Khamis, November 21, 2013

UKMKL : CAPAIAN WIFI DI DEWAN KULIAH


19 Nov 2013, UKM KL -  MPP Amirul telah berjumpa dengan Pengurus USICT KKL di Pusat Teknologi Maklumat UKM KKL, En Hamdan Bin Rahmat bagi membincangkan agenda manifesto yang beliau bawa, iaitu capaian Wifi di kawasan perkuliahan terutamanya di kawasan DK1, DK2 dan DK3. Perbincangan itu juga disertai oleh MPP Fakulti Farmasi, Siti Noor Masitah Nordin.

Berikut merupakan hasil perbincangan tersebut:

1. Capaian Wifi yang agak lemah di kawasan dalam sekitar dewan kuliah menyebabkan kesukaran proses pembelajaran semasa kuliah akan diberi perhatian oleh pihak PTM. 

-Hal ini adalah kerana capaian Wifi sekarang adalah berbentuk kegunaan biasa, bukan untuk kegunaan di dalam kuliah. Sebarang penambahan Access Point (AP) di kawasan perkuliahan memerlukan justifikasi dan sokongan daripada Ketua Pendaftar Fakulti ataupun pensyarah berkenaan.

2. Tambahan kepada pelajar-pelajar, tugas PTM adalah hanya menguruskan sebarang urusan berkaitan 'tetamu UKM' di kawasan fakulti terutamanya. Di kolej, perkhidmatan Wifi adalah di bawah seliaan ‘Jaring UKM’. 

- Yuran kemudahan internet yang dibayar oleh pelajar, iaitu sebanyak RM40 adalah dikenakan kepada perkhidmatan 'jaring UKM'. Aduan perkhidmatan wifi "Jaring UKM" sebaiknya dibuat terus kepada Pihak Jaring UKM.






Siti Noor masitah Nordin
MPP Fakulti Farmasi
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM Sesi 13/14








Muhammad Amirul Hamlad
MPP Fakulti Sains Kesihatan
Timbalan YDP PMUKM Sesi 13/14






::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::