Sumber : ILuvIslam
Keberadaan mahasiswa ketika ini ibarat plastik di tepi jalan yang beterbangan tidak ketentuan hala. kehadirannya tidak dipedulikan sama sekali. Suaranya disenyapkan barangkali. kekuatan yang dahulunya ibarat ombak tsunami kini sepi bagai lalang kuning menyembah bumi.
Apa gerangan semua ini? Adakah ini petanda berakhirnya zaman Mahasiswa menyalurkan idea mereka dalam proses pembangunan?. Adakah disebabkan oleh satu akta, mahasiswa terpaksa membantutkan idea mereka.
Ya, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) memang sungguh menakutkan sehingga membuatkan mahasiswa berfikir berulangkali untuk bertindak dan berprogram demi menjaga 'survival' mereka di institut pengajian. Tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mahasiswa tidak menyumbang dalam proses pembangunan.
Mahasiswa ialah manusia yang bakal memimpin suatu hari nanti.Penting untuk mengetahui selok belok dalam pemerintahan dan pembangunan negara. Semua ini penting dalam menjadikan anda pemimpin yang berwibawa suatu hari nanti Ketiadaan mahasiswa dalam institut-institut penting dalam negara pasti membantutkan perjalanan menyumbangkan idealism.
Contohnya ketiadaan wakil di Majlis Perundingan Belia Negara /Negeri, tiada saluran di Parlimen, Majlis Perundingan Ekonomi, Malah di Jawatankuasa Kebajikan Perbadanan Tabung Anak Negeri juga tiada wakil dan lain-lain.
Ketiadaan mahasiswa dalam semua proses ini biasa menjadikan mahasiswa terbantut dalam menyumbangkan idea. Kesan ketiadaan mahasiwa dalam proses ini akan dapat di lihat dalam lima belas hingga dua puluh tahun akan datang.Bagaimana keputusan-keputusan yang dibuat bukan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tetapi hanya berdasarkan teori semata-mata. Sungguh merbahaya.
Sepatutnya ilmu pengetahuan yang dipelajari perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Jadi, kalau sebarang tindakan dihalang atau disekat apa gunanya ilmu.Hanya tinggal teori semata-mata. Mahasiswa juga perlu bebas dalam memberikan pendapat dalam setiap proses. Kebanyakan pada hari ini hanya suka menjadi proksi kepada parti politik semata-mata.
Tiada faedahnya jika dalam proses pengembangan idea ini diterhadkan dengan satu-satu perjuangan sahaja. Mahasiswa perlu membuka fikiran. Banyak lagi isu-isu yang boleh dijuarai selain menjuarai satu-satu isu sahaja. Isu-isu kemanusian, Alam sekitar, dan lain-lain.Contohnya menjelaskan tentang isu HIV/Aids, menjelaskan tentang bahayanya dan pencegahannya. Ini juga isu. Isu pembangunan insan. Contohnya dalam menarik manusia yang tersingkir dan terpinggir oleh putaran ganas dunia yang tidak tercapai oleh sebahagian mereka.Ini juga isu.Pelbagai isu sebenarnya.
Sebenarnya mahasiswa perlu menetapkan dalam akal mereka untuk berlumba-lumba dalam membuat kebajikan, Contohnya mahasiswa boleh saja menyertai badan-badan kebajikan dalam universiti atau luar.Tetapi mungkin kerja ini tidak 'glamour'.Hanya nama yang di cari.Tidak apa lah.
Selain daripada perkara-perkara di atas, ada juga mahasiswa yang masih terleka dengan hiburan yang melampau tanpa pernah merasai kesannya. Hidup di masa ini memang bebas dan kebebasan itu perlu dibataskan dengan misi dan matlamat sebagai seorang pelajar. Jangan terleka dengan keseronokan yang sementara ini. Menyesal tak berkesudahan nanti.
Belum di tanya tentang perjuangan lagi. Entah apa akan di balas oleh mereka. Masalah kini, perebutan kuasa yang tidak berkesudahan juga bakal mengganggu proses pembangunan ini. Percubaan untuk mewujudkn persepakatan perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan dibuat. Ini teramatlah penting.
Istilah-istilah perpaduan, persefahaman perlu direalisasikan dalam bentuk perbuatan dan bukan hanya di mulut dan di banner!. Akarnya, semuanya memerlukan sikap yang positif terlebih dahulu. Sikap yang baik akan menjadikan persekitaran kita juga baik.
Seperti kata pepatah "Dunia akan turut berubah apabila kita merubah diri kita". Suatu ayat yang cukup cantik untuk menggambarkan bagaimana sikap boleh mempengaruhi persekitaran.
Jadi, sila fikirkan, apabila pembangunan hanya dinikmati tanpa ada rasa mahu melibatkan diri dalam prosesnya. Layak kah anda digelar orang MAHASISWA = TERPELAJAR?