Khamis, Disember 05, 2013

PMUKM dan PAN : SEIRING MENJAGA KEBAJIKAN, MERAI MAHASISWA UKM


2 Disember 2013, UKM Bangi – Perjumpaan pertama antara PMUKM dan YDP Persatuan Anak Negeri (PAN) serta wakil PAN telah diadakan di Bilik Mesyuarat PMUKM. Perjumpaan tersebut dipengerusikan oleh Naib Presiden II, Saudari Nur Afifah Abd Rahim bersama Ketua Biro Sukan dan Kebudayaan PMUKM, Saudara Jason Ng dan Saudara Syed Najib.

Tujuan perbincangan:
  • Makluman perancangan dan aktiviti dari setiap Persatuan Anak Negeri dan Biro Sukan dan Kebudayaan PMUKM
  • Pengutaraan masalah dan aduan yang dihadapi setiap PAN sepanjang menjalankan aktiviti di dalam dan luar UKM
  • Makluman tawaran kerjasama dari PMUKM berkenaan Skim Dana Persatuan, pelaksanaan Dewan Mahasiswa dan ruang untuk PAN dalam Minggu Mesra Pelajar (MMP)

Hasil perbincangan:
  • YDP PAN dan wakil PAN menerima baik tawaran PMUKM beserta cadangan dan pandangan bagi penambahbaikan dan PMUKM mengambil cakna isu yang membimbangkan wakil setiap PAN.
  • MPP Syed Najib akan terus berhubung dengan PAN bagi sebarang isu berbangkit dalam mencari penyelesaian bersama.
Kerjasama dan hubungan baik antara PMUKM dan PAN diharap berterusan dan seiring dalam menjaga kebajikan dan meraikan mahasiswa/I UKM.

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::