Rabu, Mei 16, 2012

PMUKM : Gempar Isu Keselamatan UKM



Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi kini digemparkan dengan berita kehilangan beberapa buah komputer riba mahasiswa UKM di Kolej Kediaman, Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH). Isu ini kian meruncing setelah beberapa siri aduan yang dikemukakan mahasiswa UKM kepada pihak Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM).

PMUKM telah membawa isu keselamatan ini kepada peringkat atasan malah mereka turut maklum akan hal ini. Makluman awal yang diterima daripada peringkat pentadbiran adalah dengan memperketatkan kawalan di pintu keluar masuk UKM. 

Sebagai langkah berjaga-jaga, PMUKM mencadangkan agar mahasiswa UKM prihatin terhadap isu ini. Isu keselamatan ini memerlukan perhatian setiap mahasiswa. Kemungkinan besar perkara ini tidak terjadi pada sebilangan orang, namun dengan perhatian yang diberikan mampu menyalurkan maklumat yang sangat berharga. 

PMUKM turut berharap agar mahasiswa UKM memastikan keselamatan bilik terjaga dengan mengunci bilik dengan rapi. Meskipun hanya keluar menuju ke bilik air yang jarak hanya selang beberapa bilik. Kedua, sila laporkan kepada felo kolej kediaman serta kepada Jawatankuasa Kebajikan Siswa/I  (JAKSA) kolej kediaman, sekiranya melihat sebarang tindak tanduk individu yang mencurigakan.

Makluman terkini yang dilaporkan oleh Setiausaha Agong PMUKM, saudara Mohamad Ezuan Mohd Saad, pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan UKM (JPP UKM) akan mula menambah second bolt lock di setiap pintu bilik IZISH.

Sehubungan itu, pihak keselamatan UKM turut membuat pantauan serta meningkatkan operasi keselamatan di pintu utama UKM bermula petang tadi. PMUKM turut mendapat makluman bahawa ada segelintir mahasiswa yang mencemuh serta memarahi pihak keselamatan berikutan sekatan kawalan tersebut. PMUKM turut kesal diatas perkara yang berlaku.

PMUKM optimis terhadap respon yang diberikan oleh mahasiswa UKM terhadap isu keselamatan ini. PMUKM turut melahirkan rasa simpati terhadap musibah yang menimpa mahasiswa UKM. Perkara yang berlaku ini tidak dapat dijangka malah tindakan susulan daripada kejadian yang sebelum ini sudah dilakukan. Isu ini masih didalam pantauan serta tindakan oleh pihak keselamatan UKM.

Malam ini akan diadakan mesyuarat yang melibatkan pengetua kolej kediaman, JAKSA, serta bahagian keselamatan UKM. PMUKM turut yakin beberapa solusi serta tindakan susulan akan dilakukan selepas ini. PMUKM berharap mahasiswa UKM mampu bersabar serta menjaga tingkah laku selaku mahasiswa yang mempunyai moral dan sahsiah yang baik.

Beberapa saranan dikemukakan di peringkat pentadbiran UKM :

  1. Pemakaian kad matrik perlu diperketatkan.
  2. Pihak kolej kediaman perlu menyediakan peti besi di pejabat agar memberi kemudahan kepada pelajar untuk meninggalkan komputer riba buat jangka masa yang tertentu. Kemungkinan melibatkan mahasiswa untuk menyertai program yang tidak memerlukan penggunaan komputer riba.
  3. Rondaan bahagian keselamatan UKM perlu ditingkatkan terutama pada waktu siang. Pos kawalan keselamatan UKM di Dewan Gemilang perlu dipindahkan segera ke IZISH.
  4.   Papan tanda “Ini kawasan Community Watch” perlu dinaikkan agar memberi peringatan kepada masyarakat kampus.
  5. Meningkatkan keselamatan maklumat penting di dalam komputer riba dengan melakukan gandaan simpanan data. Perhatian yang lebih kepada mahasiswa tahun akhir yang sedang menyiapkan thesis, projek tahun akhir.

Sekiranya, rakan-rakan mahasiswa mempunyai cadangan yang difikirkan perlu perhatian lanjut, PMUKM serta pihak pentadbiran sangat mengalu-alukan. Sebarang makluman boleh disalurkan melalui pmukm1011@gmail.com (PMUKM), serta e-fact (Pentadbiran UKM)

Sumber : 

  1. ·         http://www.ukm.my/monline/ops-kunci.html
  2. ·         http://pm-ukm.blogspot.com/2012/04/pmukm-lancar-ops-kunci.html
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti