Isnin, Disember 09, 2013

PMUKM & PMF : BERKONGSI IDEA, MEMBANGUN MAHASISWA UKM


4 Disember 2013, UKM Bangi - Satu pertemuan antara Biro Pembangunan Mahasiswa bersama YDP Persatuan Mahasiswa Fakulti telah diadakan yang dipengerusikan oleh MPP Mohd Fadhli. 

Pertemuan tersebut betujuan :
- Membincangkan program-program yang diadakan oleh fakulti-fakulti.
- Membina satu perhubungan yang lebih rapat bersama PMF yang juga merupakan salah satu perkara utama yang dibawa oleh PMUKM sesi kali ini iuntuk menjadikan fakulti sebagai pusat utama akademik dan aktiviti pelajar di UKM ini.

Pertemuan pertama ini banyak mengupas program-program yang dijalankan oleh fakulti dan memberi peluang kepada semua perwakilan fakulti yang hadir untuk saling berkongsi idea antara satu sama. Selain itu juga, Biro Pembangunan Mahasiswa juga menyampaikan satu cadangan untuk memartabatkan fakulti sebagai pusat kecemerlangan pelajar dengan menerbitkan satu wacana buletin Mahasiswa Varsiti yang akan diedarkan kepada seluruh pelajar UKM menerusi gerak kerja bersama perwakilan fakulti. 

Selain itu juga, terdapat beberapa perkara berbangkit yang dibincangkan seperti isu sumber kewangan yang menjadi kekangan dalam menjalankan setiap program. Peruntukan yang diperoleh agak terhad. Justeru, di pihak PMUKM sendiri menawarkan Skim Dana Persatuan yang mana dikendalikan oleh Bendahari PMUKM, MPP MUfaddal.

Kami meletakkan keyakinan tinggi dan kepercayaan penuh kepada barisan kepimpinan PMF di setiap fakulti dalam mencorakkan hala tuju fakulti dan memastikan kebajikan mahasiswa terjaga. Kami di peringkat PMUKM menyokong penuh program-program yang memberi manfaat dan input yang berguna kepada mahasiswa/i UKM dan sentiasa membuka ruang-ruang kerjasama bersama-sama PMF dan PMUKM.

 Biro Pembangunan Mahasiswa 
PMUKM 2013/2014
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::