Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) mewakili seluruh warga UKM mengucapkan Dirgahayu Ulang Tahun Keputeraan ke-64 kepada DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang juga Canselor UKM pada hari ini, 14 Januari 2012.
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir diputerakan 14 Januari 1948, merupakan satu-satunya putera daripada enam orang adik beradik kepada pasangan Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar ke-9 dan pasangan baginda, Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.
Tuanku Muhriz mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah seterusnya di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Tampin dan Sekolah Menengah King George V di Seremban dan meneruskan pelajaran baginda di Aldenhem School, United Kingdom. Baginda memperolehi Ijazah Undang-undang dari Kolej Universiti Wales, Aberystwyth, Britain.
Tuanku Muhriz dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 29 Disember 2008 di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Dirgahayu Tuanku!