Isnin, Januari 16, 2012

PMUKM lancar 'UKM Short Film Fever'

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) melalui Biro Informasi dan Penerangan yang dipengerusikan oleh MPP saudari Aida Rahayu binti Mohd Badri telah melancarkan pertandingan 'UKM Short Film Fever.'


Pertandingan video pendek tersebut yang terbuka buat semua mahasiswa kampus Bangi, Cheras dan Kuala Lumpur tersebut telah dilancarkan hampir seminggu yang lalu dan kini sedang giat menerima penyertaan-penyertaan daripada mahasiswa-mahasiswi UKM.


Syarat-syarat penyertaan pertandingan ini adalah seperti berikut.
1) Terbuka kepada mahasiswa/i prasiswazah, pascasiswazah UKM Bangi, Cheras dan Kuala Lumpur.
2) Durasi tidak lebih dari 7 minit.
3) Tiada had untuk jumlah penyertaan yang ingin dibuat.
4) Hasil karya mestilah asli/buatan sendiri!
5) Tema adalah bebas!
6) Bahasa yang digunakan - BM/BI, digalakkan ada 'subtitle'
7) Bagi yang MUSLIM, mestilah menutup aurat kerana filem pendek anda akan ditayangkan umum! Bagi bukan Muslim, hendaklah berpakaian sopan.
8) Dilarang sama sekali meletakkan unsur-unsur berikut :
-percampuran lelaki perempuan melampau (bertepuk tampar dan sebagainya)
-apa-apa scene negatif dan tidak bermoral seperti disko, judi, lucah dll
9) Anda dibenarkan untuk meletak ‘credits’ kepada mereka yang terlibat dalam pembikinan filem pendek anda.
10) Filem Pendek anda MESTI dimulai dengan TVPMUKM dan diakhiri dengan tema PMUKM “BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI” seperti dalam video ini : http://www.youtube.com/watch?v=ex7F_7id9ms (mohon potong dan tampal bahagian tersebut!)
11) Semua penyertaan perlu dimuat naik ke akaun youtube anda dengan tajuk “UKM Short Film Fever : Tajuk”, kemudian hantar emel ke pmukm1011@gmail.com bersama butiran berikut :
Nama, No tel, No Matrik, No IC, Fakulti, Kolej dan link address video anda di YouTube
12) Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 21.02.2012 jam 11.59pm.
13) Dengan menyertai pertandingan ini, anda bersetuju untuk menyerahkan hakcipta dan hakmilik klip video ini kepada PMUKM 2010/2011.
14) Juri adalah terdiri daripada mereka yang dilantik PMUKM 2010/2011.
15) Keputusan juri adalah muktamad.
16) Tayangan umum akan diadakan pada satu hari yang akan diberitahu kemudian, penyampaian hadiah turut diadakan.
Maklumat lanjut berkenaan pertandingan tersebut boleh dirujuk di akaun Facebook : UKM Short Film Fever Original . Untuk keterangan lanjut, boleh terus hubungi saudari Aida Rahayu di talian 013-7184367 atau emel di mpmaidarahayu@gmail.com.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI