27 November, UKM Bangi - Program Suara Intelek Siswi (SIS) merupakan
program yang julung kalinya diadakan anjuran Ikatan Studi Islam (ISIUKM) dan
telah dirasmikan oleh Pengerusi HELWA ISIUKM, Saudari Masyitah Aqilah Zainudin
bersama panel jemputan iaitu Juara Da’I Milenia Saudari Nor Adibah Rozain.
Saudari Nur Afifah Abd Rahim, selaku Naib
Presiden 2 PMUKM telah menyambut baik langkah pihak penganjur dengan menerima
jemputan sebagai salah seorang panel dalam Suara Intelek Sisiwi siri yang
pertama . Penyampaian dan perkongsian idea antara ketiga-tiga panelis dalam
mengupas tajuk ‘Super Woman’ berjaya mendapat sambutan yang baik daripada siswi-siswi
UKM yang hadir pada malam tersebut.
Antara kupasan menarik dari tajuk ini
berkisar tentang peranan siswi dalam mendepani isu-isu semasa, tips menjaga
emosi dan rasa malu serta memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang ada pada wanita
untuk disalurkan kepada masyarakat.
PMUKM menyokong usaha mengangkat suara siswi
melalui medium SIS dalam memupuk budaya percambahan idea dan pandangan daripada
golongan siswi khususnya. PMUKM yakin bahawa SIS akan terus mendapat tempat dan
perhatian dalam kalangan warga siswi UKM pada siri-siri yang akan datang.