Ahad, Oktober 21, 2012

FST catat graduan teramai Konvokesyen 2012



BANGI, 20 Okt, 2012 – Fakulti Sains dan Teknologi (FST) mengeluarkan paling ramai graduan tahun ini berjumlah 1,493 orang yang menerima watikah mereka di Konvokesyen ke-40 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bermula semalam.

Kedua terbanyak ialah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dengan 1,021 orang graduan diikuti Pengajian Islam (FPI) dengan seramai 987 graduan.

Kesemuanya sejumlah 7,561 graduan akan menerima watikah mereka kali ini.
Jumlah graduan cemerlang meningkat
Fakulti Sains dan Teknologi juga mencatat 56 orang graduan cemerlang berbanding 45 orang tahun lepas diikuti Fakulti Pengajian Islam seramai 42 orang berbanding 40 tahun lalu. Fakulti Ekonomi dan Pengajian pula mencatat 32 graduan cemerlang ; seorang lebih dari tahun lalu.

Seperti kebiasaan, graduan wanita memperoleh tahap cemerlang (PNGK > 3.67) melebihi graduan lelaki dengan peratusan 71.73%.

Senarai penuh jumlah graduan pada Majlis Konvokesyen Ke-40 UKM.


Sumber : Berita Portal UKM

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI