PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Khamis, Jun 27, 2013

OPS MASYARAKAT MEGA PMUKM


Pada 29 Jun ini, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) akan mengadakana satu program mahasiswa turun kepada masyarakat iaitu OPS Masyarakat Mega.

Perincian program seperti berikut :
Sabtu, 29 Jun 2013
8 pagi - 9 malam
Masjid Hasanah, bandar Baru Bangi.

Antara program yang akan diadakan ialah  gotong-royong membersihkan masjid, rewang ( gotong-royong masak makanan tengahari ), pameran bertemakan Jom Masuk U, Senamrobik, Seminar Matematik dan juga pertandingan mewarna.

Kepada mahasiswa UKM yang berminat, boleh berhubung terus pada Saudari Nur Syakila di talian 013 639 5822. Peserta terhad kepada 15 orang sahaja, sijil dan kenderaan disediakan, tiada yuran. Bagi mahasiswa/i UKM yang berminat untuk turut serta, kami alu-alukan.

Dijemput juga kepada penduduk di sekitar Bandar Baru Bangi untuk memeriahkan program .

Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti

Isnin, Jun 24, 2013

JEREBU: KESIHATAN DIUTAMAKAN

UKM turut tidak terlepas daripada terkena tempias kesan pembakaran terbuka yang berlaku di negara kejiranan Malaysia. Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan UKM dan sekitarnya menunjukkan angka antara 100 ke 200. Keadaan ini bermaksud, status IPU di UKM adalah tidak sihat.

Justeru, pihak PMUKM bersama GMUKM mengambil langkah awal dengan mengedarkan “face mask” secara percuma kepada mahasiswa/i UKM. Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi Peperiksaan Akhir Semester 2 sesi 2012/2013. Kami tidak mahu keadaan yang tidak sihat ini mengganggu konsentrasi dan fokus rakan-rakan yang sedang bertungkus-lumus menjalankan persediaan akhir bagi peperiksaan yang akan dihadapi.

Pihak kerajaan, atas dasar keprihatinan telah mengarahkan kepada sekolah-sekolah ditutup, terutamanya di kawasan-kawasan yang berada pada status IPU yang sangat tidak sihat dan berbahaya. PMUKM cuba menghubungi pihak Pusat Kesihatan UKM sekiranya mereka dapat bekerjasama bagi menyediakan “face mask” secara percuma buat warga UKM umumnya.

Kami akan cuba maklumkan informasi terkini berkenaan “face mask” percuma ini dari semasa ke semasa. Saya berharap, agar rakan-rakan mahasiswa lebih proaktif untuk memastikan kesihatan terjaga sepanjang berada di UKM dalam minggu terakhir peperiksaan ini. Kurangkan aktiviti di luar bilik. Banyakkan minum air. Bagi yang memandu, berhati-hati di jalanraya. Keadaan berjerebu ini telah menghadkan batas penglihatan kita.


Presiden PMUKM 12/13










Sabtu, Jun 01, 2013

DAULAT TUANKU : HARI KEPUTERAAN RASMI TUANKU


Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Banginda Yang Di-Pertuan Agong.

Semoga Allah memberkati usia pemerintahan Tuanku.
Daulat Tuanku.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

ADUAN KEBAJIKAN PELAJAR DIKETENGAHKAN SEMASA MJKP

30 Mei 2013, satu Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Pelajar(MJKP) Bil 2/2013 telah diadakan. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudi. Mesyurat juga dihadiri oleh TNC HEPA Prof. Dato’Ir. Othman A. Karim dan wakil dari pusat-pusat yang berada di UKM. 

        Tujuan mesyuarat pada kali ini adalah untuk menyemak semula tindakan yang telah diambil keatas aduan berkenaan kebajikan pelajar semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Pelajar Bil1/2013 pada 4 Januari 2013 dan membincangkan penyelesaian  isu-isu kebajikan pelajar yang muktakhir.

Tuan Hj. Musa Zainal Abidin Othman  telah membentangkan tindakan yang telah diambil keatas aduan yang lepas MJKP Bil1/2013 antara aduan tersebut ialah:
  •       Yuran Penginapan Kolej (Yuran ekor)
  •      Kemudahan Pelajar Kelainan Upaya (OKU)
  •       Perkhidmatan Bas Kampus Transrengit
  •            Pejabat HEP di Kolej Kediaman (Kampus KL dan PPUKM)
  •      Jalanraya berlubang


          Alhamdulillah dan bersyukur pihak UKM menyambut baik cadangan yang telah diutarakan dan melihat permasalahan ini penting dan telah pun bertindak atas usaha pemurnian dan penyelesaian yang berkesan untuk setiap aduan. Prof. Tan Sri sendiri juga telah mengemukakan penambahbaikkan dengan menegaskan agar senantiasa memikirkan keselesan para pelajar dalam apa jua keputusan.

       Agenda mesyuarat diteruskan lagi dengan pembentangan MPP Mufaddal Bin Mustansir, mengetengahkan isu-isu kebajikan pelajar yang baru iaitu

  •             Dana kecemasan kematian keluarga
  •      Cadangan penyelesaian: pihak kami telah  mencadangkan supaya UKP menyediakan dana kecemasan bagi kes-kes seperti ini. Oleh itu, jika berlaku  kecemasan mahasiswa boleh terus  menghubungi UKP.
  •       FPEND: Latihan Industri dan Latihan Amali (tesis) serentak
  •       Cadangan penyelesaian: Prof Tan Sri meminta pihak Fakulti Pendidikan untuk meneliti latihan amali  di fakulti lain dan fakulti pendidikan di universiti yang lain.
  •        FSSK: Yuran LI FSSK
  •      Cadangan penyelesaian: Pihak pentadbiran menyatakan bahawa ini adalah masalah teknikal dan akan diselesaikan oleh pihak Bendahari dengan mengenakan yuran Latihan Industri pada semester awal bukan lagi pada semester akhir
  •       FEP: Kebersihan Teres Eko Niaga
  •    Cadangan penyelesaian: pihak PMUKM yang diwakili oleh MPP Mustapha Kamil Hussin dan Mufaddal Mustansir mencadangkan agar pihak CESMED melaksanakan sistem pengredan kebersihan bagi setiap kiosk dan membaiki prasana setiap kiosk. Selain itu, Prof Tan Sri meminta menyemak semula fungsi pegawai Teras Eko Niaga, dan pastikan dia menjalankan tanggungjawab yang sebenarnya.
  • PAP: akhir-akhir ini kerap berlaku perubahan dasar yang mengelirukan  pelajar dan beberapa gangguan pada sistem SPI.
  • Cadangan penyelesaian: Dr Adi menjelaskan bahawa medium pemberitahuan dalam bentuk video tutorial sedang dalam proses pembinaan dan akan dimuatkan di laman media pada masa akan datang. MPP Mustapha mencadangkan supaya menyiarkan video tutorial ini semasa Minggu Mesra Pelajar.
  • PTM: Kemudahan internet yang kurang memuaskan
  • Cadangan penyelesaian: Pihak PMUKM mencadangkan supaya pihak PTM  menyelenggara router yang secara berperingkat-peringkat.
  •  JPP: Lampu jalan terutama PTSL & Kawasan Rahim Kajai tidak berfungsi  dan pengurusan sisa sampah yang tidak sistematik.
  • Cadangan penyelesaian: Pihak PMUKM menyarankan supaya pihak JPP menyelenggara lampu  yang rosak dan  mereka akan melakukannya secara berperingkat, manakala urusan pengurusan sampah akan disemak semula, pihak pentadbiran mencadangkan agar PMUKM menjalankan program kelestarian bersama pelajar


        Aduan kebajikan yang diberikan mendapat sambutan yang baik daripada wakil-wakil yang berkenaan, perbincangan yang melibatkan MPP,PMUKM dan Pentadbiran Tertinggi UKM ini sangat menggalakan  dengan sokongan daripada Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, hal-hal berkenaan kebajikan pelajar dapat diketengahkan dengan sempurna dan membuahkan jalan penyelesaian secara sinergi dan efektif.