PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Memaparkan catatan dengan label UKM NewsPortal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UKM NewsPortal. Papar semua catatan

Rabu, Januari 22, 2014

PENGANTARABANGSAAN : BERSAMA PIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI KYUNG-IL, KOREA

Sesi perkongsian ilmiah.
20 Januari 2014, UKM Bangi - Satu sesi perkongsian ilmiah di antara Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) bersama wakil pimpinan mahasiswa Universiti Kyung-IL telah diadakan. Sesi perkongsian ini dikelolakan oleh Pusat Hubungan Antarabangsa UKM (PHA UKM). Perkongsian ini juga dihadiri oleh Puan Noor Salini, wakil daripada Jabatan Pembangunan Pelajar (JPPeL), UKM.

Slot perkongsian dimulakan dengan ucapan alu-aluan JPPel dan pembentangan berkenaan sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya, Pengurus Delegasi, Encik Ryu Jang-Ho menyatakan ribuan terima kasih kepada pihak UKM kerana sudi menerima kunjungan mereka. Beliau turut menjelaskan bahawa tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengetahui perlaksanaan pengajian bahasa di Malaysia untuk diguna pakai di Universiti Kyung-IL, dan berpendapat UKM merupakan universiti yang terbaik dalam bidang tersebut. Beliau turut berkata, kepimpinan mahasiswa di Universiti Kyung-IL juga ingin berkongsi dan mempelajari kepimpinan mahasiswa di UKM.

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kyung-iL, Saudara Kim Gun-Oh berkongsi tentang pergerakan  persatuan mahasiswa disana. Beliau juga memberi penjelasan lanjut mengenai  aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dan suasana pilihanraya kampus di sana. Seterusnya, Yang Dipertua PMUKM, Saudara Mustapha Kamil Husen dijemput untuk  berkongsi pembawaan PMUKM selama satu sesi, dan memberi penjelasan lanjut  tentang beberapa aktiviti yang telah berjaya diadakan. Pimpinan Mahasiswa Universiti Kyung-IL menyatakan pendirian bahawa penting untuk  mahasiswa terlibat sama dalam merespon isu-isu nasional selain aktif dan produktif dalam menyelesaikan isu mahasiswa di dalam kampus.

Hasil daripada perkongsian ini, PMUKM dapat menyimpulkan bahawa tidak berlaku jurang perbezaan  besar dalam konteks pembawaan pimpinan mahasiswa antara Universiti Kyung-iL dengan PMUKM. Semoga perkongsian ini dapat memberi impak yang positif untuk kedua-dua belah pihak. PMUKM mengucapkan selamat maju jaya buat delegasi Universiti Kyung-iL.




::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Rabu, April 17, 2013

KESUTRA 13 : TAHNIAH PESERTA YANG BERJAYA

KESUTRA 13 : TAHNIAH



Berikut adalah senarai nama peserta yang berjaya melepasi temu duga yang lepas. Anda terpilih untuk menyertai program Kesukarelawanan Siswa Antara Rantau (KESUTRA 13). SENARAI PESERTA KESUTRA 13

Perjumpaan rasmi akan diadakan pada 18 April 2013 (Khamis) ini jam 6.00 petang di bilik PM Ukm.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Sabtu, Disember 01, 2012

RAMAH MESRA MPP PMUKM BERSAMA PUSAT PENGAJIAN UMUM (PPU)


30 NOV – Melengkapi jelajah MPP PMUKM bersama pentadbiran kali ini ialah slot pertemuan ramah mesra bersama Pusat Pengajian Umum (PPU). PPU diketuai oleh Pengarah PPU, Profesor Dr. Khairul Anwar Mastor dan timbalan pengarah PPU serta barisan ketua bahagian PPU. Wakil MPP PMUKM ialah MPP Arief Othman, MPP Afiah Nasuha, Mpp Hidayah Juhari, Mpp Nur Afifah, Mpp Zul Ajma dan Mpp Izati Othman.
Beberapa isu yang dibangkitkan MPP PMUKM dalam perbincangan tersebut antaranya ialah:
1.  Adakah pelajar tahun satu layak untuk memohon sem 3 (shortsem) , bilakah tawaran pelajar untuk memohon sem 3 dibuka dan apakah antara subjek yang disediakan semasa sem 3?
Respon: 
- Pelajar tahun satu layak memohon sem 3, tetapi sem 3 diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar tahun akhir untuk mengambil selain subjek major untuk memenuhi jumlah kredit yang diperlukan untuk mereka graduat serta pelajar yang sangat  perlu mengambil subjek sewaktu sem 3 ( sekiranya tidak ambil subjek tersebut, menyebabkan pelajar terpaksa memanjangkan waktu pengajian ), keutamaan diberikan pada golongan tersebut.
- Permohonan untuk sem 3 akan dibuka sebelum peperiksaan akhir sem 2. Tarikh permohonan sem 3 akan diumumkan di e-pelajar.
- Senarai subjek yang dibuka sewaktu sem 3 akan diputuskan di peringkat PPU dan pihak Badan Pengurusan Akedemik (BPA) akan membuat pengumuman di e-pelajar dan laman web BPA sendiri.

2. Mengapakah untuk kursus bahasa 2 jam kredit diberikan, tetapi kelas selama 4 jam?
Respon:
-   Untuk kursus bahasa, kelas lebih berbentuk tutorial atau amali berbanding kuliah. Bagi subjek Workplace, pendekatan adalah berbeza untuk setiap pensyarah, tetapi modul tetap sama.

Harapan pihak PPU untuk para pelajar:

1.       Pihak PPU menggalakkan agar pelajar menyediakan SURAT PENGECUALIAN AKTIVITI berbanding SURAT PELEPASAN KULIAH sekiranya kelas subjek PPU bertembung dengan program yang melibatkan penglibatan para pelajar. SURAT PENGECUALIAN AKTIVITI adalah surat yang ditujukan kepada penganjur program dan perlukan pengesahan daripada pensyarah subjek tersebut. Hal ini, berkaitan dengan pengurusan masa pelajar supaya berfikir sebelum membuat keputusan.

2.       Modul subjek Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS) dan Hubungan Etnik akan diubah dan dijangka akan dilancarkan pada sesi hadapan.

3.       Para pelajar boleh menjadikan PPU sebagai tempat pertanyaan untuk sebarang keraguan tentang kod kursus, jam setiap kursus dan subjek pilihan bebas.

4.       Para pelajar digalakkan untuk sering mengunjungi laman web e-pelajar kerana pengumuman penting yang memerlukan tindakan segera daripada pelajar akan dihebahkan melalui laman web tersebut.
Pihak PPU juga berharap agar para pelajar tidak mengambil enteng tentang setiap subjek yang ditawarkan oleh PPU. Hal ini kerana, setiap subjek yang ditawarkan telah dikaji kerelevennya disamping cukup berguna untuk para pelajar mengaplikasikan dalam kehidupan seharian, maupun sebagai cerminan seorang pelajar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).  Satu bengkel akan dianjurkan oleh pihak PPU dalam masa terdekat melibatkan MPP PMUKM dan wakil bagi setiap Persatuan Mahasiswa Fakulti  serta beberapa orang pelajar terpilih untuk membincangkan tentang beberapa rombakan modul subjek PPU. Maklumat lanjut mengenai Pusat Pengajian Umum (PPU) rujuk Laman Web Pusat Pengajian Umum (PPU). Para pelajar juga boleh mengunjungi page PPU di facebook untuk membuat sebarang aduan atau pertanyaan PPU Event. Kotak cadangan dan aduan juga turut disediakan di PPU.

Selasa, November 27, 2012

TAHNIAH UKM : PENYELIDIK UKM HASIL GELATIN HALAL

Antara komponen peralatan yang direka pihak UKM untuk menjalankan
proses mengeluarkan gelatin halal dan kolagen terhidrolisis

27 November 2012 - Sebuah kumpulan penyelidik skala tinggi dan proses hiliran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menyediakan proses canggih untuk mengeluarkan gelatin halal dan kolagen terhidrolisis daripada sumber bahan pertanian iaitu tulang ternakan, kulit dan sisik ikan.

Ketua Kumpulan itu, Prof Ir Dr Abdul Wahab Mohammad daripada Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses UKM berkata, proses tersebut dibangunkan melalui rekaan peralatan untuk mengisi keperluan gelatin dan kolagen terhidrolisis bagi pasaran halal dunia.

Menurutnya, rekaan peralatan dipergiat itu boleh dibina dan dipasang bersama dengan loji pemprosesan ternakan atau ikan di negara Islam.  “Kami membina sebuah loji percubaan kecil di UKM untuk menunjukkan proses keseluruhan itu. Kos RM2 juta dilaburkan untuk membeli peralatan dengan pembiayaan awal diperoleh daripada Technofund melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,” katanya.

Penyelidikan terhadap projek itu mula dijalankan pada 2007 oleh beliau sambil dibantu Prof Ir Dr Mohd Sobri Takriff, Prof Dr Abu Bakar Mohamad dan Prof Madya Dr Siti Masrinda Tasirin daripada Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses. Barisan penyelidik ini kemudian dibantu Profesor Pelawat Ir Ad Grobben dari Belanda yang mempunyai pengalaman luas dalam industri pemprosesan gelatin dan kolagen terhidrolisis apabila projek itu bergerak ke arah loji skala pandu. “Kami menggunakan jenama Halagen untuk gelatin dan kolagen terhidrolisis yang dihasilkan ini di mana ia boleh digunakan sebagai bahan dalam makanan, kapsul, kosmetik dan makanan tambahan,” katanya.

Penemuan itu membolehkan masa pemprosesan dapat dikurangkan dengan menggunakan partikel halus di peringkat nyahgalian sekali gus turut menjimatkan masa dalam menghasilkan satu kelompok produk. Rekaan proses yang canggih juga membolehkan masa pemprosesan disingkatkan serta mengecilkan saiz loji. Ia amat sesuai untuk operasi setempat berdekatan loji pemprosesan ternakan haiwan dan penternakan ikan. Abd Wahab berkata, beliau berharap agar kedua-dua projek itu berjaya sekali gus membolehkan negara menjadi perintis dalam penghasilan gelatin dan kolagen terhidrolisis untuk pasaran halal dunia. “Situasi ini dilihat amat penting kerana gelatin dan kolagen terhidrolisis banyak digunakan dalam pengeluaran pelbagai jenis produk makanan dan perubatan,” katanya.


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Ahad, Oktober 21, 2012

FST catat graduan teramai Konvokesyen 2012



BANGI, 20 Okt, 2012 – Fakulti Sains dan Teknologi (FST) mengeluarkan paling ramai graduan tahun ini berjumlah 1,493 orang yang menerima watikah mereka di Konvokesyen ke-40 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bermula semalam.

Kedua terbanyak ialah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dengan 1,021 orang graduan diikuti Pengajian Islam (FPI) dengan seramai 987 graduan.

Kesemuanya sejumlah 7,561 graduan akan menerima watikah mereka kali ini.

Isnin, Oktober 08, 2012

PENYEMAKAN DAN PENGHANTARAN DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN BAGI SESI 2012/2013




(KELOMPOK I)
Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan
PTPTN bagi Semester l Sesi 2012/2013 (Kelompok l) pelajar dikehendaki menghantar
Dokumen Perjanjian pada :

UKM KAMPUS BANGI
Tarikh : 12 , 13 dan 14 Oktober 2012 (Jumaat,Sabtu dan Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Auditorium Siswa, JPPel, Bangunan Pusanika, UKM Bangi


http://www.ukm.my/e-pelajar/pdf/102012/bul_08102012-14.pdf


                                    Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

Sabtu, Jun 02, 2012

Program Simulasi Perniagaan Untuk Siswa UKM Menggalakan


JUMAAT, 01 JUN 2012 16:56 SYAFAWATI
http://www.ukm.my/news/images/stories/Campus2012/karnival%20inovasi%201.jpg
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto oleh Izwan Azman

BANGI, 1 Jun 2012 – Program memberi peluang berniaga kepada pelajar tahun pertama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang tamat Rabu lalu amat menggalakkan, demikian menurut seorang pengajar dan usahawan dari Stevens Institute of Technology (SIT), Christos Christodoulatos.

SIT dari New Jersey Amerika Syarikat adalah rakan UKM dalam rancangan mengajar kursus perniagaan kepada pelajarnya.

Christodoulatos kagum dengan pelajar UKM itu yang dianggapnya sebagai setanding dengan siswa dari Amerika.

Provos Madya untuk Keusahawanan Akademik itu berharap pelajar-pelajar UKM itu akan terus menyusul pengajian itu hingga ke tahun kedua dan ketiga.

Beliau berpendapat 3,000 penuntut yang mengambil kursus keusahawanan itu lincah menangani pelbagai masalah dengan menggunakan alat canggih dalam kursus keusahawanan dan inovasi.

Kemuncak kursus itu ialah Karnival Keusahawanan dan Inovasi selama enam hari yang memberi peluang kepada mereka menjalankan simulasi memulakan perniagaan yang dilangsungkan di perkarangan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).

Isnin, Mei 21, 2012

Negara-negara Asia Perlu Kongsi Maklumat Perubahan Iklim


Negara-negara Asia Perlu Kongsi Maklumat Perubahan Iklim



Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Gambar oleh Shahiddan Saidi


BANGI, 14 Mei 2012 - Negara-negara Asia harus bekerjasama berkongsi maklumat bagi menangani masalah bencana alam yang berkaitan dengan perubahan iklim, kata seorang pakar iklim antarabangsa dari Universiti Cambridge.

Profesor Julian Hunt memberitahu suatu forum perubahan iklim dan malapetaka alam di sini hari ini bahawa tahap pembangunan negara-negara Asia jelas menunjukkan banyak pihak kurang mampu untuk menghadapi bencana alam secara bersendirian.

Prof Hunt, yang juga felo Pusat Kajian Komanwel Malaysia, berkata berkongsi maklumat mengenai cuaca dan arus samudera merupakan dua cara yang dapat membantu kebanyakan negara.

Bagaimanapun, kata beliau, usaha demikian tidak mencukupi sekarang sepertimana yang disaksikan ketika bencana Tsunami pada Disember 2004 yang telah mengakibatkan kematian sehingga 30,000 orang di kawasan Asia Tenggara dan India.

Beliau berkata sesuatu negara yang maju patut membantu jiran yang kurang mampu jika ribut taufan atau ombak besar dapat dikesan awal.

Prof Hunt telah memberi pandangannya dalam sebuah forum di UKM di sini yang dianjurkan Institut Kajian Bencana Alam UKM ( SEADPRI-UKM).

Rabu, Mei 09, 2012

Usaha UKM Membiak Kelip-Kelip

Oleh Norafandi Muhamad Zazli, Pelajar Latihan Industri UKM
Foto Abdul Razak Hussin


 





KUALA SELANGOR, 4 Mei 2012 – Berbagai aktiviti telah diusahakan UKM di sini untuk memulihara dan menentukan kelip-kelip yang berada di sini akan terus membiak.

Salah satu programnya adalah dengan syarikat Tenaga Nasional Berhad Research (TNBR) untuk membiakkan kelip-kelip itu melalui program menanam pokok berembang di sini.

Projek ‘Penanaman Berembang Untuk Konservasi Kelip-Kelip Bersama Komuniti’ telah dilancarkan di sini Ahad lepas oleh Prof Dr Mohamad Deraman dari Fakulti Sains dan Teknologi mewakili Naib Canselor UKM yang berharap penduduk kampung turut memainkan peranan menjaga kebersihan sungai agar ekosistem di situ tidak tercemar.

Beberapa aktiviti lain telah juga dijalankan di bawah projek itu termasuk mewujudkan Skuad Kelip-kelip untuk mengadakan dialog dengan penduduk kampung mengenai pemuliharaan kelip-kelip.

UKM : Program ASASIpintar UKM



Tarikh: 7 Mei 2012
UNTUK HEBAHAN SEGERA

STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN

KEMASUKAN KE PROGRAM ASASIpintar UKM

BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2012/2013

Selasa, Januari 17, 2012

NC dilantik anggotai Panel Mengkaji Sistem Pelajaran


BANGI, 15 Dis. 2011 – Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Shahabudin adalah diantara tujuh orang tokoh terkemuka negara dilantik kerajaan menganggotai sebuah panel mengkaji semula sistem pendidikan.

Anggota lain terdiri dari Presiden Universiti Antarabangsa Albukhary Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, yang dilantik sebagai Pengurusi, Pengurusi Kumpulan Sunway Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, pengarah urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar, Tokoh Guru tahun ini, Datuk Dr Abdul Rahim Selamat, Pengurusi Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Zarinah Anwar dan pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Rabu, November 02, 2011

NewsPortal : Kolej Rahim Kajai Juara SUKEM 2011

BANGI, 2 Nov 2011- Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) 2011 yang bermula 15 Oktober lalu berakhir dengan Kolej Rahim Kajai dinobatkan sebagai juara keseluruhan apabila berjaya meraih enam pingat emas, tujuh perak dan 10 gangsa hari ini. Ia menerima Piala Pusingan dan wang tunai RM1200.

Ia memenangi acara bola sepak, skuasy individu lelaki, bola tampar pantai lelaki, bola tampar pantai wanita, bola keranjang lelaki dan badminton campuran.


Naib johan disandang Kolej Aminuddin Baki yang mendapat enam pingat emas (catur campuran, sofbol lelaki, boling padang lelaki, boling padang wanita, woodball campuran dan golf wanita), lima pingat perak dan tiga gangsa dan menerima hadiah wang tunai RM700.

Tempat ketiga dimenangi Kolej Tun Syed Nasir, yang berjaya memungut lima pingat emas (bola baling wanita, hoki lelaki, bola keranjang wanita, olahraga dan taekwando), tiga pingat perak dan lapan gangsa dengan menerima hadiah wang tunai RM500.

Kolej Tun Syed Nasir juga diumumkan sebagai juara perbarisan SUKEM 2011 malam itu dengan bermottokan “KTSN Pasti Berjaya”. Kumpulan pelajar jurusan perubatan ini yang bermaskotkan helang telah memenangi Piala Pusingan dan wang tunai RM1000.

Naib johan perbarisan dimenangi Kolej Ibrahim Yaakob dengan motto “Profesionalisme Pemangkin Integriti” juga dengan mascot helang. Mereka menerima hadiah wang tunai RM600, manakala perbarisan kontigen Kolej Keris Mas yang bermaskotkan SiJingga yang melambangkan keberanian dan kekuatan dengan motto “Sukan Cemerlang Budaya Mahasiswa” di tempat ketiga menerima wang tunai RM400.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UKM, Prof Ir Dr Othman A Karim telah menyampaikan hadiah. Pengarah Pusat Sukan Dr Tajul Arifin, Ketua Pustakawan UKM, Muhamad Abu Bakar Maidin dan pengetua-pengetua kolej kediaman turut hadir.


Selasa, November 01, 2011

NewsPortal : Dr Nik Anuar Sempat Siapkan Buku Syarahan Perdana

BANGI, 1 Nov. 2011 – Ketika hayatnya tokoh sejarah Prof Emeritus Dr. Dato’ Nik Anuar bin Nik Mahmud memberi tumpuan kepada isu politik dan persempadanan serta pergolakan membabitkan negara-negara berjiran di Asia Tenggara.


Hampir semua isu dan permasalahan itu berjaya dibukukan oleh profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu lengkap dengan butir terperinci dan penyelidikan bukan sahaja di dalam negara malah hingga ke United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Antara bukunya yang menonjol adalah Konfrontasi Malaysia-Indonesia (2000); Sejarah Perjuangan Melayu Pattani (1999), Duri Dalam Daging: Singapura dalam Malaysia (2001) dan Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara (2001). Karya penyelidikan sejarawan Allahyarham Dr Nik Anuar mendapat sambutan dan telah diulang cetak dua kali.

Namun sebagai penyelidik gigih walaupun beliau tidak begitu sihat beberapa bulan sebelum pemergiannya, Dr Nik Anuar tetap terus menulis dan ini terserlah pada majlis Syarahan Kenangan Nik Anuar di sini, Jumaat lalu. Pada 28 Oktober lalu, genaplah setahun Dr Nik Anuar pulang ke Rahmatullah pada usia 61 tahun.


Pada syarahan bertajuk “Sejarawan Dalam Kenangan” disampaikan oleh Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali, dari Jabatan Sejarah Universiti Malaysia, kira-kira 150 hadirin mendengar nukilan daripada buku Syarahan Perdana yang sudah siap dan sepatutnya dibentangkan Dr Nik Anuar ketika hayatnya.

Bagaimanapun, beliau meninggal dunia sebelum Syarahan Perdana dengan tajuk”Mencari Perdamaian di Asia Tenggara – Merungkai Konflik di Selatan Thailand” dapat disampaikan.

Pada majlis anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM itu, Prof Ghazali menjelaskan selain buku, penulisan Dr Nik Anuar juga merangkumi kertas kerja, makalah, bab buku.

“Kesarjanaannya juga menyebabkan beliau seringkali dijemput dan diterima sebagai pembentang kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dalam pada itu beliau juga menjadi pakar rujuk institusi, seperti Muzium, Arkib Negara dan Kerajaan Malaysia.

“Sumbangan besar kepada Negara yang tidak ternilai harganya adalah penglibatannya dalam komiti penyelidikan Isu Tuntutan Bertindih, Pulau Ligitan dan Sipadan, dan juga Pulau Batu Putih.

“Beliau dengan gigih dan tekun melakukan penyelidikan, mengumpul bahan untuk mempertahan tuntutan negara, menjelajah ke merata tempat di dunia, yang dirujuk sebagai tempat menyimpan dokumen yang berkaitan. Malah beliau sendiri hadir di Mahkamah Antarabangsa di The Hague, membantu Kerajaan Malaysia,” kata Dr Ghazali.

Khusus mengenai masalah di Patani, menurut cebisan daripada buku Syarahan Perdana dibacakan oleh Dr Ghazali, Dr Nik Anuar berpendapat ibu segala masalah di wilayah Selatan Thailand itu adalah apabila ia dikecualikan daripada Perjanjian Bangkok 1909.

Di bawah perjanjian itu, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan kepada Britain, manakala Patani kekal sebagai jajahan Siam walaupun ia adalah negeri Melayu-Islam.

Keadaan bertambah buruk apabila Kerajaan Thai berusaha untuk mengasimilasikan penduduk Melayu melalui dasar kebudayaan Paksaan atau Thai Rathaniyom.

Penduduk ditindas itu berpaling kepada perjuangan bersenjata setelah gagal mencari huraian melalui perlembagaan. Cara untuk menyelesaikan ketegangan di Patani hanyalah dengan memberikan wilayah itu autonomi atau merdeka penuh, kata Dr Nik Anuar

Khamis, Ogos 25, 2011

NewsPortal : Mahasiswa Digesa Jadikan UKM “Universiti Kebanggaan Malaysia”

Foto oleh Abd Raai Osman

BANGI, 21 Ogos 2011 – Setelah mencecah usia 40 tahun, UKM yang ditubuhkan untuk mendukung agenda kebangsaan, kini harus diangkat kedudukannya menjadi “Universiti Kebanggaan Malaysia”.

Ini bererti, usaha yang berlipat ganda harus dilakukan dengan menggunakan pendekatan Strategies, Energize dan Synergise (SES) iaitu strategi yang tepat, mengupaya semua sumber untuk bergerak dengan lebih pantas dan mensinergi segala kekuatan yang dipunyai bagi melonjakkan UKM kepada kedudukan yang jauh lebih baik berbanding sekarang.

Demikian gesaan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Ab Rahim Md. Noor yang juga ahli Lembaga Pengarah UKM kepada pemimpin pelajar dalam Majlis Iftar KSU KPT bersama Majlis Perwakilan Pelajar UKM di Kampus Bangi kelmarin.

Pendekatan SES perlu dilaksanakan oleh semua peringkat termasuk pelajar yang perlu diterajui para pemimpinnya.

Selaras dengan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara, beliau menyeru pemimpin pelajar mendukung cita-cita menjadikan semua universiti di negara ini termasuk UKM sebagai universiti ternama serta menjadi rujukan dunia.

Kementerian Pengajian Tinggi, katanya, beriltizam untuk meningkatkan keupayaan pelajar sehingga dihormati di peringkat antarabangsa dan menjadi ikon kejayaan Malaysia. Pembudayaan penyelidikan, pembangunan dan inovasi turut menjadi tujahan utama kementerian yang perlu disuburkan bagi menonjolkan kehebatan universiti khususnya universiti awam di negara ini.
Sekiranya perkara-perkara ini berjaya disemai, disubur dan dibudayakan di UKM pastinya UKM akan menjadi sebuah universiti yang terus dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Dato’ Ab Rahim turut menggesa semua pelajar berusaha mengukuhkan perpaduan antara mereka selain mempunyai fikiran terbuka, tidak taksub dan mudah terpengaruh kepada sesuatu aliran pemikiran tanpa berfikir secara objektif dan adil.

Generasi muda hari ini harus bersyukur dengan pencapaian negara hasil sumbangan generasi terdahulu, namun perlu terus bersama membangunkan negara dengan meningkatkan pencapaian sedia ada serta memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan yang wujud.

Beliau mengajak pimpinan pelajar menjadi pemimpin membawa perubahan dikalangan pelajar untuk mendokong usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020 nanti.
Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Ir Dr Othman Abdul Karim, Presiden PMUKM, Ahmad

Pameran Kemerdekaan Sedang Berlangsung di UKM


Oleh Mohd Yazid bin Mohd Abzal, Kurator Muzium UKM
Foto oleh Mohd Noor

BANGI, 23 Ogos 2011 - Muzium Warisan Akademik, Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Penerbit UKM dengan kerjasama Muzium Tentera Darat, Port Dickson dan Arkib Negara Malaysia sedang mengadakan pameran sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-54 dan Hari Malaysia peringkat UKM.
Pameran  selama sebulan itu sehingga 16 Sep nanti berlangsung di Foyer Canselori, Bangunan Canselori dan di Perpustakaan Tun Sri Lanang di UKM di sini dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Pameran itu memaparkan secara umum perjalanan sejarah negara hingga ke era kemerdekaan, kepimpinan Perdana Menteri dari awal negara merdeka hingga kini dan pengorbanan wira-wira negara seperti anggota keselamatan dalam perjuangan menuju ke arah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia tahun1963.
Tokoh-tokoh yang di ketengahkan adalah mereka yang telah mengorbankan jiwa serta raga bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara ini sebelum dan selepas kemerdekaan sama ada dalam bentuk keselamatan negara ataupun perjuangan politik dan sosial.  
Jasa dan bakti mereka sebagai wira di belakang tabir kemerdekaan ini akan menjadi pedoman dalam menanamkan semangat cintakan pertiwi serta perlu diteladani lebih-lebih lagi oleh generasi muda kini dan akan datang adalah merupakan antara objektif pameran ini. Disamping itu ia juga bertujuan menyebarkan maklumat dan sejarah negara melalui pendekatan pameran. 
Koleksi senjata yang pernah digunakan semasa era Perang Dunia Ke Dua dan era Darurat dipamerkan termasuk Meriam Tentera Jepun dan Tentera British yang pernah digunakan waktu itu.
Turut dipamerkan koleksi penerbitan khas ulang tahun kemerdekaan negara (himpunan koleksi Harun Aminurrashid yang dipinjam dari Koleksi Arkib dan Khas PTSL).

Pihak penganjur juga telah menyediakan sudut bacaan dan tayang yang berkaitan dengan kepimpinan dan sejarah negara ini untuk memberikan maklumat yang lebih bermakna.  Semua warga UKM dan masyarakat sekitar dijemput berkunjung dan menyaksikan pameran itu.

  

Selasa, Ogos 09, 2011

NewsPortal : UKM Lancar Bulan Sambut Kemerdekaan 2011



Foto: Hairul Azmi Jahid

BANGI,  8 Ogos 2011 -- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memulakan pelancaran sambutan bulan kemerdekaan 2011 peringkat universiti dengan mengedarkan bendera sempena Penyerahan Jalur Gemilang hari ini di Foyer Bangunan Canselori.

Tujuh wakil mewakili fakulti, institut, perkhidmatan, pelajar, pasukan latihan pegawai simpanan (PALAPES), sukarelawan polis (SUKSIS) dan kolej menerima bendera masing-masing daripada Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato' Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan, Prof Ir Dr Othman A. Karim, tiga timbalan naib canselor, Dekan-dekan fakulti dan para pegawai kanan Universiti.

Majlis berkenaan turut menyaksikan acara simbolik mengimbarkan bendera Malaysia yang dilakukan oleh Prof Dr Othman Karim. Prof Tan Sri Sharifah sebagai Kolonel Kehormat, Pelapes UKM memberi tabik hormat dengan iringan musik dan nyanyian lagu-lagu Jalur Gemilang dan Satu Malaysia dari Kumpulan Koir Perpustakaan Tun Sri Lanang.

Sempena sambutan peringkat kemerdekaan ini juga diadakan pertandingan menghias bangunan peringkat Pusat Tanggungjawab dan kolej serta kempen mengibar bendera jalur gemilang dan beberapa aktiviti lain di kampus. 



    

Rabu, Jun 08, 2011

NewsPortal : UKM menjalankan persediaan asas untuk saintis nuklear tempatan

Foto oleh Kamarul, FST, UKM

BANGI, 8 Jun, 2011 - UKM hari ini menandatangani surat minat yang membolehkan penempatan staf akademik serta mahasiswanya ke Universite Bordeaux, sebuah universiti di Perancis.

Usaha itu adalah selaras dengan usaha UKM membantu Malaysia membina keupayaan tenaga manusia berpengetahuan dalam penggunaan kuasa nuklear untuk menjana tenaga.

“UKM ingin bekerjasama dengan Universiti Bordeaux secara jangka panjang kerana kepakaran Perancis dalam pembangunan kuasa nuklear hingga berjaya memenuhi sehingga 75 peratus daripada keseluruhan permintaan tenaga negara itu,” kata Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Prof Dr Shahidan Radiman.

Beliau telah merasmikan kursus “summer school” UKM-Universite Bordeaux selama tiga hari di sini hari ini mengenai asas tenaga nuklear.

Prof Shahidan menyebut bagaimana Perancis membangunkan kebolehan untuk menjadikan tenaga nuklear selamat dan berfaedah. Selaras dengan fokus UKM membangunkan tenaga manusia berkaitan pengetahuan asas dan gunaan fizik nuklear, serta pembangunan terkini dalam bidang itu termasuk aplikasi laser.

Beliau menyebut kerjasama Perancis dengan negara-negara di Asia Tenggara untuk membangunkan tenaga nuklear. Stesen menjana tenaga nuklear yang pertama di Vietnam akan beroperasi pada tahun 2020, manakala Indonesia juga menunjukkan minat mengadakan tenaga nuklear.

Prof. Shahidan dan Prof. Dr. Philippe Quentin, Professor Emeritus bagi Fizik di Universite Bordeaux telah menandatangani surat minat tersebut untuk bekerjasama mengenai sains dan teknologi nuklear dan asas tenaga nuklear.

Selain dari menghantar staf dan mahasiswa UKM dari Pusat Pengajian Fizik Gunaan di Fakulti Sains dan Teknologi ke Perancis, perjanjian itu membolehkan penghantaran pakar-pakar dari Pusat Pengajian Nuklear Bordeaux-Gradignan di universiti Perancis itu ke UKM.

“Summer school” yang sedang berlangsung di sini adalah yang kedua di adakan selepas yang pertamanya pada 2009 mengenai asas pelbagai guna tenaga nuklear.

Perjumpaan ‘summer school’ itu yang dianjurkan Pusat Pengajian Fizik Gunaan, UKM bertujuan menyebarkan pengetahuan dan menyediakan kelompok kritikal para penyelidik dan saintis dalam teknologi nuklear sebagai persediaan untuk stesen janakuasa nuklear yang pertama di Malaysia yang dijangka beroperasi pada tahun 2021.

Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Prof Dr Sahrim Ahmad berkata sains dan teknologi nuklear sudah menjadi komponen penting dalam ekonomi Malaysia terutama dengan penggunaan yang bertambah dan meluas teknologi penyinaran dalam sektor perubatan, industri dan minyak dan gas.

UKM akan menggalakkan para saintis mudanya yang menyertai program sarjana dan PhD di UKM, mengadakan penyelidikan bersama UKM-Bordeaux dalam masa terdekat.

Pengerusi Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Prof Madya Dr Muhamad Samudi Yasir berkata UKM adalah universiti tempatan yang tunggal mengadakan program sarjana muda untuk sains nuklear.

“Kami sedang mengkaji memanjangkan program sarjana muda dari tiga tahun kepada empat, dan juga mengadakan pengajian paska siswazah untuk menggalakkan kurikulum kejuruteraan dan penyelidikan nuklear.”

Selain dari staf dan mahasiswa Pusat Pengajian Fizik Gunaan, peserta-peserta lain di “summer school” tersebut adalah daripada Tenaga Nasional, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom, Agensi Nuklear Malaysia, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Teknologi Malaysia.

Sebanyak 440 stesen jana kuasa nuklear sedang beroperasi di dunia, dan Asia dipandang sebagai arena utama untuk pengembangan tenaga nuklear, dengan tidak kurang daripada 40 projek dalam perancangan dan pelaksanaan – 24 di China, enam di Korea Selatan, empat di India, dua di Taiwan dan masing-masing satu di Pakistan, Jepun, Iran dan Vietnam.

220 pelajar UKM ambil bahagian Program Pembangunan Sahsiah Pelajar


Cetak PDF
Oleh Abdul Razak Hussin

PEKAN, PAHANG, 7 Jun, 2011 – Seramai 220 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengambil bahagian dalam suatu Program Pembangunan Sahsiah Pelajar selama lima hari di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis, Pekan Pahang minggu lalu.

Program itu bermula pada 1 Jun bertujuan menyemai kesedaran pelajar terhadap tanggungjawab membangunkan masyarakat khususnya dalam membentuk sikap positif terhadap pendidikan tinggi.

Ia juga memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar mengenai realiti kehidupan di luar bandar dan membolehkan mereka mempraktikkan pengajian di universiti dengan melakukan penyesuaian berasaskan keadaan sebenar masyarakat yang dikunjungi.

Pelbagai aktiviti diadakan dalam program itu seperti pemeriksaan kesihatan dari rumah ke rumah, program motivasi untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, kuliah agama, sukaneka, bimbingan belia, persembahan kesenian dan lawatan ke tempat pelancongan di Pekan.  

Ia dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi, UKM dan DUN Pulau Manis melibatkan Kampung Pulau Manis, Tanjung Pulai, Bukit Kenau, Ganchong Hulu, Ganchong Tengah, Kiambang dan Tanjung Batu.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang Dato’ Sri Haji Wan Mohamad Razali Haji Mahussin yang menutup program itu di Sekolah Kebangsaan Pulau Manis Ahad lalu menganggapnya sebagai pemangkin kepada pembangunan dan kemajuan luar bandar di kawasan itu.

Beliau percaya, kehadiran pelajar dari pelbagai latar belakang pengajian, kaum dan budaya dengan keluarga angkat masing-masing telah membuka pemikiran penduduk kampung tentang kepentingan melanjutkan pengajian di peringkat universiti.

Dengan pemikiran baru yang tersemai, menandakan bahawa langkah untuk membangunkan masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan akan lebih mudah diterima dengan sikap yang terbuka. Beliau berharap, UKM akan mengadakan program yang sama pada masa akan datang supaya bimbingan berterusan dapat diberikan khususnya kepada generasi muda di Pulau Manis.   
 
ADUN Pulau Manis Encik Khairuddin Mahmud ketika meramikan program itu Rabu lalu berharap masyarakat kampung memperoleh inspirasi untuk mendorong anak-anak terus berjaya dalam pelajaran untuk menjadi rakyat yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Ir Dr Othman A Karim, dan Pegawai Daerah Pekan, Dato’ Mohd. Fadly Mohd Kenali turut hadir dalam program berkenaan.  

Ahad, Jun 05, 2011

The Star Online : Malaysia Star Honorary doctorate for UKM vice-chancellor

The Star Online

UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) vice-chancellor Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin was awarded with an honorary doctorate of engineering from Stevens Institute of Technology (SIT), New Jersey in the United States.

The doctorate was presented by SIT board of trustees joint chairman Dr Steven Shulman, in a ceremony in conjunction with its students’ graduation recently.

SIT interim president Prof Dr George P Korfiatis read the citation highlighting Prof Sharifah Hapsah’s contributions to research, the academia as well as her service to Malaysia and the global community.

During her address at the ceremony, Prof Sharifah Hapsah described SIT as a distinguished institution, adding that its technogenesis model and internships provided an experiential and hands-on approach for application of theory, nurturing creativity and entrepreneurship.

She also spoke of the career fair at SIT that allowed students to demonstrate their projects and the opportunity to be interviewed by major companies.

At UKM, she added, SIT’s technogenesis model was beginning to take root, developing the culture of integrating education with research technology and business so that its graduates and faculty will have the skills to conceive, lead and manage commercially viable technological projects.
She said UKM students and graduates were also encouraged to develop university innovations not only for economic gains but also to contribute to social development and environmental sustainability.

Prof Sharifah Hapsah said she was accepting the honorary doctorate on behalf of “my colleagues at UKM who are the ones who truly deserve this singular honour.” — UKM News Portal

Sabtu, Mei 28, 2011

UKM NewsPortal : Malaysia Baiki Kedudukan Di Indeks Keamanan Dunia

Oleh Anis Yusal YusoffFelo Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), UKM

New York, 28 Mei, 2011- Kedudukan Malaysia dalam senarai indeks keamanan global (Global Peace Index-GPI) telah meningkat kepada tempat ke19 tahun ini daripada nombor 22, tahun lalu.


Ini adalah peningkatan kedudukannya yang kelima berturut-turut sejak tahun 2007.

Suatu laporan Institute for Economics and Peace (IEP) yang menghasilkan GPI, menyebut Malaysia sebagai sebuah negara yang telah berjaya menguruskan keamanan dengan baik, mendahului Singapura sejak tahun 2010. Singapura berada di kedudukan 24 tahun ini, 5 tangga di bawah Malaysia.

Daripada segi skor, Malaysia berjaya mendapat 1.467 angka (mengikut skala 1 terbaik dan 5 terburuk)) manakala Singapura diberi angka 1.585. Negara tercorot di dunia yang dikaji adalah Somalia di kedudukan 153 dengan skor 3.379.

Laporan itu memuji Malaysia kerana daripada majoriti negara dunia yang semakin menurun dilihat dari segi keamanannya, Malaysia berjaya memperbaiki hubungannya dengan jiran serta menjaga kestabilan politik negara dengan lebih baik.

Senarai itu juga meletakkan Malaysia di tempat tertinggi dalam GPI, dikalangan negara-negara Asia Tenggara dan kedua tertinggi di Asia, di belakang Jepun.

Malaysia juga berada hanya satu anak tangga di bawah Australia yang menduduki tempat ke 18.

Laporan itu telah dibincangkan dalam satu panel diskusi mengenai Keamanan Dunia yang diadakan di Sekretariat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York Rabu kelmarin.

Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA), UKM dan Anis Yusal Yusoff, Felo Utama, KITA hadir dalam perbincangan itu sebagai tetamu IEP.

Mereka juga telah berkongsi pengalaman Malaysia dalam menguruskan keamanan serta bagaimana projek KITA MESRA, suatu sistem amaran awal yang telah dibina di KITA dapat membantu memantau dan menjaga kesepaduan di kalangan rakyat Malaysia berdasarkan kertas kajian yang mereka tulis bersama dengan tajuk: "Managing Peace in Malaysia: a case study".

Kertas kajian kes itu akan diterbitkan oleh IEP sebagai bacaan tambahan kepada laporan GPI.