Isnin, Oktober 08, 2012

PMUKM TUBUH JAWATANKUASA ISU BAS



Sejak bermula semester baru tahun ini, isu peralihan perkhidmatan bas daripada Kiffah kepada Transrengit sering menjadi bahan rungutan mahasiswa dan mahasiswi yang menggunakan perkhidmatan bas. Sehingga hari ini, pelbagai aduan yang diterima oleh pihak PMUKM. Terdahulu, MPP Mohamad Arief Othman telah bertemu dengan bahagian Penolong Pendaftar Unit Kenderaan, Encik Othman Abdullah (klik di sini) sebagai langkah awal untuk mencari titik persefahaman antara badan perwakilan tertinggi mahasiswa, (PMUKM) bersama pihak bahagian pengangkutan UKM.
             
            Melihatkan isu ini menjadi semakin hangat dalam kalangan mahasiswa serta kebajikan mahasiswa yang perlu diambil cakna, PMUKM mengambil inisiatif menubuhkan 2 jawatankuasa khas berhubung isu ini, iaitu Jawatankuasa Aduan yang diketuai oleh saudara Mohamad Arief Othman dan Jawatankuasa Pemantau yang diketuai oleh saudari Nor Izati Othman dan Nur Afifah Abdul Rahim. PMUKM juga mengambil inisiatif mewujudkan borang aduan online berhubung isu ini klik di sini

Sebarang maklumbalas berkenaan penggunaan perkhidmatan bas ini bolehlah menghubungi mereka di talian:
 MPP Arief Othman= 013-2969689
 MPP Izati Othman=014-8172604

                                             Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti