Sukacita untuk dimaklumkan kepada rakan-rakan mahasiswa, bahawa baucar buku RM 200 yang diwar-warkan dalam pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober tahun lalu sudah boleh diperolehi mulai 4 Januari 2012, Rabu lalu di fakulti masing-masing.
Pengedaran baucar buku ini juga diedarkan kepada para pelajar pascaiswazah dan UKM-Graduate School of Business (GSB) sehingga 31 Mac 2012. Sila rujuk e-Pelajar untuk makluman lanjut
Dalam hal yang berkaitan, Koperasi Usahawan Siswa UKM Berhad (KOSISWA UKM) dengan kerjasama Koperasi UNIKEB dan Pustaka Prinsip Sdn Bhd bakal mengadakan Pesta Buku UKM 2012 pada sesi pengajian semester 2, 2011-2012 iaitu pada;
Tarikh : 20 Februari – 31 Mac 2012
Tempat : Pusanika UKM
Masa : 9.00 Pagi- 5.00 Petang
Justeru dengan itu semua pelajar UKM boleh menggunakan baucar RM 200 yang diterima untuk mendapatkan buku-buku yang dijual semasa Pesta Buku tersebut.
Sekiranya rakan-rakan ingin membuat tempahan awal buku, rakan-rakan dikehendaki menghantar
i. Tajuk buku yang ingin ditempah
ii. Nama penerbit buku tersebut
iii Nama penulis buku tersebut;
dan emailkan senarai buku yang ingin di beli kepada iema_mim86@yahoo.com (Cik Hamimah).
Buku-buku tersebut bakal diserahkan pada 20 Februari - 31 Mac 2012.
Sekian, harap maklum.
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti