Isnin, Januari 02, 2012

Operasi Lynas bermula Selasa, orang ramai boleh kemuka komen

KUALA LUMPUR, 1 JAN (BERNAMA) : Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) telah menerima dokumen bagi permohonan lesen peringkat pengendalian sementara daripada syarikat Lynas (M) Sdn Bhd.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Madinah Mohamad berkata ia adalah dokumen baru yang akan dikemukakan untuk pertimbangan LPTA dan ia akan dipamerkan bagi mendapatkan maklum balas awam bermula 3 hingga 17 Jan.

"Orang ramai boleh melihat dokumen ini di lokasi seperti di ibu pejabat LPTA di Dengkil dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang pada Isnin hingga Jumaat dan juga pada hari Ahad hingga Khamis di pejabat sementara LPTA di tapak syarikat Lynas (M) Sdn. Bhd di Gebeng, Kuantan dan di Pejabat LPTA Cawangan Timur di Kemaman, Terengganu

Orang ramai boleh kemuka ulasan
"Bagi orang ramai yang ingin memberi ulasan berhubung dokumen ini, mereka perlu kemukakan ulasan menggunakan borang yang disediakan di lokasi berkenaan sebelum 20 Jan 2012 jam 12 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini telah kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas (M) Sdn. Bhd. Malah sebuah video telah dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Rujuk video di bawah.


Blog Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) juga sebelum ini telah mengulas isu ini di entri PROJEK LYNAS: Satu Kebingungan. Malah isu Lynas sebelum ini turut mengakibatkan dua orang mahasiswa yang menyertai Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat Gebeng di Gebeng, Kuantan telah ditahan polis atas alasan yang tidak diketahui pada pertengahan tahun 2011.

Satu entri khas yang ditulis seorang blogger juga turut mengulas isu Lynas tersebut. Entri tersebut boleh dicapai di link berikut.

Untuk rekod, pemprosesan nadir bumi digunakan untuk mencipta alat berteknologi tinggi termasuk telefon pinta dan kenderaan hidbrid.

Pembeli termasuk dari China, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah bergantung kepada bahan mentah yang mana kini mereka bergantung sehingga 95 peratus bekalan dari China.

Cadangan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng dekat Kuantan akan menjadikan ia sebagai pengeluar terbesar selepas negara China.