Bangi, 21 Mei – Semalam satu
pertemuan bersama wakil persatuan serta badan kebajikan pelajar di kolej
diadakan bagi membincangkan isu keselamatan di UKM. Pertemuan ini di
pengerusikan oleh Setiausaha agong PMUKM, saudara ezuan saad. Beberapa keluhan
serta penyampaian maklumat mengenai yang terperinci telah disampaikan oleh
beberapa wakil, terutama daripada wakil Kolej Antarabangsa Ibu Zain, saudari
Nor Izati Fadzil.
Dalam pada itu, pertemuan ini
diadakan bertujuan mendapatkan respon serta cadangan ke arah mengatasi masalah
keselamatan di UKM. Kaedah perbincangan serta lontaran pandangan daripada
wakil-wakil pelajar ini sangat bernas serta menepati ciri-ciri kepimpinan yang
ada dalam diri mereka.
PMUKM berusaha untuk mendapatkan
cadangan ini agar solusi yang ingin dibawa ini adalah solusi bersama. Matlamat
bersama untuk memastikan segala isu yang berlaku dapat diselesaikan segera.
Sehubungan itu, beberapa Resolusi
telah pun disepakati bersama agar keharmonian kampus terus terpelihara. Resolusi
pertama mengharapkan tindakan yang lebih efektif daripada pihak Wisma Aman
dalam rondaan serta kawalan pintu masuk UKM.
Kebarangkalian, berlaku kes
kecurian ini melibatkan orang luar dan bukannya warga UKM. Perkara ini sangat
membimbangkan kerana PMUKM khuatir kemungkinan sesuatu yang lebih buruk akan
berlaku.
Resolusi kedua adalah harapan
terhadap Jabatan Pembangunan dan penyelenggaraan UKM (JPP UKM) dalam
meningkatkan pemantauan secara berkala serta lebih efektif. Beberapa tinjauan
mendapati, keadaan jalan raya sebagai contoh, sudah mula menunjukkan
tanda-tanda untuk berlubang kembali. Semoga dengan pemantauan yang lebih
daripada pihak JPP UKM, keadaan persekitaran UKM terus terjaga.
Resolusi ketiga menuntut kerahan
tenaga daripada semua peringkat pimpinan mahasiswa UKM. Kempen kesedaran perlu
digerakkan di merata tempat agar maklumat yang ingin diberikan sampai kepada
warga UKM. Penerangan mengenai kesedaran menjaga keselamatan ini boleh dikira
pada tahap wajib disahut oleh semua peringkat persatuan-persatuan mahasiswa,
JAKSA, mahupun kelab-kelab yang wujud di Universiti.
Justeru itu, PMUKM tetap nekad
untuk meneruskan kempen kesedaran yang bermula dengan pelancaran ops kunci.
PMUKM turut menyeru agar semua pimpinan di semua peringkat mahasiswa untuk
bersama, berpadu tenaga membanteras kes keselamatan yang kian memuncak. Ayuh bersama
menyatakan sokongan demi kesejahteraan sejagat.
Sekiranya, rakan-rakan mahasiswa
mempunyai cadangan yang difikirkan perlu perhatian lanjut, PMUKM serta pihak
pentadbiran sangat mengalu-alukan. Sebarang makluman boleh disalurkan melalui pmukm1011@gmail.com
(PMUKM), serta kepada JAKSA Kolej yang berdekatan dengan anda.
Sumber :
Bersama
Mahasiswa Merealisasi Varsiti