Sabtu, Januari 07, 2012

PMUKM puji tindakan responsif JPP

Bangi, 7 Jan - Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) memuji tindakan proaktif oleh pihak pentadbiran UKM dalam menangani isu keselamatan yang dibangkitkan melalui memorandum Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) awal bulan lalu.

Antara tindakan yang segera dilakukan oleh pihak pentadbiran UKM adalah membaiki jalan utama sekitar hadapan Bangunan Sains Nuklear, Fakulti Sains & Teknologi (FST) menuju Pusat Kesihatan sepanjang minggu yang lalu.
Lokasi : hadapan Bangunan Sains Nuklear, FST.

Lokasi : berhampiran hentian bas Kolej Ibrahim Yaakob (KIY)
Lokasi : Berhampiran tangga menaiki blok K13 KIY
Pihak pentadbiran UKM melalui kontraktor yang dilantik juga didapati telah menambak bonggol di hadapan tangga Kolej Ungku Omar menuruni ke Pusanika; lokasi kemalangan yang menimpa saudari Sarizan bt Sabari awal bulan lalu.

Terdapat garisan kuning dan papan tanda baru yang memberi amaran perlahan kepada para pengguna jalan raya disediakan.



JPP respon lampu tidak berfungsi

Surat maklumbalas JPP
Sebelum itu Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan UKM (JPP) juga telah memberi surat maklumbalas bertarikh 16 Disember 2011 berkenaan kerosakan yang dilaporkan dalam memorandum tersebut. (rujuk surat di sebelah)

Barisan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) dengan ini mengucapkan ribuah terima kasih kepada pihak pentadbiran khususnya Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan (JPP) yang responsif terhadap aduan-aduan yang dikemukakan.

Kepada rakan-rakan mahasiswa diharapkan dapat menggunakan kemudahan yang dinaiktaraf ini dengan sebaik-baiknya. 

PMUKM juga mengalu-alukan pandangan dan komen daripada rakan-rakan mahasiswa berkenaan isu-isu dan masalah kebajikan yang dihadapi rakan-rakan. Komen dan aduan masalah atau pendapat ke emel; pmukm1011@gmail.com dan FacebookPMUKM 2010/2011 (MPP UKM)


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI