Khamis, Oktober 18, 2012

NC UKM SOKONG TEMA PMUKM SESI 12-13

Ahmad Shukran Shaharudin, Presiden PMUKM 12/13
membentangkan ucapan dasar
"AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI" sebagai tema pembawakan sesi kepimpinan PMUKM kali ini disambut baik oleh Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM kerana beliau bersependapat dengan paksi PMUKM.

Beliau bersetuju dengan pembawakan konsep keintelektualan yang menggalakkan kebebasan akademik di dalam kampus. Konsep keintelektualan yang dimaksudkan turut menampilkan hasil kajian yang jelas dan kukuh berdasarkan kajian yang telah dilakukan serta bebas tanpa campur tangan daripada anasir luar.
           
4 Paksi PMUKM yang bakal dibawakan oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Mahasiswa UKM pada penggal ini adalah :
  1. Mendasari kebajikan ke arah kepimpinan sejahtera.
  2. Pembudayaan suasana keilmuan dan pemerkasaan intelektualisme.
  3. Perpaduan kaum dan integrasi nasional.
  4. Dasar pengantarabangsaan ke arah kesatuan global.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI