Rabu, September 01, 2010

MPP Khairul Anuar : Jaga Keselamatan Di Musim Perayaan

Bangi, 1 Sept - Baru-baru ini, wartawan PMUKM sempat menemubual MPP Fakulti Pendidikan 3/4 UKM, saudara Khairul Anuar bin Mat Lazim walaupun dalam kesibukan beliau menjalankan tugas sebagai MPP sambil menjalani ibadah puasa yang kini sudah hampir ke penghujungnya.

Ketika ditemui, beliau memaklumkan terdapat beberapa program di bawah kendalian beliau yang masin menunggu kelulusan daripada pihak pentadbiran. Justeru, beliau tidak dapat mengumumkan secara rasmi berkenaan program berkenaan, cuma meminta teman-teman mahasiswa terus memberikan sokongan dan dokongan kepada barisan MPP Mahasiswa yang bertungkus-lumus memastikan kebajikan dan keperluan mahasiswa dipenuhi semampu mungkin.

Dalam pada itu, beliau yang merancang untuk pulang pada 8 September nanti berharap rakan-rakan mahasiswa yang sedang dan akan pulang dalam masa terdekat ini supaya menjaga keselamatan di jalan raya dan kampung halaman semasa musim perayaan ini.

"Kita sedia maklum, setiap tahun pasti berlaku kemalangan sehingga meragut nyawa rakyat Malaysia. Jadi, saya harap kita tidak termasuk ke dalam senarai statistik kemalangan tersebut. Seperti yang (kerap diulangi) dalam iklan, sayangi diri dan keluarga. Jangan terburu-buru memandu dan membawa kenderaan. Falsafah Aidil Fitri yang membawa kita kepada alam fitrah sepatutnya membawa kita sabar dan tidak mudah terkesan dengan sikap pemandu lain di jalan raya," pesan saudara Khairul Anuar.



"Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua rakan mahasiswa, serta pensyarah-pensyarah di UKM; juga kepada rakan-rakan di luar sana yang mengenali saya. Diharapkan Ramadhan yang bakal berlalu ini memberi keberkatan dan ibrah kepada kita."