Jumaat, Oktober 05, 2012

ZIARAH SISWI FEP : MASNI



4 Oktober 2012 - Ahli PMUKM terus kehadapan meninjau isu kebajikan mahasiswa. Delegasi yang terdiri dari ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa iaitu Mohamad Arief Othman, Mohd Khamis Mohamad Sani dan Nor Izati Othman diketuai oleh Yang di-Pertua Persatuan Fakulti Pengajian Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP),Mohd Syafiq Isa juga ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa serta wakil telah mengunjungi seorang mahasiswi Fakulti Ekonomi yang cedera akibat kemalangan motosikal pada 21 september yang lepas.

                Masni ,FEP/3 mengalami kemalangan dan telah mengakibatkan retak di buku lali kanan, kecederaan teruk di bahagian kepala sehingga mengalami sedikit masalah saraf yang mengakibatkan dia kehilangan sebahagian  ingatan. "Semasa di hospital, Doktor beritahu keadaan dia (Masni) begitu kritikal, kesan daripada pendarahan yang teruk di bahagian kepala. Alhamdulillah Allah kuatkan semangat dia, selepas pembedahan, dia memberi respon yang baik dan sekarang sudah mampu untuk mengingat perlahan-lahan". Kata kakak Masni yang menjaganya. Sekarang Masni masih lagi di rumah dan masih mendapatkan rawatan susulan di hospital.

                Pihak Perwakilan telah berbincang dan sedia membantu pihak keluarga Masni untuk memastikan urusan kesihatan dan pemakluman terus ke pihak kedekanan fakuti. Ini bagi memastikan kebajikan Masni dalam pegajiannya akan terjaga dan Masni boleh menghabiskan pengajiannya di fakulti. Pihak keluarga Masni mengucapkan penghargaan kepada delegasi yang hadir menziarahi anaknya.

                Ketua delegasi memberi jaminan mengenai isu kebajikan Masni, "InsyaAllah kita akan menghubungi pihak hospital sentiasa berurusan terus dengan pihak fakulti untuk memberi maklumat kesihatan Masni dan kita akan usahakan agar teman-teman seperjuangan Masni sentiasa memberi sokongan kepada beliau dan sedikit sebanyak dapat membantu ingatannya kembali normal"-Syafiq Isa.

Mohd Syafiq selaku YDP Persatuan Mahasiswa Fakulti bersama wakil PMFEP telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada keluarga Masni.

                                               Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti