Selasa, Januari 17, 2012

NC dilantik anggotai Panel Mengkaji Sistem Pelajaran


BANGI, 15 Dis. 2011 – Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Shahabudin adalah diantara tujuh orang tokoh terkemuka negara dilantik kerajaan menganggotai sebuah panel mengkaji semula sistem pendidikan.

Anggota lain terdiri dari Presiden Universiti Antarabangsa Albukhary Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, yang dilantik sebagai Pengurusi, Pengurusi Kumpulan Sunway Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, pengarah urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar, Tokoh Guru tahun ini, Datuk Dr Abdul Rahim Selamat, Pengurusi Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Zarinah Anwar dan pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.


Mereka menerima surat lantikan dari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan di Putrajaya semalam. Azman dan Fernandez tidak hadir.

Akhbar The New Straits Times melaporkan hari ini bahawa anggota panel dipilh dari pelbagai latar belakang untuk memberikan rumusan secara menyeluruh terhadap sistem pelajaran yang telah dilaksanakan mengikut Lapuran Razak 1956.

Lapuran itu bertujuan menyusun semula sistem pendidikan dan pelajaran dalam negara.

Panel itu dijangkan akan memberikan pandangan mereka kepada Muhyiddin dari masa ke semasa. Tarikh bagi mereka menyiapkan kajian dan laporan tidak dinyatakan