Isnin, November 25, 2013

UKMKL : KEBAJIKAN PELAJAR MISI UTAMA

1. EDARAN KAD DISKAUN SISWA FAKULTI PERGIGIAN

6 November 2013, UKMKL -kad diskaun siswa bertempat di DK 3 dan KTSN telah diadakan edaran Kad Diskaun Siswa kepada mahasiswa tahun 1 Fakulti Pergigian . Sebagai salah satu manfaat yang diberikan daripada pihak kerajaan kepada mahasiswa, kad Diskaun Siswa kini boleh digunakan oleh para pelajar untuk pelbagai manfaat.


Melalui Kad Diskaun Siswa yang diperoleh ini ,ianya boleh digunakan oleh para pelajar untuk syarikat-syarikat perniagaan di sekitar Kuala Lumpur seperti yang tersenarai.

Untuk maklumat lanjut dan lebih banyak senarai syarikat berdaftar mengikut negeri
Di samping itu, permasalahan kad diskaun siswa bagi pelajar Tahun 2 hingga 5 turut dikumpul dan satu borang atas talian telah diwujudkan oleh saya untuk diajukan pada Jabatan Perkhidmatan Pelajar.


Borang atas talian ini telah dibuka bermula dari tarikh  3 November - 6 November 2013 dan senarai maklum balas penama yang tidak menerima kad diskaun siswa telah diserahkan pada 19 November 2013 kepada wakil Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKMKL  untuk tindakan lanjut.

2. PERTEMUAN  BERSAMA WAKIL UNIT KENDERAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KAMPUS KUALA LUMPUR

Sebagai inisiatif untuk mengutarakan isu jadual bas dan isu-isu berbangkit yang dihadapi oleh warga UKM Kampus Kuala Lumpur berkaitan pengangkutan. Satu pertemuan telah diadakan antara wakil MPP UKM KL , Nurul Amira Zainudin MPP Pergigian dan Noor Masitah Nordin MPP Farmasi  bersama Encik Fairuz b Mohd Rafdzi dan Encik Raduan Abdul Rahman daripada Unit kenderaan telah diadakan di T1BE bagi mendapatkn penjelasan beberapa isu dan bg mendapatkan update semasa berkaitan pengangkutan bas pd 14/11/2013 sekitar jam 3-4 ptg

1. Untuk makluman para pelajar, penghantaran pulang dari HUKM ke KTSN 1 adalah atas budi bicara pemandu bas dan permintaan daripada pelajar

2. Pergerakan bas ke HUKM dan pulang dari HUKM (untuk kegunaan semua fakulti) adalah pada 3 sesi iaitu pagi , tgh hari dan petang adalah sebanyak 2 bas serentak pada satu masa mengikut jadual bg mengurangkan kepadatan penumpang. Namun, masih tertakluk kepada perubahan semasa spt trafik dan sebgainya untuk pergerakan bas

3. Pergerakan bas dari KTSN ke Kampus Kuala Lumpur untuk waktu puncak 7-9 pg adalah sebanyak 4 bas . Pergerakan bas bergantung kepada kepadatan penumpang dan trafik

4. Sebarang aduan amatlah dialu-alukan bg penambahbaikan sistem bas Kampus Kuala Lumpur dan mendapat perhatian serta akan disiasat dari masa ke semasa

5. Permintaan khas pengangkutan melalui fakulti untuk ke destinasi tertentu adalah amat dialu-alukan bagi mengurangkan kepadatan penumpang.

6. Satu kajian soal selidik berkaitan mutu perkhidmatan dan sistem pengangkutan bas Kuala Lumpur sedang dalam perangkaan dan akan dilaksanakan bg mendapat maklum balas daripada para pelajar oleh Unit Kenderaan Kampus Kuala Lumpur.

7. Berikut adalah jadual pergerakan bas yg tertampal secara umum untuk perhatian para pelajar







3. PERTEMUAN DENGAN PENOLONG PENDAFTAR BARU FAKULTI PERGIGIAN


Satu pertemuan telah diadakan antara MPP FGG, Nurul Amira Binti Zainudin dan Nurnazihah Sukor , Exco Publisiti DENSTA 2013/2014 bersama dengan Cik Suhaida Abdul Rahman, Penolong pendaftar Fakulti Pergigian pada 21 November 2013, Khamis yang lalu.

Cik Suhaida Abdul   baru sahaja mula berkhidmat di Fakulti Pergigian bermula pada 11 November 2013 menggantikan Encik Basir Bahir sebagai Penolong Pendaftar Fakulti Pergigian. Cik Suhaida sebelumnya berkhidmat di Jabatan Pendaftar Kampus Bangi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia. Cik Suhaida boleh dihubungi di talian 03-92897702 atau emel suhaida@ukm.my.

Beberapa perbincangan awal telah dilakukan antara MPP Fakulti Pergigian bersama Cik Suhaida, antaranya :

1. Makluman pejabat dekan atau pentadbiran fakulti terus kepada para pelajar melalui medium mudah seperti Facebook wakil pelajar selain makluman melalui papan kenyataan.

2.  Teguran berkaitan etika pemakaian, imej serta kertrampilan pelajar Fakulti Pergigian.

3. Penekanan mewujudkan program kelolaan pelajar yang bersifat akademik perlu mendapat perhatian untuk perlaksanaan akan datang.

4.  Cadangan ‘method’ perlaksanaan manifesto MPP FGG, Nurul Amira Binti Zainudin melalui saluran yang tepat dan betul bagi memudahkan suara mahasiswa Fakulti Pergigian di sampaikan kepada pihak atasan.

5. Berkaitan kelulusan sumbangan kewangan fakulti kepada program/ aktiviti kelolaan UKM Dental Students Association, perbincangan masih  berada di peringkat awal dan beberapa siri perbincangan antara wakil pelajar perlu diadakan dari semasa ke semasa.

Diharapkan dengan pertemuan yang diadakan ini, hubungan antara pengurusan fakulti pergigian dan mahasiswa fakulti pergigian menjadi lebih erat dan sebarang usahasama menjadi lebih mudah. Kami mengalu-alukan kehadiran Cik Suhaida Abd Rahman menjadi warga Fakulti Pergigian.




Nurul Amira Bt Zainudin
MPP Fakulti Pergigian
Biro Sukan dan Kebudayaan PMUKM Sesi 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::