Kajang, 24 Mei - 61 kes direkodkan sepanjang bulan
Januari sehingga 21 Mei 2012. Pelbagai kes yang dilaporkan berdaftar di wisma
aman antaranya kecurian, pergaduhan, kemalangan dan sebagainya.
Dalam pada itu, Wisma Aman UKM turut
menganggarkan bahawa tenaga kerja seorang pengawal atau pegawai keselamatan di
UKM sebenarnya menyamai hampir 250 mahasiswa di UKM. Selain itu, perjumpaan ini bertujuan menuntut
persefahaman serta kerjasama antara PMUKM dengan pihak keselamatan.
Pihak keselamatan telah berusaha
serta meningkatkan tahap keselamatan di setiap pintu masuk UKM. Susulan
daripada itu, pihak keselamatan telah meningkatkan tahap pemantauan serta
kekerapan yang tinggi dalam memastikan tahap keselamatan terus terjaga.
Saudara Ezuan Saad mewakili PMUKM
bertemu dengan wakil wisma aman dalam melahirkan kerjasama yang berterusan.
Malah, kerjasama ini tidak terhad hanya kepada kes-kes keselamatan ini.
Sehubungan itu, pihak Wisma Aman UKM
menyuarakan harapan agar usaha ini dilakukan secara bersama. Setiap individu
bertanggungjawab menjaga keselamatan diri, harta peribadi yang berharga dan
sebagainya. Tidak wajar sekiranya usaha menjaga keselamatan ini diberikan
tanggungjawab sepenuhnya di atas bahu wisma aman sahaja.
Pertemuan yang kedua diwakili
oleh Presiden PMUKM, Saudara Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi bersama wakil
Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang (IPD Kajang), ASP Merbin, ASP Zamrus, ASP Jamal.
Perbincangan dimulakan dengan pembentangan statistik soal selidik yang
dicetuskan oleh PMUKM kepada mahasiswa UKM umumnya.
Hasil soal selidik menunjukkan
bahawa majoriti mahasiswa tidak berpuas hati dengan tahap keselamatan di UKM. Perkara
ini sangat mendukacitakan, memandangkan keadaan sekarang yang semakin
menghampiri bulan peperiksaan.
Selain itu, pihak polis turut
melaporkan statistik serta simpanan data laporan kes jenayah yang diperolehi daripada
UKM, Bangi. Statistik tersebut menggambarkan kes yang dilaporkan semakin
meningkat serta membimbangkan. Salinan statistik tersebut turut diperolehi Presiden
PMUKM sebagai bukti penerangan.
Walaubagaimanapun, pihak polis
berpandangan bahawa kes keselamatan ini perlu diserahkan dahulu kepada pihak
Wisma Aman UKM. Malah, mereka turut mempertikai kebersediaan serta kebolehan
Wisma Aman UKM dalam menangani isu keselamatan.
Pihak IPD turut mencadangkan
agar Wisma Aman UKM menambah baik sistem yang sedia ada. Cadangan meningkatkan
mutu keselamatan antaranya penyediaan lampu yang baik, penyediaan palang
berkunci yang efisien dan penyediaan sistem CCTV yang berkualiti.
Akhir kata daripada pihak IPD Kajang,
tetap sentiasa bersedia untuk membantu pihak UKM khususnya dalam menangani isu
keselamatan di UKM.
Sekiranya, rakan-rakan mahasiswa
mempunyai cadangan yang difikirkan perlu perhatian lanjut, PMUKM serta pihak
pentadbiran sangat mengalu-alukan. Sebarang makluman boleh disalurkan melalui pmukm1011@gmail.com
(PMUKM), serta kepada JAKSA Kolej yang berdekatan dengan anda.
Bersama
Mahasiswa Merealisasi Varsiti