa, Disember 10, 2013

CARTA ORGANISASI PMUKM SESI 13/14


Speaker                                               : Muhammad 'Ammar Bin Azlan (014 - 518 1078)

Yang Dipertua                                     : Mustapha Kamil Husen Bin Abd Kadir (013 - 541 6967)

Naib Yang Dipertua                            : Muhammad Sallehudin Bin Khaled (017 - 686 5412)

Timbalan Naib Yang Dipertua I         : Muhammad Amirul Bin Hamlad (018 - 391 1494)

Timbalan Naib Yang Dipertua II       : Nur Afifah Binti Abdul Rahim (019 - 363 9867)

Setiausaha Agung                                : Nur Farhana Binti Mohd Razali (019 - 969 6359)

Timbalan Setiausaha Agung               : Syahidatul Nuramirah Binti Abd Karim (019 - 463 7928)

Bendahari                                             : Mufaddal Bin Mustansir (017 - 430 7786)


Biro Pembangunan Mahasiswa
Ketua: Fatin Zulaika Binti Hamdan (019 376 6102)
Mohammad Fadhli Bin Mohammad Asimoni
Anis Anuar Bin Suhaimi

Biro Kebajikan dan Khidmat sosial
Ketua: Mohd Hafizi Bin Samsuari ( 013 522 1882)
Nurul Syifa' Binti Muhammad Shukri
Hasyimah Binti Ibrahim
Siti Noor Masitah Binti  Nordin 
Nur Lailatul Fitri Binti Othman

Biro Sukan dan Kebudayaan
Ketua: Jason Ng Thien Yong ( 018 958 6956)
Syed Mohd Najib Bin Syed Yahya
Muhammad Johan Iskandar Bin Zahari
Nurul Amira Binti Zainudin

Biro Informasi dan Penerangan
Ketua: Afiah Nasuha Binti Aznan (019 294 9566)
Siti Nor Bahijah Binti Mohd Zaki
Ahmed Amri Bin Zulkafli
Nur Aliya Binti Huzaidy

Biro Perhubungan dan Antarabangsa
Ketua: Puteri Nor Adilah Binti Mohd Zaharudin (019 368 7435)
Noraini Binti Jahudal
Amirul Firdaus Bin Abu Yaziz

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

MPM13 : MAHASISWA DEKAT DENGAN MASYARAKAT


MAHASISWA PEMACU MASYARAKAT 2013 (MPM13)
Aktiviti             : Gotong-royong
Anjuran            : Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PENDIDIK)
Kerjasama        : ADUN Bangi
  Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)
  Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (Bangi Ku)
  Surau Bangi Perdana
  Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) 
Tempat             : Surau Bangi Perdana, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, Selangor
Jumlah Peserta  : 70 orang pelajar dan 30 orang penduduk sekitar

Objektif            :
-         Membina karakter kepimpinan berorganisasi yang lebih meluas dalam diri mahasiswa UKM.
-         Memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri mahasiswa Fakulti Pendidikan, UKM
-        Mempertingkatkan kemahiran sosial bagi menjamin kebolehpasaran mahasiswa setelah melangkah keluar dari UKM
 YB Tuan Mohd Shafie Bin Ngah, selaku ADUN N26 Merasmikan MPM13









Syed Najib Syed Yahya
MPP Fakulti Pendidikan
Biro Sukan dan Kebudayaan PMUKM Sesi 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Isnin, Disember 09, 2013

PMUKM & PMF : BERKONGSI IDEA, MEMBANGUN MAHASISWA UKM


4 Disember 2013, UKM Bangi - Satu pertemuan antara Biro Pembangunan Mahasiswa bersama YDP Persatuan Mahasiswa Fakulti telah diadakan yang dipengerusikan oleh MPP Mohd Fadhli. 

Pertemuan tersebut betujuan :
- Membincangkan program-program yang diadakan oleh fakulti-fakulti.
- Membina satu perhubungan yang lebih rapat bersama PMF yang juga merupakan salah satu perkara utama yang dibawa oleh PMUKM sesi kali ini iuntuk menjadikan fakulti sebagai pusat utama akademik dan aktiviti pelajar di UKM ini.

Pertemuan pertama ini banyak mengupas program-program yang dijalankan oleh fakulti dan memberi peluang kepada semua perwakilan fakulti yang hadir untuk saling berkongsi idea antara satu sama. Selain itu juga, Biro Pembangunan Mahasiswa juga menyampaikan satu cadangan untuk memartabatkan fakulti sebagai pusat kecemerlangan pelajar dengan menerbitkan satu wacana buletin Mahasiswa Varsiti yang akan diedarkan kepada seluruh pelajar UKM menerusi gerak kerja bersama perwakilan fakulti. 

Selain itu juga, terdapat beberapa perkara berbangkit yang dibincangkan seperti isu sumber kewangan yang menjadi kekangan dalam menjalankan setiap program. Peruntukan yang diperoleh agak terhad. Justeru, di pihak PMUKM sendiri menawarkan Skim Dana Persatuan yang mana dikendalikan oleh Bendahari PMUKM, MPP MUfaddal.

Kami meletakkan keyakinan tinggi dan kepercayaan penuh kepada barisan kepimpinan PMF di setiap fakulti dalam mencorakkan hala tuju fakulti dan memastikan kebajikan mahasiswa terjaga. Kami di peringkat PMUKM menyokong penuh program-program yang memberi manfaat dan input yang berguna kepada mahasiswa/i UKM dan sentiasa membuka ruang-ruang kerjasama bersama-sama PMF dan PMUKM.

 Biro Pembangunan Mahasiswa 
PMUKM 2013/2014
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Sabtu, Disember 07, 2013

MPP UKMKL : MEMBAWA HARAPAN MAHASISWA MENGORAK LANGKAH KE ARAH KECEMERLANGAN

5 Disember 2013, UKM KL -  Muhammad Amirul bin Hamlad , MPP Fakulti Sains Kesihatan 2013/2014  telah berbincang dengan Pengurus USICT KKL di Pusat Teknologi Maklumat UKM KKL, Encik Hamdan Bin Rahmat bagi urusan permohonan penambahbaikan perkhidmatan Wifi di kawasan perkuliahan terutamanya di kawasan DK1, DK2 dan DK3. 

Hasilnya, Encik Hamdan telah bersetuju untuk menambah Access Point (AP) di setiap DK 1,2 dan 3 bagi meningkatkan akses wifi untuk kemudahan pembelajaran dan pelajaran di dalam kuliah.

Menurut beliau, proses penambahbaikan akan dilakukan PTM bermula cuti semester kelak, insyaALLAH.






Muhammad Amirul bin Hamlad
MPP Fakulti Sains Kesihatan

Naib YDP I PMUKM Sesi 2013/2014
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::





Khamis, Disember 05, 2013

PMUKM dan PAN : SEIRING MENJAGA KEBAJIKAN, MERAI MAHASISWA UKM


2 Disember 2013, UKM Bangi – Perjumpaan pertama antara PMUKM dan YDP Persatuan Anak Negeri (PAN) serta wakil PAN telah diadakan di Bilik Mesyuarat PMUKM. Perjumpaan tersebut dipengerusikan oleh Naib Presiden II, Saudari Nur Afifah Abd Rahim bersama Ketua Biro Sukan dan Kebudayaan PMUKM, Saudara Jason Ng dan Saudara Syed Najib.

Tujuan perbincangan:
  • Makluman perancangan dan aktiviti dari setiap Persatuan Anak Negeri dan Biro Sukan dan Kebudayaan PMUKM
  • Pengutaraan masalah dan aduan yang dihadapi setiap PAN sepanjang menjalankan aktiviti di dalam dan luar UKM
  • Makluman tawaran kerjasama dari PMUKM berkenaan Skim Dana Persatuan, pelaksanaan Dewan Mahasiswa dan ruang untuk PAN dalam Minggu Mesra Pelajar (MMP)

Hasil perbincangan:
  • YDP PAN dan wakil PAN menerima baik tawaran PMUKM beserta cadangan dan pandangan bagi penambahbaikan dan PMUKM mengambil cakna isu yang membimbangkan wakil setiap PAN.
  • MPP Syed Najib akan terus berhubung dengan PAN bagi sebarang isu berbangkit dalam mencari penyelesaian bersama.
Kerjasama dan hubungan baik antara PMUKM dan PAN diharap berterusan dan seiring dalam menjaga kebajikan dan meraikan mahasiswa/I UKM.

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Selasa, Disember 03, 2013

DISEMBER 2013 : KOMPILASI GERAK KERJA PMUKM SESI 13/14


2 Disember, UKM Bangi - Setelah lebih sebulan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) Sesi 13/14, kami telah menetapkan moto dan paksi yang ingin kami bawa sepanjang kepimpinan kali ini. Kompilasi ini sedikit sebanyak menjelaskan pembawakan PMUKM kali ini.

Moto : Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti
PMUKM mementingkan usaha bersama mahasiswa/i UKM untuk memacu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tercinta. Oleh itu, kami telah mewujudkan Rakan PMUKM untuk mereka sama-sama bergerak dengan MPP. Interaksi Rakan PMUKM

Paksi :

1. Mendasari Kebajikan
- Keamanan dan keselamatan untuk mahasiswa
- Bulat air kerana pembentung ( Kerjasama dengan semua persatuan di UKM)
- Kewangan mahasiswa dinikmati bersama
- Warga OKU tidak dilupakan
2. Keintelektualan
- Budaya Ilmu
- Fakulti sebagai pusat kegiatan dan kecemerlangan
- Memaknai kehadiran cendekiawan Negara di UKM
3. Perpaduan
- Meraikan kepelbagaian budaya
- Keadilan, kebersamaan dan kepercayaan


4. Pengatarabangsaan
- Mengetuai gerakan mahasiswa serantau
-Mendepani isu-isu antarabangsa

5. Graduan kelas tersendiri
- PMUKM akan terus berkolebrasi dengan pihak pentadbiran dalam sumbangan idea untuk merangka satu pelan yang berkemampuan  melahirkan Graduan UKM yang sejagat.


Bersama moto dan 5 paksi yang telah digariskan, PMUKM telah merancang pelbagai gerak kerja dan penyelesaian masalah kebajikan pelajar menjadi pembawaan utama sesi kepimpinan kali ini. Barisan kepimpinan akan berusaha bersungguh-sungguh mewakili suara anda. Terima kasih kepada mahasiswa/i UKM yang terus-menerus menyokong PMUKM.

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::




HARI OKU : KECEMERLANGAN ANDA, KEBANGGAAN KAMI


Hari Orang Kurang Upaya Kebangsaan disambut pada 3 Disember tiap-tiap tahun selaras dengan pengistiharan Hari Kebangsaan Orang Kurang Upaya oleh Resolusi Bangsa-bangsa Bersatu.

Objektif : 

  • Memberi kesedaran di kalangan orang ramai bahawa orang kurang upaya (OKU) sebagai anggota masyarakat mempunyai hak dalam masyarakat dan tidak menganggap mereka sebagai kurang berkebolehan serta tidak berguna.
  • Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab mereka terhadap OKU dan seterusnya menggerakkan komuniti supaya meningkatkan kemudahan-kemudahan untuk OKU.
  • Mempertingkatkan kebolehan, keupayaan, kemampuan serta kemahiran golongan OKU ke arah pencapaian yang cemerlang dan sekaligus manfaatkan pembangunan negara.
  • Merapatkan lagi hubungan kerjasama di antara Kerajaan dengan pertubuhan sukarela serta sektor korporat dan komuniti di dalam usaha mewujudkan pelbagai kemudahan untuk orang kurang upaya.
  • Mendedahkan kepada orang ramai akan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan dan pertubuhan sukarela bagi OKU.
Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan asset Negara tidak ternilai. Tidak dinafikan mereka mempunyai peluang selari dengan mahasiswa lain. PMUKM akan berusaha menyediakan peluang latihan, bengkel bagi meningkatkan keyakinan dan kebolehpasaran mahasiswa OKU. Kami juga komited untuk menjadikan UKM sebagai pusat rujukan universiti cemerlang dalam menjaga kebajikan OKU.

PMUKM mengajak mahasiswa/i untuk sama-sama peka dengan rakan istimewa kita. Hormati hak-hak mereka dan yang penting sedikit bantuan anda, sangat besar maknanya.  Jom, prihatin !!

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

UKM MOBILITY DAY : MELATIH MAHASISWA BERFIKIRAN GLOBAL

Program UKM Mobiliti Day 2013 bermanfaat kepada Mahasiswa UKM.

Pemplet yang didapati daripada UKM Mobility Day
Sesi perkongsian 

2 Disember 2013, Pusanika – Program UKM Mobility Day 2013 yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Antara tetamu yang hadir Prof. Dr Imran Ho Abdullah , Pengarah Pusat Hubungan Antarabangsa, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan , Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan tetamu-tetamu daripada Australia , Korea dan Mexico.


Hari Mobiliti ini adalah program pendidikan kepada mahasiswa prasiswazah dan pascasiswazah untuk mengakses kepada program mobiliti global melalui forum , jaringan , pameran dan perkongsian pengalaman.


Melalui program mobiliti ini , mahasiswa akan diberi peluang untuk mendedahkan diri untuk meneroka kepelbagaian budaya dunia dengan berkongsi pengetahuan, pertukaran dan menerima perbezaan, menyebarkan semangat inovasi dan rangkaian, meningkatkan keyakinan diri, mengasah bakat kepimpinan, dan meningkatkan keupayaan soft skill.


PMUKM berharap seluruh mahasiswa UKM untuk mengambil peluang keemasan ini menyertai program mobiliti ini. Pengalaman menyertai program mobiliti ini sangat bermanfaat untuk digunakan pada masa akan datang.







Puteri Nor 'Adilah Binti Mohd Zarudin
MPP Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan
Biro Perhubungan dan Antarabangsa PMUKM Sesi 2013/2014

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

MPPFEP : PENAMBAHBAIKAN KHAS UNTUK KIOSK FEP

28 November, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan - Pertemuan antara bersama Ir. Ab. Ghani Wahab Osman selaku Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UKM telah diadakan. 

Saya telah mengemukakan cadangan berkenaan dengan masalah kebersihan Kiosk dan masalah di tempat pembuangan sampah berhampiran kiosk kepada beliau. Perjumpaan ini merupakan satu tindakan susulan yang dilakukan oleh saya selaku MPP FEP tahun ½ yang bertanggunjawab membawa suara Mahasiswa/I Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam menyelesaikan masalah ini.


Pada pertemuan kali ini saya telah mengemukakan cadangan :

- Pihak JPP dapat membina pagar di tempat pembuangan sampah di tempat letak motorsikal. Hal ini kerana,  sampah sarap yang terkeluar dari tempat sampah menyukarkan pelajar meletakkan motorsikal mereka di situ.

- Masalah kebersihan di Kiosk berpunca daripada sistem perpaipan yang tidak sistematik. Saya telah berbincang bersama  Ir. Ab Ghani Wahab Osman, dan tindakan susulan akan diambil.


Alhamdulillah, segala cadangan yang telah saya kemukakan telah mendapat respon yang baik. Terima kasih saya ucapkan kepada JPP kerana sudi mendengar suara kami.




Yang Berkhidmat,
Syahidatul Nur Amirah bt Abd Karim
MPP Fakulti Ekonomi dan Pengurusan tahun 1/2
Timbalan Setiausaha PMUKM Sesi 2013/2014


::Bersama Mahasiswa memacu Varsiti::

MPPFPI : TINDAKAN SUSULAN KEBAJIKAN MAHASISWA/I FPI




28 November, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan - Satu pertemuan telah diadakan antara saya bersama Ir. Ab. Ghani Wahab Osman selaku Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UKM untuk mengemukakan cadangan berkenaan tempat letak motosikal kepada beliau. Perjumpaan ini merupakan satu tindakan susulan yang dilakukan oleh saya selaku MPP FPI yang bertanggungjawab membawa suara Mahasiswa/I Fakulti Pengajian Islam dalam menyelesaikan masalah ini.


Antara cadangan yang telah diutarakan oleh saya kepada beliau ialah berkenaan laluan motosikal yang telah dibincangkan oleh saya dengan Ketua Penolong Pendaftar FPI pada 26 november yang lalu. Selain itu, saya juga berharap agar cadangan ini dapat dilaksanakan dengan segera kerana laluan yang digunakan oleh sesetengah pelajar boleh membahayakan keselamatan mereka.

Pada pertemuan kali ini saya juga telah mengemukakan cadangan supaya Pihak JPP dapat membina tempat Letak Motosikal Berbumbung bersebelahan Fakulti Pengajian Islam. Ini kerana pelajar sering megahadapi kesulitan terutamanya apabila hujan.




Alhamdulillah, segala cadangan yang telah saya kemukakan telah mendapat satu respon yang baik daripada beliau selaku Timbalan Pengarah JPP. Akhir sekali terima kasih saya ucapakan kepada JPP kerana sudi mendengar suara kami.

Suara Anda, Suara Kami,
Kebajikan anda, Tanggugjawab Kami.


Yang Berkhidmat,
Muhammad ‘Ammar Bin Azlan
MPP Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014

Speaker PMUKM Sesi 13/14

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

PEC UKM 2013 : MEMUPUK GRADUAN UKM BERDAYA SAING

MPP Sallehudin merupakan salah seorang peserta Perodua Eco Challenge 2013

1 Disember, Bangi Gateway - Majlis Perasmian kereta Aster i-Bond oleh Prof Dr Ir Abdul Karim, TNC Hepa UKM telah diadakan. Pertandingan Perodua Eco-Challenge 2013 yang memasuki tahun kelima penganjuran kembali menguji pengetahuan, kemahiran serta kreativiti peserta dari 10 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia.




Sebagai kelainan, pertandingan kali ini mewajibkan setiap rekaan menggunakan nama Perodua di samping penciptaan teknologi penjimatan minyak dan reka bentuk yang kreatif. Setiap kumpulan diberikan sebuah Myvi manual bagi tujuan mereka bentuk serta modifikasi enjin yang mampu menjimatkan penggunaan bahan api.
Petikan daripada Blog Perodua Eco Challenge, UKM PEC 2013 tentang konsep kereta Aster i-Bond yang kami bawa kali ini.
Concept
The name of the car is Aster i-Bond. The car derives its concept from the intelligent structural segmented bonding (i-Bond) process of green composites for the body as well as the i-power regeneration system (i-PRES) that enables several innovative ideas to be in place such as i-engine-stop and the like. i-Bond is an i-car that identifies with a sustainable environment yet provides added safety of the impact withstanding body, hence green, bonding and caring. Its stylish aerodynamic exterior calls to mind the suave personality of James Bond of 007 fame.
Fakulti Ekonomi & Pengurusan dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina terlibat sebagai satu pasukan dalam pertandingan kali ini. Kelebihan pada pelajar dalam pertandingan seperti ini dapat memupuk minat dalam bidang automotif, semangat berpasukan, melatih mengurus masa dan tugasan dengan baik. 
Sukacita saya mahu mengajak mahasiswa/i UKM sekalian, ayuh terlibat dengan program atau pertandingan yang mampu mencabar kemampuan anda sebagai mahasiswa, situasi yang membuatkan anda wajib mengatur masa anda dengan baik.
Dua tahun berturt-turut, UKM telah memenangi perak dan gangsa dalam kategori Reka bentuk dan Kejuruteraan. Pastinya penyertaan tahun ini mempunyai banyak perubahan untuk lebih maju. Pertandingan Perodua Eco Challenge akan diadakan pada 12 hingga 14 Disember 2013 di Melaka. Sama-sama kita manyokong Pasukan UKM PEC 2013.


MPP Muhammad Sallehudin Khalid
MPP Umum Tahun 3/4
NYDP PMUKM 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::


Jumaat, November 29, 2013

SIS : 'SUPER WOMAN' MENGANGKAT SUARA SISWI



27 November, UKM Bangi - Program Suara Intelek Siswi (SIS) merupakan program yang julung kalinya diadakan anjuran Ikatan Studi Islam (ISIUKM) dan telah dirasmikan oleh Pengerusi HELWA ISIUKM, Saudari Masyitah Aqilah Zainudin bersama panel jemputan iaitu Juara Da’I Milenia Saudari Nor Adibah Rozain.



Saudari Nur Afifah Abd Rahim, selaku Naib Presiden 2 PMUKM telah menyambut baik langkah pihak penganjur dengan menerima jemputan sebagai salah seorang panel dalam Suara Intelek Sisiwi siri yang pertama . Penyampaian dan perkongsian idea antara ketiga-tiga panelis dalam mengupas tajuk ‘Super Woman’ berjaya mendapat sambutan yang baik daripada siswi-siswi UKM yang hadir pada malam tersebut.


Antara kupasan menarik dari tajuk ini berkisar tentang peranan siswi dalam mendepani isu-isu semasa, tips menjaga emosi dan rasa malu serta memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang ada pada wanita untuk disalurkan kepada masyarakat.

PMUKM menyokong usaha mengangkat suara siswi melalui medium SIS dalam memupuk budaya percambahan idea dan pandangan daripada golongan siswi khususnya. PMUKM yakin bahawa SIS akan terus mendapat tempat dan perhatian dalam kalangan warga siswi UKM pada siri-siri yang akan datang.



Nur Afifah Abd Rahim
MPP Umum Tahun 3/4
Timbalan YDP PMUKM Sesi 13/14

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Khamis, November 28, 2013

BIRO KEBAJIKAN : TERUS KOMITED MENJAGA KEBAJIKAN MAHASISWA




Salam Sejahtera kepada Mahasiswa/wi UKM sekalian:

28 November 2013, UKM Bangi - Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial  PMUKM 13/14 bersama beberapa MPP Fakulti telah mengadakan pertemuan kali ke-2 bersama Pihak Jabatan Pembangunan&Penyelenggaraan (JPP) yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah JPP, Ir.Ab. Ghani Wahab dan beberapa Ketua Unit JPP bagi mengusulkan segala aduan pelajar yang telah diperolehi hasil perjumpaan bersama Ketua Eksekutif MEP Kolej baru-baru ini PMUKM Bersama MEP : Kebajikan Tanggungjawab Bersama.


MPP Ammar Azlan menjelaskan cadangan penambahbaikan tempat letak motor di FPI


Selain itu,pertemuan tadi membincangkan beberapa langkah penambahbaikan demi kesejahteraan mahasiswa/wi Ukm. Hasil pertemuan tadi, Pihak JPP amat menyambut baik segala usul dan cadangan yang dikemukan. Moga usaha-usaha ini memberi kebaikan kepada semua. Terima Kasih JPP UKM.








::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::