Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) menafikan sebarang berita atau hebahan yang menyatakan bahawa akan berlaku himpunan/demontrasi/rapat umum ini bakal dianjurkan selepas solat Jumaat di Masjid UKM hari ini, 06 Januari 2012.
Ironinya sekiranya benar PMUKM ingin menganjurkan sebarang himpunan atau sebagainya, Presiden PMUKM , LT M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi sendiri akan mengumumkan perihal tersebut.
Jelas hebahan menggunakan risalah (gambar) merupakah satu FITNAH buat PMUKM yang cuba membangkitkan sentimen kurang senang di kalangan mahasiswa.
Juga perihal ini menjadi tanda tanya apabila TSB/Aspirasi lebih mendahului tentang perkara tersebut, sedangkan di kalangan Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) langsung tidak dimaklumkan berkaitan perkara tersebut.
Penyebar mengaku dari Kelab Mandarin ?
Dalam kejadian semalam, semasa di Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) lewat malam semalam, MPP Noraini sendiri telah terserempak dengan penyebar risalah tersebut dan mereka mendakwa mereka dari 'Kelab Mandarin' dalam keadaan meragukan seperti tergagap, rasa bersalah.

PMUKM mengajak rakan-rakan mahasiswa untuk menghayati ayat Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 191;
..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan (and fitnah is worse than killing.)
BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI