Isnin, Jun 24, 2013

JEREBU: KESIHATAN DIUTAMAKAN

UKM turut tidak terlepas daripada terkena tempias kesan pembakaran terbuka yang berlaku di negara kejiranan Malaysia. Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan UKM dan sekitarnya menunjukkan angka antara 100 ke 200. Keadaan ini bermaksud, status IPU di UKM adalah tidak sihat.


Justeru, pihak PMUKM bersama GMUKM mengambil langkah awal dengan mengedarkan “face mask” secara percuma kepada mahasiswa/i UKM. Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi Peperiksaan Akhir Semester 2 sesi 2012/2013. Kami tidak mahu keadaan yang tidak sihat ini mengganggu konsentrasi dan fokus rakan-rakan yang sedang bertungkus-lumus menjalankan persediaan akhir bagi peperiksaan yang akan dihadapi.

Pihak kerajaan, atas dasar keprihatinan telah mengarahkan kepada sekolah-sekolah ditutup, terutamanya di kawasan-kawasan yang berada pada status IPU yang sangat tidak sihat dan berbahaya. PMUKM cuba menghubungi pihak Pusat Kesihatan UKM sekiranya mereka dapat bekerjasama bagi menyediakan “face mask” secara percuma buat warga UKM umumnya.

Kami akan cuba maklumkan informasi terkini berkenaan “face mask” percuma ini dari semasa ke semasa. Saya berharap, agar rakan-rakan mahasiswa lebih proaktif untuk memastikan kesihatan terjaga sepanjang berada di UKM dalam minggu terakhir peperiksaan ini. Kurangkan aktiviti di luar bilik. Banyakkan minum air. Bagi yang memandu, berhati-hati di jalanraya. Keadaan berjerebu ini telah menghadkan batas penglihatan kita.


Presiden PMUKM 12/13